Pixajoy

Sunday, June 14, 2015

Home » Aksesori Budak Dulu dan Sekarang

Aksesori Budak Dulu dan Sekarang



Masa nak balik SP dekat Alor Setar tempohari nampak Aiman buat gelang tangan guna bunga jejarum. Tak sangka anak aku tahu buat benda ni. Kata Aiman kawan dia ajar. Nostalgia betul. Angkat tangan siapa yang pernah buat rantai, gelang tangan, cincin, gelang kaki guna bunga jejarum. Indahnya zaman kanak-kanak.


Afia kalau aksesori sepit rambut ke apa semua dia panggil "tik...(cantik)". Bila ibu nak pakai dia pun "tik..nak kai.." Pakaikan rantai tangan ni kemain posing tahu ibu nak tangkap gambar. Jari tangan kaki sentiasa berinai ok. Mak dan kakak-kakak rumah pengasuh semua peminat inai kot.









9 comments:

SalbiahM said... Best Blogger Tips

gelang bunga jenarum tu memang selalu sangat buat masa kecik dulu, sampai togel pokok bunga jiran kitorang kerjakan...haha.tak sangka, bbudak sekarang pun still buat..

makchaq said... Best Blogger Tips

Tak padan ngan kecik cik pia ni... pandai dah nak melaram...
Rajin sungguh pengasuh dia dok boh inai..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alamak! Saya tak pernah buatlah PK masa kecil-kecil dulu! Dulu aksesori saya apa ek? Lupa dah!

Cik Pia bukan main lagi. Berinai 24 jam sehari. Umur baru setahun jagung dah pandai melaram ya. Entah ikut siapalah tu agaknya...

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Baca entry ni baru sedar. Dah laaaaaama tak terserempak dgn bunga tu. Tp mmg betullah, dulu kecik2 ada gak buat macam tu. Hihi..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

pernah buat hihi
lg satu suka hisap air dlm bunga tu..
rumah lama tok d gunung keriang dlu byk pokok tu

cntiknya jari jemari berinai tu. kecil molek..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

hihi..tula.beza sgtkan dgn zaman dulu2..
dulu siap wak rntai guna bunga jejarum tu

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Comelnya tangan

mardiana abu darin said... Best Blogger Tips

Diana pernah buat mcm tu! Buat gelang gune bunge jenjarum....nostalgia sungguh tu!

umi alya said... Best Blogger Tips

Yap, nostalgia betul