Nama je orang utara oi. Mertua aku yang dok Alor Setar pun tak tau kewujudan Pusat Sains ni. Aku macam tahu, biasa tengok signboard saja tapi tak pernah ambil port apa yang menarik disana. Mulanya aku google waktu operasi Muzium Padi pastu terjumpa review Pusat Sains Wilayah Utara. Baca review macam best je terus ajak en suami ke sini.
Pusat Sains ni terletak belakang Muzium Padi, di buka setiap hari kecuali Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, antara lokasi wajib terjah kalau hangpa sampai Aloq Setaq. Yang paling penting masuk PERCUMA. Ambik kau huruf besar, orang Malaysia mana tak suka free kan.
Pusat Sains ni terletak belakang Muzium Padi, di buka setiap hari kecuali Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang, antara lokasi wajib terjah kalau hangpa sampai Aloq Setaq. Yang paling penting masuk PERCUMA. Ambik kau huruf besar, orang Malaysia mana tak suka free kan.
Berbaloi masuk sini teroka dan rasai sendiri keseronokan main segala benda tentang Sains. Ada disediakan instruction di setiap booth, so no hal bagi parents nak guide anak-anak. Aiman kemain suka. Semua benda dia nak cuba buat. Afia yang kecik tu pun boleh tahan dia punya explorace tak padan dengan badan. Ibu yang tukang ambil gambar ni pun sakan jugak main. Almaklum dulu kecik tak ada semua ni.huhu
Let's explore apa yang ada! Banyak lagi tapi aku pilih rawak je la, gambar pakai hand phone dengan suasana dalam Pusat Sains pun ala-ala candle light dinner gitu!
Let's explore apa yang ada! Banyak lagi tapi aku pilih rawak je la, gambar pakai hand phone dengan suasana dalam Pusat Sains pun ala-ala candle light dinner gitu!
Kira jumlah air dalam badan antara favorite site. Badan kita ni kan ke mengandungi lebih dari 70%nya air. Lama kami kat sini. En suami naik je penuh air lebih dari setengah silinder. Nampak sangat gemuk.hahaha..
Dekat hujung sekali ada site macam khemah untuk budak 1 hingga 3 Tahun. Afia paling suka main magnet ABC kat situ. Nampak nya nanti kena beli whiteboard siap magnet tu satu kot kat rumah. Yang gambar Aiman Afia ni bukan untuk main pondok-pondok ye. Tu untuk rasa pengalaman gempa bumi. Ibu sempat rakam Video gempa bumi anaknda berdua. Layan!
Yang pastinya tempat ni memang best. Aiman dok ajak repeat mai sini lagi. Tak sempat nak explore semua. Tenaga pun dah weak setengah hari kat rumah kenduri. Next time Insyaallah kita datang lagi!
Jom balik! Next location Muzium Padi. Sempat jugak singgah sebab dah lama tak pergi kan. Tunaikan hajat Cik Pia ni yang semalam tu dok melalak dalam kereta nak pi Muzium sangat.
11 comments:
menariknya mesin kira jumlah air dalam badan tu.. saya sukalah, kalau naik tu dapatlah tahu jumlah air dalam badan kita kan?
jangan kata kita orang mana mesti kita tahu pasal tempat tu..saya pun sama, sebab tak balik selalu kalau ditanya pasal kelantan dah tak tahu nak jawab... kalau kita ke temoat yang biasa tu tahulah juga. yang baru2 memang tak tahu, janganlah tanya sya
ooo kat alor star ada pusat sains juga ye... yg liya tahu yang kat kl ni je ..sebab pernah pergi.. hehe...
saya dah pernah pergi!memang best dua-dua tempat tu-muzium padi n pusat sains..oghang KL sampai dulu na...hehehe.tapi simulator gempa bumi tu memang best!
saya dah pernah pergi!memang best dua-dua tempat tu-muzium padi n pusat sains..oghang KL sampai dulu na...hehehe.tapi simulator gempa bumi tu memang best!
Free itulah yg bagus. Tapi macam tak ramai yg tahu (sebenarnya kakak yg tahu hihi...) Aiman dah pandai mestilah seronok pergi tempat macam ini.
lama sungguh tak tengok afia kat cni :)
masuk percuma untuk pusat sains negara.
menarik tue.
menarik jugak. kena pergi ni.
masuk percuma?? wah untung sangat ni
hihi..biasalah tu..kdg2 kita sndiri tak sedar ditempat kita byk juga tmpat2 menarik utk dilawati..kat terengganu pon ada..tp sekali pom lya x pernah pegi..muzium terengganu pom x pnh jejak..hihi
Pakat jadi doktorlah balik rumah nanti haha...
Ohhh seronok jugak ek dapat rasa pengalaman gempa bumi.....tp mintak dijaujhkan kalau betul betul...
Hihi ....alolo cutenya......terkedek kedek cik Pea nak rumah.
Betul ke kira air dlm badan tu PK....pergh kalau okje tak mau ar naik situ. Tunggu clear org takde baru berani hihi
Kah3x. Kesian en suami PK, naik aje penuh silinder yerk. Ini bukan 70% lagi, dah almost 90% habaq kat dia ^_^
Bukan main lagi Aiman dan Afia merasai gempa bumi. Video tak berapa clear dengan rabun saya ni lagi. Tapi seronok pulak tengok keletah Aiman pimpin Afia masuk rumah. Dia dukung adiknya masa 'gempa bumi' tu kan! So sweet Abang Aiman nih!
Banyak juga tempat menarik di Kedah ni. Buatlah entri macam ni banyak-banyak, boleh saya take note kalau-kalau ke sana nanti!
Post a Comment