Pixajoy

Tuesday, June 09, 2015

Home » 9th Anniversary

9th Anniversary



Sibuk ok..bila ada masa nak update, berperang tab dengan Afia pulak. Alhamdulillah 07.06.2015 genap 9 tahun usia perkahwinan kami. Macam biasa tak ada sambutan. Niat nak buat kek tu ada tapi last minute mertua dan famili adik ipar kata nak mai rumah, apalagi melompat la aku polish rumah. 

Walaupun dah macam boleh agak kek yang bakal aku buat ni akan tak jadi, pulun gak adjust. Dah la meringue tak jadi, sukatan semua pun aku derhaka, amik hang kek huduh. Kek ni naik elok jugak, cuma tu la tak gebu. En suami makan sepotong pastu kata yang atas je sedap, keknya pelik ja rasa. Sila tafsir sendiri sedap ke tak sedap.hahaha...



Bila terbalikkan karamel tu setengah lekat kat loyang. Nak sembunyi rupa menggerutu aku tabur chocolate rice. Nak buat cream untuk tulis happy annivesary pun marjerin out of stock. Lagipun buat apa buang tenaga untuk kek yang berisiko camni. Ni pun gigih aku susun hirisan ceri jadi 9 T. 

Kami dah wish secara offline, so tak payah la aku buat ayat bunga2 kat sini. Doakan kami bahagia hingga syurga.





15 comments:

Wak Lat said... Best Blogger Tips

salam .hee tahniah mak kutu semoga ikatan perkahwinan kekal hingga akhir hayat dan ke syurga juga., leh tambah lagi anak 7 8 lapan lagikks., ;p

monalea said... Best Blogger Tips

sama tahunlah kita kahwin ye.cuma lea bulan march.tak pernah ada sambutan pun.cuma ucapan dari sidia tersayang.sudah cukup terasa dihargai

eima said... Best Blogger Tips

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN DEAR ..SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Selamat ulangtahun perkahwinan, PK! Moga kekal bahagia bersama seisi keluarga. Moga pada masa mendatang, lebih banyak hasil air tangan yang sedap-sedap untuk mengikat perut dan kasih-sayang suami dan anak-anak pada PK *_*

Kira okeylah sempat juga buat kek walaupun katanya sibuk polish rumah (Hai, macam tak biasa jerk mak mertua nak datang. Kata best friend!)Soal sedap tak sedap tu tak payahlah kami meneka kerana kek ni bukan untuk kami. Kalau dah suami PK kata begitu, kita faham-faham dalam hati ajelah. Nak kutuk lebih-lebih tak sampai hati pulak di hari yang indah macam nih ^_^

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

hehe..ada juga kek tu..
happy anniversary!!!

lieyalatif said... Best Blogger Tips

hapi 9th anniversary cikpuan kutu n hubby...moga bertambah2 bahagia....sejuk rumah tangga sampai akhir hayat...in sha Allah....

oo kek caramel ni kan cikpuan kutu....mmg takleh silap sikitkan buat kek ni.... lieya mmg takkan laa buat kek susah2 gini...ari tu tumpang makan member buat jek...member tu mmg kaki baking kek mcm cik puan kutu gak...so lieya tumpang2 jek laa makan haahahahaahah...nampak tak aci ngelat di situ....

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Selamat ulang tahun perkahwinan ke 9 ..wah.. dah nak sambut 10 tahun depan tu.. haha.. ini kena tambah ahli ni.. buat korang, semoga sihat, bersama ceria dan bahgia serta diberkati selalu...sambutan yang paling bermakna ialah kegembiraan setiap hari..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alhamdulillah
tahnih pk danbsuami
smga sntiasa ceria dan bahagia bersama keluarga dan anak anak aamiin

cuba lagi.. jgn putus asa.
saya kalau buat kek mmg kureng berani n yakin nak adjust

SalbiahM said... Best Blogger Tips

hepi anniversary PK dan hubby

Nastyna said... Best Blogger Tips

Amin amin... Happy anniversary and moga kekal bahagia til jannah. Ni u kata kurang jadi keknya ni? KAlau tahap I, dah marvellous habis dah ni :D

mama eija said... Best Blogger Tips

Salam PK... Karamel pelangi... sedapnya... Happy anniversary Pk dan husband semoga kekal hingga ke syurga :)

makchaq said... Best Blogger Tips

Semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga..
Makchaq x pernah pun celebrate anniversary... selalu terlupa....

Acik Erna said... Best Blogger Tips

selamat ulangtahun PK..tahniah

Umialya said... Best Blogger Tips

Selamat ulangtahun PK

LYAfrina said... Best Blogger Tips

amin..alhamdulillah..
insyallah smoga kekal bhgia selamanya hingga k akhirat ..