Malam tadi charge phone kat depan, so kunci jam tab bawak masuk bilik. Letih sangat kot langsung tak dengar alarm bunyi. Terjaga bila dengar Afia panggil ibu..ibu..sambil jari tunjuk ke tab minta dimatikan alarm la kot. Nasib baik si bambam jaga kejut ibu. Tengok jam dah 4.30, mujur juga malam tadi dah siap masak sambal ikan bilis plus tempe plus kentang. Masak nasi, goreng telur dadar setel menu sahur!
Dah siap makan duduk la depan TV satu famili dengan Afia pun jaga sama. Cik Pia ni kalau ibu tak ada kat sebelah memang dia tak senang tidur. Dok sembang en suami bercerita kisah puasa beliau masa kecik.
" Dulu sebulan saya posa kat bukit pinang..mami masak sedap, hari-hari ayam. Ayam masak kicap la..saya dengan chaq makan sakan.."
Alkisah lebih kurang begitulah kenangan ramadhan en suami di rumah toknya. Tetiba Aiman mencelah,
" Masa tu Aiman ada tak abah?"
Sama situasinya masa dia kecik dulu. Sibuk tanya mana dia dalam album kahwin ibu dan abah. Abah pun tak kenai ibu lagi, mana nak mai Aiman dalam cerita ni.haha..
Sementara aku sambung buat kerja, dua beradik tu dok bergelak ketawa main tutup mata dengan bantal la kononnya yang ibu ni hantu. Gasaklah hangpa janji Afia tak buat perangai merap sudah. Ibu dah la keja pagi, nak mandi solat nanti lambat. Tengah aku dok iron baju tengok-tengok dua-dua dah sampai London.hehe..
11 comments:
1 kerisauan bila tak terjaga sahur, sebab risau kat anak2.. Harap2 jgn la terjadi..
saya n adik saya suka menyakat adik bongsu saya masa kecik-kecik dulu.tunjuk gambar kitorang gi jalan-jalan pastu dia akan nangis sebab dia takde.time tu dia lahir pun belum, mestilah takde...hihiih.
kalau tengok gaya tido cik Pia tu mmg dah sampai London..
Bila Aiman tanya soalan tu maknanya dia banyak pikir..bijak..bijak..
Sedap tu sambal ikan bilis..tempe n kentang..nasi panas2..dapat jugak idea nak masak nanti..kadang2 tak tau nak masak apa..:)
hahha..nak sama Pa'e plak.. selalu tanya "mana abg Pa'e" bila tgk album khawin kami @ cerita2 zaman bercinta..hihi..
lena tidoq dua budak comel tu...:)
Ni seorang dah sampai London, sorang lagi dah sampai Jepun nampak gayanya. Saya bangun sahur pukul 5 pagi. Jentik je sekali, dua-dua hero bangun. Si kecil tidaklah, dia niat aje puasanya entah bila pun tak tahu...
Rajin PK masak untuk sahur ya. Kami di rumah ni memang tak boleh ikutlah. Sahur setakat minum aje jangan bagi dahaga di siang hari :)
comey betui gaya cik afia tido ...melentik gitu ....
Bukan main meriah lagi lauk sahur hang PK....sambal ngan telur dadar tu yg buat OKje terliur tu. Aiman nampak kecik pulak
Sekali je terjadi tak bangun sahur, tapi nasib baik weekend, kalau hari biasa kesian kat anak2 menahan lapar seharian, penat di sekolah.
moment sahur . buka zmn kanak2 mmg paling indah . mana taknya , tak yah buat apa pun ... soalan maut tu . nak explain kat mana aiman kat gambar abahnya tu kena pepandai goreng ... heheheee
Meriahla kalau empat beranak makan sahur sekali tu.. baik pulak depa main masa tu ya..legalah nk masak kan.. kalau xkalut gak nak kejar makan kul 5 tu kan.. saya lak setakat ni lega sb alarm bunyi pun kedua ahmad ni lena je tido..leh la mama masak dengan aman..
menu sahur pon meriah la pk..
alolo menggamit kenangan sungguh ye.
bukit pinang.. :)
Post a Comment