Pixajoy

Tuesday, June 23, 2015

Home » Resepi Berbuka : Udang Mentega

Resepi Berbuka : Udang Mentega



So far setiap hari berbuka dan sahur aku akan masak. Masa MIL FIL mai puasa ketiga tu je iron chef cuti. Menu buka dan sahur pun berbeza setiap hari. Tak ada istilah nak panaskan lauk buka untuk sahur sebab aku style masak untuk sekali makan. Kami memang tak lalu nak makan menu sama. Pun begitu aku masak sesimple mungkin, lauk sejenis, sayur sejenis dah cukup. Alhamdulillah tak pernah lagi berlaku pembaziran sebabnya aku masak cukup kuantiti untuk kami tiga beranak. 

Bukan setiap masa aku masak nasi. Kadang waktu buka tak makan nasi, makan sahur mesti ada nasi, begitulah sebaliknya. Yang penting nafsu nak buat kuih memang tak ada tahun ni. Air puasa ke tak puasa hadap je la air kosong. Paling kuat pun en suami cuma minta teh o panas. Nak pergi bazar memang tak la dengan nak angkut bebanan hampir 14kg, baik aku baring depan TV tengok Dia Isteri Luar Biasa.haha..

Menu 4 Ramadhan kami. Pertama kali buat ni yang macam jakun sikit. Sedap gila resepi udang butter ni. Tapi tak tau la jadi elok dak aku punya. Tengok resepi sekali lalu ja pastu terus masuk dapur bersilat masak. Hangpa tengok gambar ok tak udang butter aku ni? Aku guna marjerin pelangi saja, so kena letak nama udang mentega la kan.hehe..

Tempek kat sini resepi, mana tau boleh jadi idea korang berbuka nanti. Usha resepi je tak payah dok tekan air liur pulak. Serius sedap oii.hahaha 




Resepi Udang Mentega

STEP 1 : Udang digaul dengan garam + gula + lada sulah + tepung jagung kemudian goreng dengan minyak yang banyak dan tos, ketepikan.

STEP 2 : Masukkan sedikit minyak + marjerin secukupnya (kalau butter guna 1/2 ketul) kemudian tuang tinggi 4 biji kuning telur, kacau laju dengan belakang senduk sampai telur garing. Sementara tunggu telur garing tu masukkan sekali daun kari. Tapis dan ketepikan.

STEP 3 : Tumis bawang merah + bawang putih + cili padi + daun kari kemudian masukkan udang step 1 tadi. Tuang 1/2 tin susu cair, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula. 

STEP 4 : Tuang bahan step 2 kedalam bahan step 3. Siap!










15 comments:

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

SA masih failed buat sendiri udang butter....bab floss tu yg x pandai2 lagi....

SalbiahM said... Best Blogger Tips

kalau PK yang buat confirm sedap..hehe.Aiman tak bagi komen?hihi

Sue Bee said... Best Blogger Tips

sungguh enak ni udang butter. SB failed la part masak2 udang ni PK

Qaseh Vee said... Best Blogger Tips

ada cucu cair dan cili padi rupanya . bebudak mesti suka klu masak lagu ni ... saya lak mesti nak habiskan lauk yg tak habis . sanggup meratah dari makan nasi ...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Aiman dan Abahnya kompem la komen sedap..hahaha..cik pia pun berselera makan dengan nasi..mmg lazat wooo cik sal

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya tengok resepi ni nampak banyak stepnya. Hihi kalau dah malas kan.. memang tak leh tolongla..

Udang PK ni memang nampak berjaya.. memang pandailah ni.. rasanya pun pasti sedap tu..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

rasa udang mentega mmg sedap pk
tp bab memmbuat jringan cantik tu adoii..
ambil masa betul la..
kena buat sedi kot bru leh nampak segak hihihi

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

mmg sedap sngt udang butter ni PK, baru ni buat sampai tak sempat nak ambik gambar budak2 dok meratah

umi alya said... Best Blogger Tips

Dah menjadi tu PK, tahniah...

Cer guna butter, lg sedap, kemudian meratah gitu jer..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

nyum...nak kena cuba ni.. kat sini udang segar banyak..murah lagi...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

sedapnya.... rindu nak makan udang...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Udang butter memanglah sedap. Napalah kita ni tak berjiran ya, PK...

Rasanya kalau tengok gambar tu menjadilah udang butternya. Saya bila baca resepi udang butter ni memang macam susah aje tapi bila tengok step by step PK tulis, eh takdalah susah mana pun! Nak buat 'network' tu aje tak tahulah boleh jadi ke tidak...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

kalo saya yang buat,bab floss kadangkala tak cantik..tapi rasa tetap ada..hehe

ida =) said... Best Blogger Tips

Aha! Ini feveret! Suka sangat! Sedap!

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedap ni..kelmarin bru mkn..tp y kedai punya.. hehe.. buat sdri tkut x jadi y habuk2 tu