Pixajoy

Tuesday, June 16, 2015

Home » Aiman Kembali Ke Sekolah

Aiman Kembali Ke Sekolah



Ahad Aiman mula sekolah lepas cuti panjang. Babak-babak tragis hari pertama persekolahan. Baru cuti dua minggu kot.

Babak 1 : Aiman dah hilangkan satu tie sebelum cuti, lepas cuti yang lagi satu dah tak dapat dikesan. Cari punya cari tak jumpa. Tak bertali leher la anak bujang ke sekolah. Aiman dah tanya kat koperasi sekolah pun stok tie dah tak ada. Bak kata en suami, ibu dengan anak sama lengai.haha. 

Babak 2 : Baju Melayu Kafa poket rabak sikit ibu tak perasan. Masa nak iron baru nampak. Ganas sangat anak oi hari tu baru sangat ibu jahit. Pakai je la dah lambat. Selekeh pun anak PK jugak!


Babak 3 : Pukul 6 kawan playground Aiman ketuk pintu rumah ajak main baru teringat, Astagfirullah..anak aku tak ambik.hahaha..Sungguh tak pernah jadi macam ni. Boleh pulak lupa ambil Aiman dari Kafa. Sampai sekolah cari Aiman tak ada. Rupanya pak guard dah bawak Aiman pergi lintas kat abah. Adoi..sory ye nak..

Tekanan dari semalam nak tekan publish tapi upload gambar tak lepas. Hari ni dah tak sanggup tunggu loading tiga puluh kali, up je la entry ni tanpa gambar.








12 comments:

mardiana abu darin said... Best Blogger Tips

Hihihi....bila cuti sekolah terlajak panjang..diana pun sama kelam kabut jugak...bezenya Diana anak perempuan...

Singgah petang

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

hahaha..haru biru jg sesi sekolah tu ya... pergh mcm mana boleh lupa nak ambik si abg aiman ni...hehe

nini said... Best Blogger Tips

Hhaahahhaha....macam2 akak ni....lucu la

LYAfrina said... Best Blogger Tips

ADOI...
sabor ajelah...
hihi

LiYa HaNiF :: said... Best Blogger Tips

hehehe kelam kabut yer... :)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ha tu diaaa
awatnya blh lupa pk..
alahai sian aiman. mcm mcm halnya ye

mmg x dpt nk nolong. tp xpa memahami

ps:selamat berpuasa dan mohon maaf andainada tersilap atau terkasar bahasa smsa singgah komen di sini :)

Miz Eija said... Best Blogger Tips

lama sgt cuti... hihi... berat je rasa nak melangkah ye kan hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. lengai tu cuai ke apa? Haha.. kan dah kena dengan abah.. awat cheq xperasan man ooi..
Ala, benda dah nk jadi kan.. penangan cuti panjang mulalah lupa apa yang biasa dibuat sebelum ni...

umi alya said... Best Blogger Tips

Ha3.. tp bila terinfakn tgh puasa, cepat2'tutup mulut

Sue Bee said... Best Blogger Tips

Entry tanpa gambar pon takpa asal senang nak baca dan mudah faham..line tengah menyiput nak buat mcm mana,kan

SalbiahM said... Best Blogger Tips

sebab dah terbiasa rutin 2 minggu kan..hehe.sian Aiman. dapat dah ke tie baru?biasa awal tahun baru ada stok

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Biar benar ni, PK. Macamana sampai terlupa nak ambil anak ni...

Nasib baik pakguard prihatin. Nasib baik juga takda komplen dari pihak abah dan Aiman ~_^