Pixajoy

Friday, June 26, 2015

Home » Bukan Sahur Kicap Meletop

Bukan Sahur Kicap Meletop



Sahur pagi tadi. Tu dia tajuk!

Pukul empat pagi en suami keluar beli, setengah jam kemudian dah sampai rumah. Amboi cepatnya! Order set macam kami selalu tapau bawak balik. Konon la kan bagi alasan dah lama tak makan, kesian dekat Aiman. Aiman makan seketul je pun, abah bantai sampai 3 ketul, ibu yang konon diet belasah sampai dua ketul. Cover balik semalam tak jaga sahur. Baik punya alasan.haha.

Cik pia mana reti makan. Tinggalkan french fries pun dia tak usik tadi. Ayam kalau bagi dia buat jahanam je kesip manis luah balik. Ada lagi tiga ketul tu dalam peti ais habuan buka nanti.hehe.


Sepanjang aku hidup tiga puluh tahun, ni pertama kali sahur kfc. Konon nak cuba kicap meletup tu, tapi tak ada demand, depa tak buat la. Budak kerja kfc yang biasa dok lepak kt bawah ni kata tak sedap. Siapa dah rasa kicap meletop cuba komen.










9 comments:

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Tak rasa lagi pk tak dapat nak komen.

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Tak pernah rasa yang baru tu.. Kicap meletop. Tapi tiap kali tengok iklan kat tv, rasa macam nak je.. Hihi. Terpengaruh dengan iklan namanya ni..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ala..tak tercapaila hasrat nk makam ayam baru ya...Saya pun belum rasa ayam kicap ni.. wah semangat la korang, sahur cukup protein tu.. wah.. sekali sekala tukar menu ya.

SalbiahM said... Best Blogger Tips

ramai yang kata 'bolehla'..takdelah sedap macam hot n spicy.pernah sahur KFC, tapi takdelah kuar beli on the spot.balance berbuka petang sebelumnya

Semut Senyum said... Best Blogger Tips

Suami dan sorang saya dah pernah makan, dorang kata sedaaaappppp!!! saya pun dah terpengaruh dengan cara sedap yang dorang sebut.. kene pi laa nanti rasa... Taste masing2 kan.

ida =) said... Best Blogger Tips

Hahahhah... Kalo dekat2 raya, kami sahur mcD. Sahur b4 ber tolak balik kg

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

belum lg cuba.
kemarin ingt nk la berbuka kat kepci
skli ms sampai care 4 dah penuh meja. haishhhh..
rania genap setahun la kita makan kepci.. hihihi..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

pling jrg mkn KFC sbb mmg krang gemar fast food...
ermmm..x pernah cuba n x rasa nk cuba,,

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Laaa.. saya pun belum pernah cuba lagi. Kalau tak pedas, memang semua pun tak sedap pada saya. KFC ni satu aje yang saya suka, dulu pernah keluar - Bombay Crunch, macam tulah. Wah, pedasnya memang sedap di anak tekak saya.

So, PK apa pendapat si tukang masak campak baling ni tentang kicap meletup? Sedap ke tidak?