Pixajoy

Sunday, June 28, 2015

Home » Shopping Raya Part 1

Shopping Raya Part 1



Semalam waktu tengahari qembang panaih lip-lip tetiba letrik kat rumah tak ada. Panas oii masa tu ngam-ngam lepas zohor, dah la bulan puasa. En suami kalau time letrik tak ada, macam biasalah mesti ajak keluar cari angin. Ronda dalam kereta pun nikmat kena air cond katanya. Terlanjur dah keluar teringat nak ke BTM cari baju raya. Tak planning pun nak keluar shopping, duit pun tak bawak. Kira macam jom kita terjah dulu la. Beli tak beli lain cerita. Yang penting dalam kedai sejuk ada air cond.haha. 

BTM ni kira macam gedung pakaian short form untuk Baju Melayu Tradisional. Orang Sungai Petani tau kot. Aku pun opismate aku perkenalkan. Tahu macam tu la tapi tak pernah pergi. Baru ni kawan en suami war-warkan baju raya harga berpatutan kat BTM, tu yang pergi usha line.

Boleh tahan ramai juga orang tengah shopping raya kat BTM. Cik pia punya sakan main aci ligan dalam kedai. Nasib ada Abang Aiman tolong tengokkan adik. Dia punya seronok sampai terqado hajat, syoknya main tak bagitau ibu dia berak. Masuk toilet nak salin drypers main air basah baju. Boleh lagi tu dok buat muka comel, mujur ada bawa baju spare. 

Beberapa jam kat dalam ni settle juga pencarian baju melayu Aiman dan abahnya. Abah nak kaler hijau, Aiman demand royal blue. Last year dah hijau kata anak bujang. Abah ambik sehelai baju hijau pastu yang royal blue abahnya tak ada saiz. Ibu protes mahu keduanya sama warna. Abah Aiman Afia baik punya kata, "payah orang la (sekarang)..saya dulu tak sama pun kaler dengan abah". Memang kan orang laki ni..tak sporting langsung bab sedondon dihari raya.hahaha..

Baju perempuan kat situ macam semua tak kena taste ja. Cuba juga warna sedondon untuk Afia malangnya baju tak muat masuk kepala. Kepala besar takpe nak, jangan besar kepala dah la.haha. Dalam tak berkenan baju kat situ sempat jugak rembat sehelai blouse offer price. En suami beli pelikat, butang baju melayu semua kat sini.

Tinggal baju raya Afia belum beli, baju kasual Aiman Afia lagi. Kasut raya lagi kan. Lebai(kopiah) en suami. Baju raya ibu..tengoklah keadaan dulu macam mana. Yang penting untuk anak didahulukan. Ada lebih baru ibu cari warna sedondon. Kalau tak, lari tema jugak la. Sebabnya ibu dah beli tiga helai baju belum pakai. Penipu sangat anak didahulukan.haha..

Nak sambung shopping entah bila. Rasa macam kalut sangat masa berlalu pantas. En suami pun kerja sepanjang puasa, nak cuti kesian kat boss. Siang hari puasa penatlah kata en suami. Orang lelaki mana larat, kita ni je pompuan bab shopping kuat sedia. Harapnya dapat selesaikan urusan persiapan raya dengan segera. Nanti sambung story shopping part 2.

HP aku bateri mati tak sempat la jalankan tanggungjawab sebagai blogger untuk mensnap bagai sekeping gambar. Laki aku dok sibuk masuk keluar fitting room nak mintak handphone beliau macam tak patut, nanti kena hempuk.hehe..












12 comments:

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Dah shopping dah muni. Hehe... Part afia berak tu mesti kalut dibuatnya sekejap. Nasib baik baju lebih. Biasalah ada anak wajib bersiap siaga...

nurbijen said... Best Blogger Tips

PK, part org laki tak "kuat" part shopping tu saya sokong... Kita yg pompuan ni walau penat lagu mana, sopim tetap diutamakan... hahhaha
Tak sabar juga nak balik shopping baju raya sedondon...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. abah aiman ni sempoi ya..
Laki saya jenis tak buat keputusan, saya pilihkan hijau maka hijaula dia.
Itu yang mampu bersedodon.. haha.. okla jugakan sb anak kecik lagi ni, tak mampu nk pilih2 lg.. kalau dah usia aiman nanti tak tahula kot pandai nak ikut taste memasing, hai tema 1 malaysia la jawabnya empat beranak kami ni..

mujur kes letrik xda ya.. bolehla hampa shopin sakan.. kalau gitu, elok xda tetrik lagi..leh ke mall lain pulak..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Klu AN nk tau sepanjang 9taun lawen baru ni en suami bli baju melayu time raya.sblom ni pkai yg lama2 je..taun ni mimpi apa ntah nk bli bju melayu.pasni 9taun pulak kot br bli lagi.hahaha

SalbiahM said... Best Blogger Tips

last-last beli baju kaler apa untuk hero dua orang tu?royal blue ke hijau?

ida =) said... Best Blogger Tips

Hahahha. Best betul! Comel nanti empat beranak sedondon. Kami belum pernah sedondon. Masing2 ikut suka sendiri. Mungkin kah tahun ini kami sedondon? :p

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

kan org laki semua sama j kot.
sama ngn cik laki saya ni haa..
tp nasib ada modai. katanya kalau dh ada anak blh la nk sedondon. memang tuntut le thn ni.kikikiki

ikut hati soh kita cari baju bg sama bju melayu hat lama. ceq mana mau.dh la selama ni ceq yg dok tukaq baju kena rotate dgn melayu hat dok ada..

sal ya said... Best Blogger Tips

Skg ni dah spare dgn powerbank. Sng kalau tgh jln2 hbs batt. Hari tu beli 1 percuma 1. Hehe..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

alahai... xde pic kenangan lak..
lya esk bru nk settle semua psiapan raya..baju kasual utk papa n asya..

OKje said... Best Blogger Tips

Kalau hijau, maka bakal sedondonlah kita PK Raya tahun hihi....

Samalah kita, konon konon anak didahulukan tp dlm almari dah ada sepasang baju raya tahun lepas tak pernah pakai lagi hihi

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hahaha kan?? org perempuan, kalau bab shopping... penant puasa tu hilang...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Lelaki dengan shopping mana ngam. Mereka tau order aje. Itu pun sebab nak cari saiz sesuai, kalau tidak memang lebih baik dok rumah tidur di siang hari bulan puasa ni.

Saya tahun ni memang konfirm tak akan ada tema sedondon. Adik dan Abang pun dah plan nak baju berlainan warna. Baju saya, tinggal pilihlah nak pakai warna apa di pagi raya. HD pulak senang aje. Pakai ajelah jubah putih tu sampai tak sudi lagi. HD memang dah tegah jangan belikan baju Melayu buatnya sebab pakai untuk solat raya je pun. Lepas tu simpan dalam almari sampai tahun hadapan!