Pixajoy

Thursday, June 25, 2015

Home » Resepi Sahur : Charkoteaw Penang

Resepi Sahur : Charkoteaw Penang



Pagi tadi tak jaga sahur wey. Sedar dah jam bunyi pukul 4 pastu tertidur balik. Sempat minum air kosong je. Dah cakap dekat Aiman, Insyaallah Allah tolong Aiman tak rasa lapar. Yang penting semangat!Tak tau la Boleh tahan ke tak anak bujang aku tu balik sekolah nanti. Ni nak cerita menu sahur semalam, boleh lawan Along Charkoteaw dah ni.hakhak.

Walaupun masa di Johor dulu en suami pernah berniaga Charkoteaw, ni pertama kali aku buat Charkoteaw tau. Kalau dulu aku la yang akan siapkan segala bahan berniaga. Dari siang udang, kopek kerang, blander cili kering dan sebagainya. Laki berniaga tapi bini yang teruk, bukan ada gaji pun.hehe

Sos Charkoteaw pun aku yang buatkan. Resepi dari kawan en suami yang sama-sama berniaga. Tapi sebab aku tak pernah tulis, tahun demi tahun berlalu, lupa dah berapa sukatan semua. Namanya chef campak baling ni tak susah hati pun, pepandailah la aku adjust ikut sukatan sendiri. Kebetulan pulak ternampak resepi Charkoteaw di Facebook, aku pun baca sekali lalu pastu tiba-tiba resepi bergabung!!!

Aku buat resepi ikut cara aku. Walaupun tak cukup bahan dan Charkoteaw ni boleh dikatakan menu sahur yang aku tak plan pun. Hasilnya terbaiklah. En suami puji melambung. Clear sebungkus koteaw kami tiga beranak. Tak cukup lagi ada. En suami kata pada Aiman, pasni tak payah dah makan Charkoteaw kat luaq, ibu dah pandai buat Charkoteaw.haha..



Resepi Charkoteaw Simple dan Sedap : Tumis cili kering kisar bersama bawang putih hingga pecah minyak, kemudian masukkan Sos Charkoteaw. Bila kuah mendidih masukkan koteaw, pecahkan telur, masuk udang + taugeh pastu Boleh adjust rasa dengan garam, gula dan serbuk perasa. Siap!

* Resepi Sos Charkoteaw : Stok udang + Sos tiram + kicap + Sos cili + belacan + garam + gula, masak atas api hingga mendidih. Bleh buat banyak dan simpan dalam peti ais untuk tahan lama.


Seperti biasa aku akan tanya nak makan apa untuk buka esok? Charkoteaw..nak makan apa untuk soq esok? Balik-balik jawapan en suami Charkoteaw. Stok udang dah habis la sayang oi. Bila tanya lagi Charkoteaw juga jawapannya. Sudah! tak pasal je laki aku kena sawan Charkoteaw oi. Dah terbuktilah yang charkoteaw aku ni memang sedap kan.hahaha










16 comments:

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

Ada rasa macam koay teow sani tak PK?....uih sedap tu..lalu sungai dua wajib singgah makan.

zmarl (ibu) said... Best Blogger Tips

time ni tengok makanan memang terliur sangat aihh..
bleh amek resipi ni..nak try jugok..

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

pasti sedap sangat ni..sampai en somi nak berkali-kali..
nampak pon sedap..telan air liur akak tengok..hihi:)

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Kakak baru nak tanya ada jual ke sos charkweteow tu? Alkisahnya buat sendiri. Memang rajinlah Ibu AIman-Pia ni. Itu yg selera aje makan:)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Whoa! Sahur makan charkueyteow! Hebatlah PK ni. Kami anak beranak bangun sahur memang tak lupa tapi setakat minum air je. Nyamahlah apa yang patut, kuis sana sini sikit. Makan berat memang tak pernah. Teringin juga nak buat nasi goreng tapi takut takda siapa yang nak makan!

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hahaha. sedap la tu.leh buka gerai di bazar next year :)
tenkiu pk berkongsi.

bukan sng org nk bg resepi charkoteow kan
mmber suami dlu pon ada nega di jb.kja normal, mlm meniaga. dia org penang.dia ckp minta dgn mk sedara dia, tu pon dpt kias kias ja.

saya ada simpan juga keratan akhbar resepi charkoteow tp entah ke mana pergi.

D' NICE SHOPPE said... Best Blogger Tips
This comment has been removed by the author.
Anonymous said... Best Blogger Tips

akak,stok udang tu buat cmne.rebus udang n ambil airnya ke.teringin nak buat ni,terliur tgk tgk.

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

ngancam ah..suka gak makan tau..last year ada beli sebotol kicap char keuw tiaw ni.. aad lagi dalam peti ais..huhu

kak gojes said... Best Blogger Tips

Hai…Kak Gojes nak ajak korang join GA ni…manalah tau menang duit raya…
MENANGI DUIT RAYA BERJUMLAH RM3100 SEKARANG!!!

SalbiahM said... Best Blogger Tips

tak pernah try..biasa kuey tiow goreng-goreng bodoh je..hehe.ni nampak sedap!

Cik Rose said... Best Blogger Tips

Memang betul-betul sedap la tu, hari-hari request charkoteow... Memang nampak sedap pun !

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai.. rahsianya pasti sebab sos yang sedap tu kan. Menarik nampaknya ni.. ai.. memang asyik minta char kuey teow jelah nampaknya ya.. sukses

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sedapnya.....

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Akk biasa tak rebus udang..nti udang hilang manisnya..akk guna kulit udang rebus dan tapis buat stok..kulit udang ni yg biasa akk buat ccur udan utk anak n masak yg huang kulit

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

Akk biasa tak rebus udang..nti udang hilang manisnya..akk guna kulit udang rebus dan tapis buat stok..kulit udang ni yg biasa akk buat ccur udan utk anak n masak yg huang kulit