Pixajoy

Sunday, March 01, 2015

Home » Along Charkoteaw Parit Buntar

Along Charkoteaw Parit Buntar



Ni dia Along Charkoteaw yang aku selalu sebut tu! Baru ja pekena masa balik kampung haritu. Lokasi Along Charkoteaw ni beberapa kali dah berubah. Yang aku tau mula-mula belakang Petronas, pastu kedai tepi jalan, pastu berubah tempat depan lokasi yang kami pergi ni. Sampai la sekarang kedainya kena masuk ke dalam sedikit. Tapi kalau dah charkoteawnya dekat dihati, haruslah terjah walau dimana dia berada. Gitu!

Dekat sini serupa mini food court. Selain charkoteaw, ada juga nasi ayam, yong tau too, otak-otak dan sate. Menurut kata waiter, depa baru ja pindah lokasi sini December tahun lepas. Untung juga ada suami peramah bak reporter tak berbayar. Free ja dapat info.haha..


Ini budak notty tak selesai lagi dengan selipar liplapnya.haha. Kali ni behave sikit mungkin sebab lapar, dari pagi tak makan apa, memang menunggu ibu suap kemulut dia la. Banyak juga Afia makan koteaw pastu sosej Yong tau too pun dia bedal. Sekali dua je sebelum makanan sampai Afia buat lawatan meja sebelah, ada baby. Selain tu memang dia hadap makanan je.


Aiman pun lapar sangat dah ni. Breakfast dia makan sampai dua bungkus nasik lemak, sudahnya skip lunch. Bila malam tentulah mendidih perut. Pun begitu sempat lagi jadi model blog ibu sebelum makan.


Ibu punya makan sambil suapkan Afia. Kat sini takda kerang, so ambik jugak udang. Malas makan udang sebab malas kopek!


Abah punya pinggan besar macam tuannya.haha..Sebab takda kerang, demand telur mata saja. En suami memang kureng sikit dengan udang.


Kami order yong tau too juga. Aku tukang perabis lepas en suami dan Aiman surrender. Almaklum Afia dah clearkan setengah pinggan koteaw, tinggal ibu sampai sarap ja kan. Kukuh tak alasan? haha..


Let's makan sampai tak pandang depan belakang kiri kanan dah.


" ni gambaq dah habis makan takmau tangkap?" tanya en suami merujuk kepada pinggan yang dah licin dikerjakan.

Ai..perli ka apa? Nasiblah dapat bini blogger duta makanan.hakhak..









8 comments:

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee charkoteow yg sedap tu mak.

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam nasik tambah. Hee patutla suami perli sbb gmbr dia takde dlm blog mak ni ;p

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Huhu... Terliuq tengok. Lately... Muni asyik tempek makanan je. Yang bestnya budak notty Afia asyik dgn selipar baru je.

syida said... Best Blogger Tips

stetmen en suami tu x buleh blahh hahaha
uols ni bole jd model2 program jjcm lah..terbaek! *thumbs up*

Chot said... Best Blogger Tips

Tu dia...sy trliur yong tau foo

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

hihi.kena juga sebiji.
ala kerang xda pulak

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Sayakan asyik dimuakan dengan makanan kat Parit Buntar ni asyiklah dok terfikir bila nak sesat kat Parit Buntar ni alahai... Teringinlah nak mencuba tapi selain tu apa ada di Parit Buntar? Hahaha...

Yalah tu Cik Pia habiskan separuh pinggan kuey teow. Saya percaya ajelah. Kalau tak percaya kang, merajuk pulak ibu Cik Pia *_*

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Kalau nazif pun sama.. kAlau kuew teow mmg banyak dia makan..

Yong tau fu tu menggoda sungguh.. nampak sedap sangat.. ai.. mana nak cari ni? Beberapa minggu lepas pernah makan yong tau fu kat puchong tapi tak berapa sedap...