Pixajoy

Wednesday, March 11, 2015

Home » Idea DIY Kad Harijadi

Idea DIY Kad Harijadi



Zaman sekarang ni tak susah nak perah otak semata nak hasilkan sebuah kad harijadi untuk yang tersayang. Memang boleh beli, tapi DIY ni tinggi kan nilai sentimen. Kalau dah memang dikurniakan tahap imaginasi dan bakat tahap tinggi senang la kan. Sekelip mata siap kad cantik menawan. Tapi kalau style aku, cedok idea orang la jalan penyelesaian.huhu..

Mula-mula aku google birthday card for hubby pictures. So keluar banyak pictures kad harijadi untuk suami. Bila belek dan belek, aku ambik keputusan guna idea love dan orang lidi seperti gambar dibawah.



Kalau nak cedok idea pun biarlah secara berhemah. Walaupun orang tak tahu kau memanipulasi idea orang, haruslah secara bijaksana buat ia seakan idea kau seratus percent cintaku hey hey hanya untukmu.hahaha..


Belasah je lekat love, aku bukan tiru betul pun, Ingat dalan kepala otak je pastu tampal. Buat last minute masa en suami keluar beli sarapan. Aku cuma keluarkan 50 sen modal untuk beli kad purple keras pastu yang love ni aku guna kertas sedia ada kat rumah. Memang kaler tak terang kurang menarik sikit, takpelah janji free.haha..Sebelah dalam aku lukis orang lidi, yang dalam sebelah lagi ucapan. Aku tak tempek kat sini la ucapannya P & C, kang ada yang loya pulak baca ayat bunga-bunga.


Ada yang tanya orang lidi ni aku lukis sendiri ke? Of couse i yang lukis. Bakat terpendam sikit-sikit takat tengok lukisan dan lukis bolehlah dari takde. Orang lidinya aku dah transform pakai shawl dan jubah muslimah ala PK gitu! 

Yang en suami haruslah botak kepala. Memang itu ja gaya rambut sekarang ni. Nak buat sekeping badan lidi macam asal rasa tak berapa patut. Kira oklah aku bagi pakai baju dan seluar, ikutkan hati nak lukis badan sado perut pregnant 7 bulan. Takut kena hempuk dengan birthday cake pulak terus cancel niat.hakhak..

Semoga sedikit sebanyak bagi idea untuk yang nak buat birthday card sendiri. Simple pun kalau dari daya usaha sendiri besar maknanya bagi yang tahu menghargai.  Aiman dah tanya tu kad birthday dia. Minggu depan birthday Aiman, dia pun nak kad jugak!









13 comments:

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Wah bakat terpendam. Serius cantik kad muni buat.

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

niceeee

kakyon said... Best Blogger Tips

Ky memang suka bentuk love ni..cantik. ada idea nk buatkan kad en papa ky pulak.
alallaa..main cubit2 pipi pulak..chomel!

Chii said... Best Blogger Tips

Kadang2 lg puas hti tgk hasil kerja tgn sendiri kn. mesti hubby muni senyum lebar dpt Kad ni nnt. Apa pun..happy birthday utk tuan kutu 😊

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee curi idea tak mengapa, tapi jangan curi gambar. ;D

Sam Yatie said... Best Blogger Tips

Hikhikhik...comel la kad kak Kutu utk asben....thn depan nak try DIY la kad birthday utk asben ai!
Jemput Singgah Sini Ya

eima said... Best Blogger Tips

tapi cantik le org lidi tu...klu rajin ade idea boleh lukis kartun org lidi gitu .... pastu publish sini ...aku suka baca kartun2 ni

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

ihik :’)
yg pasti.mmg comel la pk.
nk nk yg pk pakaikan shawl n jubah tu.cute ok ;)

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Cantikla kak. Lagi bermakna sebab buat sendiri ;)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Lawalah PK...pandaila PK buat.. bakat terpendam ni nampak macam tak pendam sangat, macam dah selalu asah.. kalau saya, lagilah xfaham apa benda yang dilukis..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Cantik...

Lya pom apa2 lg suka diy..puas hati, walaupom letih sikit

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Tabik springlah, PK. Memang kreatif walaupun cedok idea orang. Memang tak sangka PK ada bakat terpendam. Cantik lukisan. Ini kalau suruh saya lukis orang lidi exactly macam dalam gambar tu, pun gagal rasanya. Saya memang takda bakat dalam lukisan.

Disebabkan entri ini rasanya tahun ni saya nak prepare birthday card untuk kesemua superheroes sendirilah. Nak cedok idea PK pulak *_* Jimat kos!

ayunie ramli said... Best Blogger Tips

kreatif nye :) mek suko..