Pixajoy

Tuesday, March 03, 2015

Home » Resepi Mudah Bebola Ikan Homemade

Resepi Mudah Bebola Ikan Homemade



Terfikir nak buat fishball bila mengenangkan nasib ikan kembung yang tak laku dalam freezer. Haritu beli 2kg, pastu en suami dok buat berlagak tak lalu dah nak makan ikan temenung. Balik kampung haritu pun order stock kepala ikan dekat kilang Ain kerja. So banyak la stok lauk. Dah la kepala besaq gedabak, sebulan pun tak habis makan apa. Kari kepala ikan hari-hari pun tak selera juga.Boleh tolong suggestkan apa lagi boleh masak selain kari?

Aku dah lama google resepi homemade fishball, tapi banyak sangat versi sampai tak tau yang mana perlu ikut. So aku buat kepala sendiri, hentam sajalah labu! Resepi aku bagi macam biasa pepandai campak bahan takda sukatan. Tak suka boleh blah! hahaha 



Resepi Bebola Ikan : Asingkan isi ikan dengan tulang pastu blander kering sampai lumat. Masukkan dalam bekas, letak sedikit garam+lada putih+tepung ubi. Bulatkan dan rebus dalam air rebusan sup. Tepung sekadar untuk membolehkan fish di ballkan ye tak payah banyak. Namanya pun homemade, biar la rasa ikan memonopoli. Bila fishball timbul tu petanda dia dah masak. Angkat dan tos, sedia untuk di guna on the spot atau disejuk bekukan.

* Air rebusan sup : Tulang ikan di rebus kemudian tapis ambik airnya. Masukkan bahan tumbuk (bawang putih+bawang merah+halia+lada hitam) pastu perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kalau nak boh sup bunjut ka serbuk sup dipersilakan. 

Air rebusan fishball jangan di buang pulak. Aku dinner mee sup telur plus fishball guna air rebusan ni. Air bakinya aku simpan buat stok. Kalau nak rebus pakai air biasa pun no hal, tapi sayang la kan kalau dibuang manis ikan dari tulang. Fishball yang menyerap air sup ni rasa sedap pasti berbeza. Nak tau kenalah cuba!










9 comments:

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Menarik utk diikut. Memang banyak versi cara buat fishball ni. Apa pun tak kisah sebab pada kakak memang lebih baik buat sendiri tak takut bab halalan-toyyibannya..

SalbiahM said... Best Blogger Tips

nice!memang trend orang buat sendiri fishball ni.selamat, sedap dan halalan toyyiban gitu..hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha. Terus terang tak kuasalah den, PK oi! Saya memang suka resepi PK ni, campak baling makan. Habis cerita. Tak payah sukat. Tapi bab nak buat semua homemade ni, kena berkira-kira juga peratus kerajinan Kak Ton. Maklumlah saya ni pemalas, errr... sibuk orangnya!

Masya said... Best Blogger Tips

wallah senangnya murni .. bnyk stok ikan blh buat fishball sendiri ... kalau ikan termenung ni goreng je .. paling² pun asam rebus.. kot rajin asam pedas.. kt org kari mmg x jalan huahuhauhua ...

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Betullah PK kekadang ikan termenung, ikan paling yg kecik tu, tak pun ikan sardin, kalau dah lama kita nak masak pun tak lalu....Dapat bini rajin mcm org tu baguihlah, dapat bini mcm pak Jilap hancuq noo hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. kat rumah ni kalau beli ikan elok beli 3 atau 4 ekor je.. entah kenapa mmg xlaku kecuali ada tetamu.. tapi kenapa ye saya tak terfikir nak buat fish ball macam ni bila ada ikan yg orang lain tak nak makan? Haha.. jawapan sendiri tahu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

lama dh x makan ikan.sokmo cik laki ja makan ikan
ntah la myb masa dlm pntg ritu hari hari dok telan ikan .rasa jemu kot.

x sabar nya nk buat dkt rania.
saya fish ball ni jaramg sikit.sbb x berapa nk telan..

nak nak lps terbaca pasai bebola ikan yg dibuat dr thailand tu.. geli pulak

tenkiu pk brkongsi resepi ..

Cikrumah said... Best Blogger Tips

Alkisahnya suamiku pun buat belagak x mkn ikan goreng..Google cara buat fishball..jumpa blog puankutu..mcm senang je..thanks berkongsi resepi!

Anonymous said... Best Blogger Tips

Ikan rebus dulu baru ambil isinya atau masa mentah ambil isinya?