Pixajoy

Tuesday, March 31, 2015

Home » Terung Masak Kicap

Terung Masak Kicap



Tengok Diari Mangkuk Tingkat Bersama Ili dekat Astro Ria terus teringin. Tak pernah pulak terfikir terung boleh buat masak kicap. Aku tak ikut sangat resepi asal, belasah ikut cara aku. 



Resepi Terung Masak Kicap : Goreng terung, tos dan ketepikan. Tumis bawang merah + bawang putih + halia + cili padi yang dihiris kemudian masukkan sos tiram + kicap + gula + garam. Masukkan terung yang telah digoreng tadi. Gaul sekejap, siap!


Simple tapi sumpah sedap!


" Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin yang boleh membantu perokok yang ingin berhenti merokok menahan keinginan untuk merokok secara semulajadi "








8 comments:

syida said... Best Blogger Tips

suka fakta tu..yg merokok (tp berazam nak quit) bulehla pulun makan terung bebanyak hehe
saya suka terung goreng, cicah sambal belacan..perghh..terung msk kicap, sy x prnh cuba..insyaAllah leh buat nnti, mcm senangg je tu ;)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Semalam rumah kakak pun masak ini juga tau. Macam ada sense yg sama pulak:)

eima said... Best Blogger Tips

tak sangka terung boleh masak kicap kan ... ai suka terung celur mkn ngan air asam sedap nye

Mummydearie said... Best Blogger Tips

First time dengar terung masak kicap! Yang sebenarnya terung ni masak apa pun, saya tak makan. Hahaha!

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Terung masak kicap...sedap oo...

Mar Mansor said... Best Blogger Tips

statement last tu menarik la..tetiba rasa nak buat stok terung kat rumah

LYAfrina said... Best Blogger Tips

xpernah lagi mkn terung kicap..biasa terung berlado je

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

terung msk kicap x pernah makan lg