Pixajoy

Monday, March 16, 2015

Home » Resepi Cheeskut Mudah

Resepi Cheeskut Mudah



Entry main masak-masak lagi. Yang ni projek terakhir menghabiskan saki baki cream cheese. Kat rumah ni rupanya peminat cheesekut lebih lagi dari cheesecake. Entah dah berapa kali dah aku buat cheesekut ni ye,  macam-macam versi boleh rujuk entry terdahulu. Kali ni simple buat letak taburan Milo dan parutan cheddar cheese. Yummy!



Putar 250gm krim keju dengan 1/2 tin susu pekat manis hingga kembang. Tambah fresh milk untuk cairkan sedikit adunan. Celup biskut Marie dalam fresh milk dan susun dalam bekas, tuang adunan krim keju tadi kemudian ulangi step sampai habis. Akhir sekali tabur Milo dan cheddar cheese sebagai topping.



Rupa sebijik macam kek batik. Bezanya cheesekut letak keju, kek batik letak serbuk koko or Milo kan. Satu adunan tak cukup makan 4 beranak. Cik pia pun kemain lagi hadap benda ni. Nampak je terus sebut.."nak kek.." susah betul nak makan sekarang ni tau. Benda pelik-pelik je dia nak. Haru sungguh!






7 comments:

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Sama macam kek batik ye pk..nanti nak cuba jugak ni..anak2 acik suka cheese

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Sdpnya .. salah 1 resepi y dh lama nk buat tp x terbuat lg

nurbijen said... Best Blogger Tips

Best nyer semua hantu cheese...
kat rumah ni, saya sorang jer yg layan cheese..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

a’aa.mcm kek batik kan.
ala, stok sekut marie dh hbs saya balun hri tu.dok sesaja kerja nak ngunyah je.

bioa bila terbeli n teringat blh la buat. hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Salah ayat tu. "Susah betul nak makan sekarang ni tau, asyik kena kongsi dengan Cik Pia!' Itu barulah betul *_*

Cheesekut ni sampai tak habis viral takda pulak terlintas nak buat. Beli barang pernahlah tapi buatnya tidak. Cheesecake tu pun hari tu beria-ia saya beli bahan lepas tu ada elok tersusun rapi kat dapur tu hah... Dasar pemalas, memang tak bolehlah nak banding dengan PK ni!

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Pernah buat seksli jer....itu pun sebab nak rasa...kat rumah ni tak galak makan....tu yg malas buat tu. Ceh alasankan hihi....

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

kegemaran saya ni, tapi tak mau buat sendiri sebab kalau buat pasti akan habiskan, jadi kalau naik lemak nanti, sedih pulak jadinya..hihi, alasan orang malas macam ni ler