Pixajoy

Saturday, March 14, 2015

Home » Duduk Sama Abang

Duduk Sama Abang



Semalam petang ambil Afia dari rumah pengasuh tengok dia dah tak sihat. Memang dah dua hari hingus dok meleleh dan badan mula dedar. Sepetang ibu kerja dia tak tidur langsung kata pengasuh. Balik rumah bagi ubat dan menyusu terus lena. Kesian pulak dengar nafas dok bunyi masa tidur. Merancang nak ke pameran buku CS dan keluar makan terpaksa cancel.

En suami pergi pasar malam je belikan menu dinner. Lepas ni dah mula kerja susah nak outing hingga Jumaat akan datang. Tak tahu sempat ke tak hunting buku bebudak ni! Nak buat macam mana dah anak solehah demam. Yang Aiman dah mula tunjuk muka boring dan asyik mintak nak main game. Pening kepala ibu kalau sepanjang cuti asyik hadap game. Tak bagi dah asyik mengomel boring dok rumah.



Sekarang kalau naik kereta ada Aiman, Afia memang akan demand duduk belakang dengan abang. Tak nak dah dia duduk dalam car seat. Budak berdua ni kadang kuat juga bercekau, adik jenis kena turut kehendak dia, yang abang pun kadang boleh beralah..layan je kerenah adik..tapi kalau dah selalu sangat, naik angin juga.haha. Bila berdua dibelakang, boleh tengok aksi sweet abang peluk erat adik, boleh dengar gelak tawa anaknda berdua. Bahagia pulak hati ibu tengok keadaan begini. Semoga Abang adik sentiasa bersama susah dan senang selamanya. Ohh tetiba jiwa-jiwa!









5 comments:

mama eija said... Best Blogger Tips

ksian afia... get well soon afia... imanina pun mula dedar... mgkin cuaca panas sejuk budak tak tahan... org tua pun mcm tu juga

nurbijen said... Best Blogger Tips

Baguslah abg Aiman... Pandai layan adik... Mmg sweet gambo mereka berdua...
Semoga Afia cepat sihat :)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Best la gitu.. takla berebut nak duduk kat depan semua.. tenangla PK memandu..

Moga Cik Pia cepat baik.ya..sebab musim panas kering kot ni, nazif pun dedor badan sejak pagi semalam. Tapi main tetap macam biasa..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

Afia selesa duk dlm plukan abg dia..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Baguslah Cik Pia ngam dengan Abang Aiman. Sejuk je hati kita sebagai mak ni melihatnyakan. Anak-anak bujang saya, asal ditinggalkan berdua je terus bercakaran. Kalau tak mulut membebel, tangan pun naik sama. Mereka kickboxing sesama sendiri!