Pixajoy

Thursday, March 26, 2015

Home » Aiman Afia Di Kampung

Aiman Afia Di Kampung



Lama juga kami tak balik Alor Setar. Mak abah selalu je datang sini. En suami dok perli asyik balik Penang je. Eh siapa yang dok ajak balik Penang sebenarnya ni?haha..

Aiman Afia macam biasa sesekali balik memang enjoy dekat kampung. Nama je kampung, tapi rumah Wan Maktok ni kira lokasi perumahan bandar la. Dia punya panas Masyaallah sampai aku tetiba kena penyakit gatal sekejap, berpeluh sana sini tak tentu arah, tergeruk-geruk macam beruk dah. Pak mertua bila nak pasang aircond ni?hahaha..

Entry basi nak dekat seminggu dah pun balik kampung. Sayang pulak kalau tak abadikan gambar yang ada. Layan!

 Gaya peace konon cik pia bagi sebelum bertolak balik kampung

Abang tengah pujuk adik tengok kamera, Adik boo layan!


Pagi hari melepak dekat depan rumah sambil hirup udara Alor Setar. Abang adik jogging kejar cat. En suami snap gambar budak berdua ni hantar wassap pada keluarga Johor. Gambar Aiman sensored tak pakai baju. Cik pia je ada. Suka tengok gaya Afia berlari dengan gaya tangan dia ni. Sayang sekali en suami snap jauh sangat. Sooo cute!

Rambut menggerbang Mak Limah!


Petang hari kedua kat kampung, cousins depa Irsyad dan baby Damia baru sampai ke rumah Wan, makin meriah la jadinya.

Tangan penyibuk tu dia sorang ja nak pegang baby

Bila suruh snap gambar dengan baby, dia sua tangan mintak maktok ambik pulak

Abang Aiman dan Adik Mia


Aiman dengan Icad 24 jam main tak tau penat. Si Afia pulak kemain lagi nak membela baby. Dok zikir 

la la allah..(laillahaillallah)
bi..bi..la lah..(hasbirobbijallalloh)

Tak bagi langsung kita pegang buai Damia. Dia punya penyibuk tepis tangan acik pastu siap letak bantal dan robot dalam buai. Kalau tak letak dimarahnya kita. Macam-macam peel. Tunggu adik Mia besaq sikit cik pia oi ada la geng main pondok-pondok nanti.






 




9 comments:

eima said... Best Blogger Tips

tu la belah sana time cuti sekolah ari tu mmg panas sgt ..huhu

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

sonok tgk gaya cik pia dok layan baby.suka dia.nnti ada geng la kan main pondok pondok.

pk.. sy tahu sngt taman pak mertua pk dduk tu. hihi. itu kira balik bandar tu bukan balik kg. kikiki.

cik pia, ala ala mcm pejalan kaki gituu. gaya mau ada kan..

kl pon panas la pk.

ppstt: esk nk blk perak.berdepan lagi dgn suasana baru. siap sedia bak jawab apa nanti kalau ada sesiapa soh suap. huhuhu

sal ya said... Best Blogger Tips

Si rambut kerinting yg comel. Akak ni pn dh lm x blk kg.

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Ada gaya che pia jln :-). Skrg ni mmg cuaca panaskan..

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Afia.. cara lari tu sama macam aniq..haha.. suka afia dgn baby ye.. apa lagi, cakaplah dgn ibu.. harap ada adik next year.. afia pun ada geng..hahaha

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Dedua tu suka baby. Aiman walau lelaki tapi penyayang:)

Kalau ada baby sendiri entah macam mana agaknya dibelai.

syida said... Best Blogger Tips

alololo comelnya cik pia berlari..gaya 10markah!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Sukalah cik pia balik alor staq ya.. sb ada kawan2 yang best.. leh main dengan baby damia ya.. apalah ibu ni, jarang nak balik alor staq.. anti tlg marah ibu pia ya.. haha.. kalau nak mudah, kena cepat tambah adik utk cik pia ni...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ni dah tak berapa nak faham, Cik PK. Awak tu asal Penang. Suami kata asal Johor awat pulak sekarang keluarganya di Kedah? Ada konpius sikitlah nak faham, camna nak berbesan ni. Susur galur keluarga pun tak lepas lagi *_*

Amboi, comel sungguh Cik Piah nak 'lumba lari'. Watson Nyambek pun kalah kalau tengok aksi Cik Pia ni!