Pixajoy

Monday, March 02, 2015

Home » Afia Imanina 22 Bulan

Afia Imanina 22 Bulan



Usia sekarang paling best sebab Afia dah mula becok mulutnya. Dah pandai sebut banyak perkataan dan meniru apa yang keluar dari mulut kita. Teruja sangat ibu ajar Afia sebut sesuatu dengan betul. Lepas satu..satu..budak baru dapat mulut ni setiap perkataan keluar comel belaka. Mau tak excited, Afia pulak jenis lambat boleh cakap kan.

Hari ni bangun awal ikut ibu hantar Abang ke sekolah. Balik singgah kedai sekejap, turun dari moto jumpa cat dia pastu molek pulak perangai nak bergaya depan kamera. Ni latest picture bambam satu tahun sepuluh bulan comot tak mandi.



Afia suka buat aksi goyang jari telunjuk sambil sebut no..no..dengan comelnya! Cleaver sangat dan penuh dengan naluri keibuan. Macam ibu selalu cerita sebelum ni, mana pergi kalau nampak baby mesti tunjuk dan nak pergi dekat. Dari jauh pun dia akan kejar asal dapat tengok baby. Yang tak bley blah, budak besar dari dia pun dia panggil bebi.hehe..

Afia suka main baby-baby juga. Bermacam gaya pretending ibu misali dia keluarkan. Tidokan baby dalam buai, nenenkan baby, pakaikan baby lampin dan banyak lagi menjadi mainan harian. Lagi satu perangai comel dia suka jelir lidah wekkan orang. Bila tengah berangin, bara jugak la hati ibu ni tengok kelaku dia.haha

Alhamdulillah Afia Imanina terus membesar jadi anak yang sihat, cerdik, manja, comel dan sentiasa menghiburkan dengan telatahnya. Ohhh lagi dua bulan fia akan sambut birthday 2 tahun. Dah boleh bagi adik ni.kahkah..





9 comments:

Acik Erna said... Best Blogger Tips

comelnya afia bergaya depan cat dia tu..
betul tu PK..boleh la bagi adik buat kawan main Afia nanti kan

eima said... Best Blogger Tips

Sgt comey tau si bam2 kerinting ni tau.....dpt bygkan camne gaya no no die tu keh keh

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Haha... Ayat penghujung tu tak boleh blah... Cepat2 la muni bagi Afia adik. Mesti Afia suka dapat adik :)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Bukan main panjang intro.. but i loike conclusion di paragraph terakhir tu... hahhaha.. ai sokong 200%

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

adik.. lagi suka afia dapat kawan dgn baby..
alahai, pk dok bayang gaya afia buat no.no.no. tu..
mesti cute kan

syida said... Best Blogger Tips

chaiyokk ibu..bg adik sbg bday present afia 2thn ni ;p 22bulan umurnya & dah mula becok..steady tu, x lambatlah ibu..dont worry hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Amboi, murninya cita-cita! Setiap 2 tahun nak bagi adik kat anak-anaklah ya *_*

Aunty doakan Aiman dan Afia akan dapat adik lagi dalam tahun ni. Hahaha....

Teringat gambar Afia tengah nenenkan bear, gelak betul. Sekarang ni fasa copycat apa orang buatkan. Memang masaklah kita tak kering gusi dibuatnya. Time marah, membara juga hati tapi mana sampai hati nak naik tangan, ya tak?

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Alahai comeynya ....ngan rambut keting gitu....
Tapi anak pompuan mmg gitulah PK...suka main pondok pondok , main baby baby hihi

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Cewah.. dah ada idea nk bg afia adik baru tu? Haha.. bagus2.. saya sokong 200 peratus..

Dapat bayangkan gaya comel afia mengajuk cakap orang ni.. suara pulak manja2..