Pixajoy

Tuesday, March 10, 2015

Home » Cik Pia Kesayangan Ramai

Cik Pia Kesayangan Ramai



Alhamdulillah Afia dapat famili pengasuh yang sangat sayangkan dia. Sebelum ni masa Aiman, aku berdepan pelbagai ragam pengasuh yang semuanya tak bagus untuk tumbesaran. Nak cerita macam hati sakit. Trauma 6 tahun lamanya nak bagi Aiman adik pun. Macam tak berapa kukuh alasan.huhu..

Afia tak pernah langsung buat drama ke rumah pengasuh. Dulu masa newborn ada sekali dua nangis masa hantar. Normal rasanya kalau dah lama tak hantar dia buat peel. Anak-anak pengasuh semua rajin melayan dia. Kalau ditanya mana Kak Yani, mana Kak Syifa, mana Abang Wan and so on dia dah boleh tunjuk dan kenal pasti setiap seorang mengikut nama. Syukur Afia dijaga sebuah famili besar dengan penuh kasih sayang.

Selain famili pengasuh, kalau ke kedai ada saja habuan untuk si bambam. Kadang dapat roti, dapat kek, dapat jajan (yang ni tak berapa digalakkan.huhu). Ni gambar tempohari dapat mainan dan vitagen makcik kedai bagi. 



Ibu tengah membeli dikedai sebelah, tok kedai sebelah lagi tolong jagakan siap upah. Kalau nampak ibu bawak Afia mesti tok ambik dukung bawak ke kedai. Kemain dia duduk dikerusi sebelah kaunter. Selalunya tok kedai ni dan kedai sebelah yang dok bagi dia macam-macam. Depa kata geram, Afia comel! 

"Aceh.." kata Afia. Semoga murah rezeki makcik-makcik yang dok selalu murahkan rezeki cik pia. Ameen!








14 comments:

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.. moga terus disayangi ramai dan murah rezeki sampai bila2. InshaaAllah

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.. syukrii pun g kdai salu dpt upah. jajan lah apalah.. lg ade pulak papa angkat. kwn abah dia.. ramai suka dia. muka xmalu la katakan. hahaha

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

aamiin
alhamdulillah.
afia memang comel sbb tu mnjdi rebutan..
jadi anak yg solehah tau..

Cho Zila said... Best Blogger Tips

syukurlah di kasihi.. mmoga terus dikasihi...

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Macam Alia jugak si Afia ni Muni. Tiap kali pergi ke pekan kedai Aunty Ann dia mesti dapat habuan.

nurbijen said... Best Blogger Tips

Amin...
Lega bila anak2 dapat pengasuh yg baik :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Salam Puan Kutu..murah rezeki Afia yer
Mmg comel dia !!!!

Cik Ain said... Best Blogger Tips

Aalololooo comelnya..
#CikCandy singgah follow sini (=

syida said... Best Blogger Tips

syukur alhamdulillah, aura cik pia mmg bagus, magnet rezeki :)
tak lama lagi buleh lah cik pia naik pangkat jd 'kakak' insyaAllah #eh tetiba :p

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

budak yang comek gini, maunya tak ramai yang suka.. ai, untung la cik pia ye, jadi perhatian ramai .....

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

wahhh Afia jadi kesayangan ramai...

OKje said... Best Blogger Tips

Budak pompuan, dah tu rambut curly curly, mulut becok, pipi bam bam....mmglah org semua geram....
Untung cik Pea, asal gi kedai jer kenyang hihi

chii said... Best Blogger Tips

Alalalalala.comey je fia da bsar. Nmpak sgt lama betul auntie x jenguk fia..insya allah..Semoga slalu disayangi Dan murah rezeki ya

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Untung PK kalau Cik Pia disayangi ramai. Itulah, saya kalau pilih menantu memang yang terbaik jer. Hahaha....

Dah pandai cakap terimakasih ya, Cik Pia ni. Dah besar dah. Dulu masa aunty mula-mula datang 'rumah' ni, Cik Pia kecil lagi alahai.

PK, bila kita nak bawa anak-anak pi dating kat Burger King Parit Buntar ni? *_*