Pixajoy

Monday, March 09, 2015

Home » Kek Harijadi Untuk Birthday Man

Kek Harijadi Untuk Birthday Man



Sambutan hari lahir bukan keutamaan pada en suami. Sempena harijadi, lagi baik sembahyang, baca Quran dan doa! Begitu katanya menusuk ke kalbu. hehe. Tapi kan isteri mana tak sayang suami. Selain doa yang tak pernah lupa dikirim setiap hari, nak juga tambah sesuatu yang istimewa untuk beliau. Setahun sekali je kot! 

Kerana rasa sayang itulah aku dengan semangatnya buat kek untuk birthday man. Pukul 2 pagi baru siap ok. Berpeluh keringat konon nak kek yang grand, berlayer bagai. Hasilnya memang comot gila dan hampir-hampir nak jahanam aku kerjakan.hakhak..

Aku ambik risiko cuba resepi kek coklat yang tak pernah aku buat sebelum ni. Coklat ganache untuk topping pun aku google semua. Lapisan keju aku guna resepi cream cheese frosting. Memang main ambik je resepi cacamerba ikut kesesuaian jiwa. Walaupun comot selekeh tahap langit ketujuh, percayalah yang ini kek tersedap aku pernah baking.



Punya loklaq aku deko main campak aneka coklat. Fail sungguh subjek simetri, persamaan linear.haha..RM 8 aku laburkan di kedai dua ringgit semata untuk dekorasi atas kek, plus cadbury dikedai sebelah, 5bijik seringgit tahu! keke..

Walaupun peringkat pembuatan kek ini agak sadis, Alhamdulillah en suami suka. Siap puji kek ni lagi sedap dari Secret Recipe! Cuba letak kek Muni Receipe ni dekat SR tengok, terbaiklah..kata beliau. Aiman Afia pun suka. Aku? double triple kembang setaman!

Ni dia kek yang dah dipotong. Layernya pun comot tak berapa jadi. Masa potong kek pun dah berkecai aku bikin.huhu. Aku simpan dalam peti ais, waktu nak ngap baru keluarkan, biar sekejap bagi kek lembut, coklat mencair sedikit..nyum..baru rasa nikmat makan! 


Ohh sedap! Bini birthdayman makan lagi banyak dari tuan punya kek. Birthday man dah turun 5kg, bini birthday man pulak sampai sekarang dok gerun nak naik penimbang.hahaha


* Nanti aku share resepinya. Nak kena cari mana aku letak resepi dulu, almaklum la buat kek ni kena ada sukatan semua. Aku ni pulak kalau masak main campak hempuk ikut dan.













10 comments:

Nasa Mulia said... Best Blogger Tips

kesungguhan tu yang buatkan nya lagi sedap....

NzA said... Best Blogger Tips

sedapnya.....coklat n cheese melimpah ruah tu.Selamat ulg thn utk en suami PK. Moga sntiasa dibawah lindungan dan kasih syg Allah.

SalbiahM said... Best Blogger Tips

nampak sedap kak!lagi pulak dibuat dengan kasih sayang...bagi sekali tak kad yang Aiman buat?

syida said... Best Blogger Tips

kek kalo masak sendiri, bior selekeh, janji sodapp. hehe
baking dgn penuh ksh syg, kompem abg birthday bagi thumbs up :) (berbaloi la PK berpeluh2 meloklaqkan diri membaking, mendeko bagai) hehe

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Nampak pun dah tau sedap ni PK. Bagi saya, saya lagi tergoda dgn kek yang comot2 mcm ni dprd kek yg clean cut cantik2 tu. Kan bila dia comot nampak mcm lagi menyelerakan. Tapi part deco tu mmg pitam tgk sebab seketul2 besar dia campak. Cemana nak berebut makan tu. Kena letak banyak2 ketul2 coklat atas tu patutnya. Baru la puas hati makan.

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

tak pa selekeh pon janji birthman suka.hbs dimakan anak beranak
lepas ni sekali sekala je ke sr. hihi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Nasib baik menjadi walaupun katanya suka betul buat resepi campak baling takda sukatan gitu. Ahah,naklah tahu juga terharu ke tidak muka birthday man tu bila tengok kek sedap kalah SR katanya. Yalah, yalah bab suruh lagi baik solat dan doa tu, saya pun selalu mendapat PK. Padahal kita ni punyalah sayang nak tunjuk betapa level sayang kita tu menyamai meja penuh dengan hidangankan!

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Tgk sblm potong tu ada ngeri sikit haha. Tp lps potong tgk pun dah tau sedap. Terliur dibuatnya.. :-)

OKje said... Best Blogger Tips

Sure maniskan PK....tp nampak sedap ko walau comot hihi
Sukalah kannnnn kena puji birthday man sampai kembang setaman. Tu belum hidangkan hadiah lagi tu, mmg puas hatilah birthday man di hari jadi haha

OKje said... Best Blogger Tips

Eh.....sebenarnya tak comot pun, cantik dah bg okje tu, kalau mak yg buat huhu....belum tentu lagi mcm tu hihi