Pixajoy

Monday, March 23, 2015

Home » Kek Harijadi Aiman

Kek Harijadi Aiman



Abah kata nak beli kek untuk birthday Aiman so ibu fikir tak payah kot buat. Lagipun sehari sebelum tu, opismate yang sambung shift lambat datang sebab salah tengok jadual. OT tak berbayar la hampir sejam menunggu. Nak singgah kedai beli butter dah tak sempat mana dah lambat ambil Afia dari rumah pengasuh. Balik rumah memang tak kuasa dah nak keluar.

Menjelang Harijadi Aiman, memikirkan serbuk koko yang masih banyak berbaki, ibu buat juga kek coklat. Takda butter, guna minyak pun boleh kan. Melihat ibu sediakan bahan untuk kek Aiman kata, 

" Aiman tak nak la kek..Buat susah ibu je!" 

Namanya pun Aiman tak kisah. Anak soleh Aiman memang macam ni. Sayang ibu lebih dan bukan jenis yang meminta. Takda susahnya nak, ibu yang nak makan sebenarnya.hahaha..

Cantik sangat kejadian kek coklat ni

Letak topping


Hias bodo dengan coklat Nips Milk 


Masih guna resepi kek coklat sama hari jadi Abah tempohari, cuma yang ni aku kukus. Tulisan tu comot tak ingat, buat sikit je icing untuk tulis nama Aiman. Kek ni tersimpan dalam peti ais sebab kami balik kampung. Malas nak bawak balik sana, dah tau mak Abah bukan makan sangat.

Semalam baru rasmi makan. Lupa pulak nak snap yang dah dipotong. Tu pun bukan birthday boy yang potong keknya. Aiman kan sekolah. Afia la tak menyabar dok bukak peti ais mintak "kek..nak kek.." Orang dah pandai cakap kan. Walaupun tanpa butter, sedap tau kek coklat ni. Moist sangat! Lepas ni kalau buat kek coklat mesti akan guna resepi ni je la. 

Aduh lapaq kek pulak dah, tempting orang posa macam apa je menaip sambil membayangkan kesedapan kek coklat moist. Sedar diri dah makin gemuk tapi nafsu makan tak boleh kawal.hehe..Balik kampung dengan dok kalut repair kereta semua memang tak beli dah pun kek untuk Aiman. Lagipun abah fikir ibu dah buat keknya pun belum makan. Birthday present tunggu ya!








18 comments:

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

nyum nyummm..

neesa_jun said... Best Blogger Tips

Salam kak pk! icing tu pakai butter x?share resepi x pakai butter leh?butter mahal..huuu

Kuazue Mohd said... Best Blogger Tips

nak siket kek yg nampak bes tuuu

Acik Erna said... Best Blogger Tips

Rajin ibu Aiman buat kek siap hias lagi

nurbijen said... Best Blogger Tips

bila dah kreatif, hias bodo pun nak cantik!

nini said... Best Blogger Tips

Aiseyyhhhh sedapppp tuuuuu

tiga lalat said... Best Blogger Tips

Salam. Hee rajinnya mak aiman tak kesah buat kek besday aiman. ;D

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Birthday boy tak kisahlah pulak ye adik rasmi potongkah kek. Aiman semakin matang nampaknya..

eita said... Best Blogger Tips

sedap nyer lama dok makan kek coklat..leni malas sungguh nak buat sendiri

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

telan ayaq liuq ni haa nengok.dah la tgh mlm
a’aa, sy buatkek coklat kukus ltk minyak je

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

Happy birthday aiman.... Sedap kek tu

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

nampak sedap kek tu..nak sikit.. :)

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Eh.....rasa mcm dah komen belum lagi rupanya....
Ni dah standard Secret Recipe ni tau PK....jauh beno cantiknya dengan kek Sabun Okje weyh hihi...
Mak hang ni Aiman mmg rajin sungguh....untuk atuk hang dapat menantu cenggini

sal ya said... Best Blogger Tips

Tu la... Bercadang nak buat cheese kek utk birthday bdk2 ni.

Chii Arisa said... Best Blogger Tips

Aiman 8 thun da? Kjapnya masa berlalu. Rasanya masa msuk blog ni dulu..aiman kcik lg. skrg da jd ank bujang da

syida said... Best Blogger Tips

Ibu aiman ni mmg rajin sesgt tau..kek coklat penuh ksh syg ni..saya bagi A++++ :)

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Mana dia amik masa nak buat kek ni ya? Ai..hairan tu saya PK ni rajin tul masak macam2. Mesti jenis takleh duduk diam ni..saya cuba gak nak masak selain benda wajib tapi bila dah penat tu lebih kepada pengsan je. Jadi yang tak wajib tu saya beli jelah.. untung la anak2 dan suami PK ni..banyak makan hasil air tangan ibu...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha... bab kata sendiri nak makan tu yang tak menahan! Ingatkan dia nak kata 'takpa, nak. Anak ibu punya pasal, penat pun takpa. Ibu buat juga demi anak ibu punya birthday!'

Apa pun memang salute kat awak ni PK. Entah bilalah kita boleh jadi macam ni. Kalau masuk bertanding ibu mithali peringkat daerah je kita dah kalah. Hihihi!