Pixajoy

Sunday, March 01, 2015

Home » Letter A

Letter A



Afia sangat enjoy belajar huruf A dengan ibu. Excited dia sampai dekat mana jumpa huruf atau perkataan semua dia sebut A.haha. Benda biasa ja pun, ibu cuma tunjuk huruf A dari buku ABC dan flashcard pastu ibu buat huruf A for apple dan lekat di dinding. Pastu bila jumpa A masa Read Aloud atau dimana-mana ibu akan tunjuk dan sebut, ni A. 



Tapi yang ni tak permenant pun lekat. Masa ni tak beli lagi salotape sesuai. Pun begitu berbaloi ibu buat, Afia suka sangat. Pantang nampak mesti sebut A dengan semangatnya. Tengok ni tengah main pondok-pondok sambil selerakkan satu rumah pun sempat lagi studi A!


Beberapa hari kemudian ibu bina lagi dua huruf A. Satu potong dan lekatkan dekat dinding, satu lagi bagi Afia deko. Besar Afia ni nak decorate apalah kan, dia conteng ja pun. Ala sekadar nak biasakan dia dengan pencil colour. Abaikan hasil kreativiti anak orang terdahulu ye, bukan Aiman atau Afia yang conteng dinding ni.hehe..


Dah terlanjur ibu buat samperit, adunan last sengaja tinggalkan sedikit untuk buat letter A. Walaupun comot janji ada bentuk A kan. Boleh belajar A sambil menikmati biskut sedap juga! Afia terus sebut A bila nampak biskut ni tau. Tapi yang tak bestnya dia cuma hancurkan bagi selerak, tak makan pun. Sampai hati!huhu..


 Hari ni kami dah mula letter B!







8 comments:

neesa_jun said... Best Blogger Tips

Waa..seronoknya si kecik makin bijak..siap mkn biskut A lg..sejak afia usia berapa kak kenalkan huruf?

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

A for afia..hehe..snggah mlm ke sini akk ^_^

nurbijen said... Best Blogger Tips

Rajin ibu ajar Afia... keep it up!

eima said... Best Blogger Tips

Bgsnye.....
Alisha tgh belajar fonik ..a u i....

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

menarik
sekut A pon comel
ala, afia x sengaja tu ibu.
thanks pk berkongsi

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Rajinnya ibu Afia ni. Afia pun rajin juga. Baru belajar A punyalah excited sampai semua pun dia nampak A aje ya!

Moga kerajinan ibu Afia akan terus di tahap maksima sampai habis kesemua 26 abjad tu *_*

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Cakap semperit macam teringin pulak nak buat hihi,...
Sapa makan semperit huruf A tu?

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Memang wajar la Pk jadi cikgu.. teknik yang memang patut buat ni.. kalau ada murid memang cepat pandai ni.. menarik kaedah pdp ni..