Pixajoy

Monday, March 09, 2015

Home » Letter B

Letter B



Patutnya dari semalam dah mula letter C, tapi sibuk sikit kan semalam pun kerja. Baik punya bagi alasan padahal baru dua huruf dah mula lemau. Macam mana nak habiskan sampai z ni?hahaha...

Last week masa mula dengan huruf B ni kenapa entah marah betul Afia. Dia macam tak nak move to another alphabet ja. Tak habis dengan A dia walau ibu tunjuk huruf B dia masih sebut A. Buat lawak sungguh cik pia! Tak lama pastu baru OK..dah pandai sebut B dengan jelas tanpa pelat.

Ni huruf B yang ibu buat untuk lekat sebelah A dekat dinding, ada flower lagi! nampak sangat tangkap muat.haha..


Cara yang sama ibu guna untuk A, sentiasa tunjukkan soft blocks abang Aiman dulu pastu minta Afia sebut B! Selain tu punya semangat Afia dok sebut B for Ball sampai terkoyak dah flash card B dia kerjakan. Ada video yang sempat Abah rakam Afia sebut ball, ibu dah download di YouTube tapi tak reti nak copy letak dekat entry ni. Lece betul kalau buta gadget ni kan.hakhak..

Haritu ibu buat pizza sekaligus ibu bentukkan doh jadi huruf B. Dalam dok kalut sesambil pantau abang Aiman buat worksheet book, end up kempis pulak telinga B yang dibawah. Janji nampak macam huruf B ye.kahkah...


Yang ni Afia tengah lapar sangat, tak sempat nak studi B dah dengan lahapnya dia kutip makan sosej. haha..Pizza kosong sama cheese sikit dan white peppers ja! Huruf C ibu dah buat, tinggal nak deko dan kaler ja. Paling lewat pun malam ni kita start. Harini ibu kerja office hour balik nanti mesti nak lepak-lepak lepaskan lelah dulu. Sejak musim panas ni dah lama tak bawak Afia ke playground. Jalan kat rumah mak pengasuh je la.







12 comments:

- AZIE - said... Best Blogger Tips

rajinnya awakkkk!!!
lama dh xdtg jengah sini..byk cite dh miss... Afia dh start homeschooling dh...

Daddy Ziyyad said... Best Blogger Tips

Memang kena bertabah,sabarrrrr...nak menunggu sampai ke huruf Z...hahahaha

ajim (kerusiburok) said... Best Blogger Tips

wah wah da start belajar abc dah. hehehe cepat belajar oke cik pia! dengan ibu ajar tuh -blog kerusiburok-

syida said... Best Blogger Tips

wahh, siap makan piza huruf B..kompem afia dah buleh hafal huruf B sbb B dah ada dlm perot haha
(aunty bagi A++ pd ibu sbb rajin!)

nurbijen said... Best Blogger Tips

Bagusnya PK...
siap buat pizza btk B...

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Wah rajin sungguh.. bagus sungguh usahanya :-)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

syiokknya.rajin ibu
macam macam bentuk doh ibu buat kan utk mahirkan afia.semoga berjaya sayang.belajar rajin rajin tau ;)

Cho Zila said... Best Blogger Tips

baguih sungguhler ...

nOe suhaimi said... Best Blogger Tips

cepat la afia membaca nanti...PK rajin mengajar..bagus2

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Cik Pea ni kalau tak ingat jugak, tak taulah.....punyalah kreatif mama dia buat bantuan mengajar

Chii said... Best Blogger Tips

Hehehe...good job pia

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Harapnya PK bertabahlah nak sampai ke abjad terakhir ya. Baguslah Cik Pia dah belajar alphabets sekarang. Kalau dapat alphabet berupa makanan, haruslah dulukan perutkan Cik Pia *_*