Pixajoy

Thursday, March 05, 2015

Home » Alahai Cik Pia!

Alahai Cik Pia!




Random pictures Cik pia hari ni. Bukan sebab ibu rajin sangat snap, tapi sebab dah takda modal nak update.haha..

Ambik dari rumah pengasuh tadi Cik Pia dimuka pintu menunggu kedatangan ibu. Tangan ditangan pegang biskut empat segi sambil mengunyah. Kemain lagi biskut tawar pun dia bedal. Heran betul aku kat rumah pengasuh dia nak makan nasi dan sebagainya. Kalau kat rumah jangan harap! Mentang-mentang la kat rumah ada susu cap gantung.huhu..

Lepas ambik Afia terus pergi sekolah pick up abang. Sementara tunggu upah la sekotak susu low fat. Sekali je dia sedut habis sekotak ok!Terkejut ibu..

 Tunjuk protes kita snap picture dia!

Sejak dah pandai cakap ni, pantang nampak beg ibu!
"tab..tab..nak tab.."

Dia punya gaya regang kaki tu..
Hangpa ada?hahaha..
 
Tu dia penat sungguh. 
Tengah ibu dengan abang Aiman dok makan, tengok-tengok dah terbungkang tidur!









8 comments:

syida said... Best Blogger Tips

PK, sy pun tgh xde modal nak update blog ni..tolongg..
untungglah ibu ada cik pia..

nurbijen said... Best Blogger Tips

suka tgk gambar Cik Pia yg last sekali tu... comel!

ros_reeza said... Best Blogger Tips

Memang penat tu gayanyan Cik Pia..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha...napa semua orang takda modal nak update ni? Sebab itu ke dia orang ni semua senyap, PK?

Thats whylah, thats whylah... saya update blog caca marba sebab terlalu banyak modal dalam kepala sampai tajuk dengan setiap perenggan entri cerita berbeza. Last-last orang tak faham motif! Hahaha.

Ni memang tak seiring dengan motif agaknya saya komen ek?

Apa-apa pun bakal menantu maintain comel dalam gaya bersahaja bila berposing *_*

ida =) said... Best Blogger Tips

haaa... saya pun xde modal gk ni. tandus. kikikiki. boleh amik idea comel mcm ni.

ni masuk kereta minta tab. aleesya masuk kereta terus hulur tangan. " nak! nak! nak! ". minta makanan. dia tau dah... tiap hari ada beli habuan utk adam. dia pun nak!

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haha.. budak zaman sekarang ya.. adoi saya cukup risau isu ni.. anak2 payah nak berengang dengan gadget ni.. risau kot mengganggu tumpuan di sekolah nanti.. tapi disebabkan keadaan, risau tu risau jelah, banyak masa memang bagi je anak2 main..

Haha.. xda idea la nak komen..

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

regangan kaki sama mcm cik rania jugak.hihi.
tapi bila letak dlm stroller.. kemahen kan

wow.hbs skali sedut.cayalah pia :)

LydSunshine said... Best Blogger Tips

Geramnya nak picit budak mungil ni. Kemain gaya duduk dlm keta sambil main tab tu.

Luth pun ada masa2 kat rumah susah nak makan, sbbnya sama... Ada susu cap gantung tu.