Pixajoy

Saturday, March 28, 2015

Home » Resepi Kuih Dangai

Resepi Kuih Dangai



Ada orang panggil kuih dangai ni sebagai kuih rangin ye. Baru chek tau! sejak dulu memang dok panggil dangai je. Ini kuih peberet aruah pak yang betul mengulit kenangan tau. Sekarang susah kot nak jumpak kuih dangai lagi. Kuih lama-lama macam ni kalau tak disemarakkan kembali memang boleh pupus ditelan zaman.

Okje mak jilap tu pun dok perangat kita dengan kuih rangin beliau. Apalagi terus kita order kelapa parut putih pada en suami. Dua tiga hari kemudian baru datang kekuatan untuk buat. Naik turun nyoq dari tempat beku ke bawah peti ais dua kali.haha..

Kuih dangai betul yang katanya mengulit kenangan bentuk pemadam kayu papan hitam zaman aku sekolah yang dikepit dua, tengahnya ada gula. Boleh imagine tak? Tak boleh takpa, takdak sapa paksa.hahaha...Versi zaman la ni pemanggang ajaib je la aku mampu. Gula pun aku gaul sekali. 

Rupanya senang ja nak buat, bahan dia cuma tepung pulut, kelapa parut, gula dan garam. Kalau tau mudah macam ni sepuluh taun dulu aku dah bikin. Aku ada google resepi tapi macam biasa la aku buat main campak hempuk suka hati tak ikut resepi asal punya. 

So aku bagi sukatan macam aku buat yang sebenarnya tak berapa sukat sangat ni. Dok masak boleh pulak gas habis. Nasib baik dangaiku sempat masak!



Resepi Kuih Dangai : 3 cawan kelapa parut + 1 1/4 cawan tepung pulut + 1/4 cawan gula + 1 sudu garam, gaul sebati semuanya masuk pemanggang ajaib dan masak. Siap!



Potong je la apa pattern pun!


Aiman kata dia tak reti makan kuih ni. Budak-budak sekarang tak layan pulak kuih peberet Tokwan Man dia. Dasyat tak dasyat, en suami balik kerja aku bagi rasa 2 potong je dan selebihnya aku melantak sorang. Ye la cover balik sepuluh tahun tak makan dangai.muahaha..

Esoknya kena cirit birit makan banyak sangat nyoq kot. Ni pun ada hati macam nak buat lagi. Memang tak makan saman punya orang.hehe..












12 comments:

nasa mulia said... Best Blogger Tips

kuih feberet ini....sedap tapi dah ramai orang tak kenal dangai itu aper.

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Kat tempat fiza kuih ni dipanggil kuih berangin muni. Huhu... Lama tak mkn kuih ni. Sedap! Tapi kat pekan kpg fiza ada jual hari2 kuih ni. Cuma lama x beli.

Nooriah Abdullah said... Best Blogger Tips

kuih ni mmg dah lama sangat kaknoor tak makan, masa kecik2 dulu ja dok makan, tak pernah buat sndiri, tengok resepi dari PK ni nampak senang jugak sbb guna pemanggang ajaib ja kan, boleh lah try, tapi confem budak2 taksuka sbb ada nyok tu, takpa teringin punya pasai lepas ni kaknoor pun nak try lah

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya dua2 nama pun tak tahu.. baca drp blog je.. hihi.. sedap gak kuih ni.. masa saya try hari tu beli di kedai je.. agaknya kalau buat sdiri lagi sedap ya.. leh letak ikut suka kita.. hihi

Acik Erna said... Best Blogger Tips

adui PK acik pun dah tergoda ni..bila la nak order kelapa parut ni

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kuih dangai ni kuih tradisi kampung hubby kakak tau. Kalau kenduri di kampungnya mesti kena ada kuih ni.

LydSunshine said... Best Blogger Tips

RUpanya tidak ku kenalll... huhu.

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

Pernah nampak kuih ni..tp x.pernah makan...hehe

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

alahai pk pulak tayang
peberet ayah saya ni tau
skrg sy pon suka.sedap yak mat

tu la dlu dok ingt kna ada pengepit tu bru blh buat.nti nk try la buat dalam PA
skrg nk mkn asyik beli kt pasar malm
lps ni x pyh dh beli.hihi.

tenkiu pk

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Hahaha. Ni kira buat syok sendirilah ya. Dah kata 10 tahun tak makan kuih dangai, haruslah semua pun tukang buat yang habiskan. Kuih ni memang senang rupanya ya. Saya tahulah, pernah makan tapi macam biasa tak pernah buat. Kalau saya buat, memang kena panggil PK dan OKje datang rumah tolong perabihkan *_*

LYAfrina said... Best Blogger Tips

1st time dgr nama kuih ni

resepi kuih said... Best Blogger Tips

resepi kuih