Pixajoy

Friday, December 13, 2013

Home » Muffin Labu

Muffin Labu



Kembali lagi dengan aktiviti melabu. Aku janji ini yang terakhir. Lepas ni tak minta dah en suami belikan labu banyak-banyak. Kalau ada aktiviti melabu pun aku off airkan je. Harap boleh percaya.haha..Lepas cekodok labu, kek labu, pengat labu, iron chef bikin muffin labu pula. Tak pasti apa perbezaan muffin dengan kek. Macam kembar tapi nama jauh menyimpang. Ada sesiapa boleh tolong explain? 

Jangan tak tahu labu banyak khasiatnya untuk kecantikan. Labu kaya dengan Vitamin A dan antioksida. Aktioksida memperlahankan proses penuaan serta memperbaiki sel badan yang rosak. Amalan makan labu juga dikatakan bagus untuk mendapatkan kulit yang halus berseri serta mengatasi masalah kulit kusam dan tak bermaya. Inilah rahsia kulit PK kelihataan muda dan halus berseri. Ada jugak yang kena gelak guling-guling, buat statement bikin menyampah.muahaha

Resepi Muffin Labu 

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder*
1/4 sk soda bikarbonat* 
*Gaul sebati
4 sudu besar mentega
2/3 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 cawan labu dikukus+lenyek
1/3 cawan susu segar

Cara-cara : Putar gula+mentega hingga kembang. Masukkan telur kemudian labu pastu gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang selikan dengan susu segar. Gaul rata dan sudukan dalam kertas cawan kemudian bakar. Siap!



Macam biasa la kan trademark aku, rupa yang tak semegah, rasa yang syok sendiri. Dari segi rasa tak banyak lari dengan kek labu cuma muffin lebih gebu sebab aku tak derhaka banyak dengan resepi. Yang bestnya resepi ni adunan tak banyak. Aku buat dapat dalam 15 biji muffin camni. Sesuai la buat famili kecik aku. Yang nak hadap pi mai pi mai aku jugak kan. 




21 comments:

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Alahai..nampak best je ..macam macam produk labu ni ...PK ni rajin dan kreatifla...saya pun ada benda labu ni. Beli aritu kononnya nak buat sdiri.. sampai hari ni tak usik pun..

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

nak buat lah.. (kunon... kalau rajin.)

Noe said... Best Blogger Tips

hehehehe...so segala jenis masak labu dah cuba la ni...noe pernah makan masak lemak labu...cekodok labu...pengat labu...yg lain2 x pernah lg...menarik tuk dicuba ni

Sya said... Best Blogger Tips

macam best je..mcm sedap je..hahaha

fizalinolie said... Best Blogger Tips

Nampak sedap muffin tu Muni. Nanti ada masa InsyaALLAH nak jugak try buat. Hehe...

CtAyue said... Best Blogger Tips

comelnye pic muffin yg seketul itu..kiki.. awat tunjuk satu je.. hihi.. nmpk gebu tu.. labu ni mak sy suke buat pengat..

Ena's Stories said... Best Blogger Tips

nak jugak tgok wajahmu yang halus muda berseri tu...bak meh post kan gambarnye sekali..hehehe

NzA said... Best Blogger Tips

labu...labu...tapi labu mmg bestlah...sedap lemak manis..kena pulak dgn PK yg kreatif n rajin memasak ni.hr ni pun akak masak lemak labu...makan xhinggat.....

nurbijen said... Best Blogger Tips

wah, nampak sedap... boleh cuba jugak ni... kebetulan masih ada separuh labu yg belum sempat masak :)

kurus said... Best Blogger Tips

alaaaa bestnyeee
miss u so much ..
sorry sgt2 sbb x update hhuh
tq so much sbb sudi singgah blog akk tau .. ;)

anamizu said... Best Blogger Tips

adoi tiap kali mai blog PK ni mesti ada je entry pasai benda makan.. lapaqqqq huwawawa T___T

Unknown said... Best Blogger Tips

lagi satu labu ni berupaya keluarkan angin dlm badan..=)

Unknown said... Best Blogger Tips

bole try ni..simple je bahan dia..macam nurbijen separuh labu ada..saya sebiji labu ada pemberian jiran tu hari..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

memang kreatif betullah..macam2 yg dibuat dgn labu tu...

Masya said... Best Blogger Tips

muffin lg senang nak pegang makan.. x ayah potong² hahaha.. itulah perbezaannya.. jgn marah..

Anonymous said... Best Blogger Tips

sedap.. tapi KA suka koci labu !

lizz said... Best Blogger Tips

Muffi labu...best ni...nak buat jugakla...

ida =) said... Best Blogger Tips

Favourite! Tunggu aleesya besar sikit la. Takut kembung perut dia. Labu kan angin

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

ni yg rasa nak p cari labu ni

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

tak pernah buat la. ada masa boleh la cuba .thanks share resepi ye pk :-)

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Labu I sedang elok dok dalam peti sejuk. Langsung takda menu labu sejak dua minggu yang lalu. Asalnya nak buat pengat aje tapi memandangkan kemalasan tahap maksimum, dok diam-diam ajelah kau labu...