Pixajoy

Friday, December 27, 2013

Home » Afia Menjulur

Afia Menjulur



Usia 7 bulan plus Afia baru mula menjulurSecara tepatnya tak dapat dipastikan bila. Salah ibu juga tak berapa peka dengan perkembangan Afia. Maafkan ibumu yang selalu kalut.huhu. Asal letak Afia kat bawah ibu biasanya akan bersilat masak atau buat kerja rumah. Selalunya abang Aiman akan bertugas pantau si bambam. Nama je tolong tengokkan adik, mata abang lebih sibuk ke TV. Kalau main game pandai dia sogok adik dengan joystik. Tapi adik lebih bijak, sekejap sangat layan sogokan kemudian cari benda lain untuk belek. Berpekik la ibu suruh abang bagi sesuatu buat adik main.

Sebelum ni Afia cuma expert guling-guling dan buat pusingan 360 darjah. Lately Afia dah mula gigih menjulur kedepan. Bila mainan diletakkan jauh dari dia, serta merta dengan comelnya Afia akan menjulur kedepan untuk dapatkan apa saja barang yang dikehendaki. So far pergerakan menjulur masih lagi slow motion. Tak payah laju sangat la kan, sekarang pun ibu tak menang tangan nak kepung. Nak blogging macam mana kalau dia yang sibuk dulu tekan keyboard.

  
Macam-macam akal dia sekarang. Sekali sekala letak dalam walker dah melaju tangan menggapai segala benda. Almari kabinet pun dia dah mula nak bukak. Tak lama lagi boleh tolong mengemas.
 
 
 
 

23 comments:

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Bila Afia nak merangkak lepas tu berjalan ni? Ibu tu dah penat menjerit, memasak bagai. Biarlah anak dara tu menolong, PK. Bagi ajelah dia mengemas apa yang patut dari dalam walker. Keh3x.

neesa_jun said... Best Blogger Tips

waa..bestnya baby dah besar....hehe...esok2 dah anak dara leh tlg buat keja umah~

Puan Mell said... Best Blogger Tips

nasiblah kalau ada anak kecik. syukrii skrg rajin membaca.. kena stanby "book" kt dia. kalau tak dia p cari. hehehe

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

anak pulak.
nak angkak badan tak dapat..pas nangis.meraung. letak balik dia meniarap balik.. acah-acah nak angkat pungung..
pas nangis balik..
he

Petak Bunga said... Best Blogger Tips

anak pulak.
nak angkak badan tak dapat..pas nangis.meraung. letak balik dia meniarap balik.. acah-acah nak angkat pungung..
pas nangis balik..
he

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

Salam jummat PK..rasa cam lama tak menyinggah..skali singgah Afia dah pandai menyulur dah...hihihi..
*skit lagi memang boleh tolong mengemas ler..mengemas la sangattt ..kan Afia..*

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Dah byk akal ya Afia.. menjulur plak kan? Ibu kenalah lebih alert...hehe..

Time Traveller said... Best Blogger Tips

" nanti boleh tolong mengemas" aminnnnn.. :D
boleh ibu dia update blog selalu hahahaa..

Roha said... Best Blogger Tips

hai PK..
time nilah nak focus 101% kan PK..coz semua benda dia nak sumbat kat mulut hehe..comel :)

aizamia3 said... Best Blogger Tips

selain dari dia membesar depan mata ibunya, dia turut membesar dalam blog ni.. ;)

Dee said... Best Blogger Tips

dah melasak ni mmg letih sket..hihihi..budak bijak mmg cepat je perkembangan dia smpi kita sendiri tak perasan..

Norhasniza Khalid said... Best Blogger Tips

tak rosak mata ke tengok lappy tu dekat-dekat cayang oi...



Boleh jenguk mama di sini.. Mommy As Blog

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

xpe..biar dia explore..hahaha..tp ibunya mmg penat lah nak pastikan xde bhaya..

nurbijen said... Best Blogger Tips

good job Afia... ibu makin tak menang tangan la nampak gayanya.. bertabah la wahai ibu.. hihihi

Masya said... Best Blogger Tips

menjulur ker?? mengesot mcm tentera tu kikikiki .. ibu bz mcm tu lah.. kene pandai³lah bahagikan masakan..

izan mama mia said... Best Blogger Tips

hiihi..afia dah mula nak menolong dah..makin kemas laa rumah nnt..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Macam nilah anak perempuan ya, Afia nak mula tunjuk bakatnya... dah makin tambah kemahiran dia. Budak perempuan selalunya memang cepat jalan kan..

Shark Kay said... Best Blogger Tips

Dh besar dh bambam..
X sabo nk tnggu dia bjalan kak.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

dah makin lasak ya ..
opss tak pe, lepas ni afia tolong ibu update blog ya..hehehe...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

ada bakat jadi blogger ni.... take over blog ibu.. heheh

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Gitulah jadi budakkan PK...dari tersenyum dah pandai ketawa, dari meniarap dah pandai menjulur!

husna zahidi said... Best Blogger Tips

tunggu dya dapat kaki plak nanti.. habis satu rumah dya kerjakan.. kan dik pia.. hehehe..

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

nk tlg ibu ke afia update entry heheh