Pixajoy

Saturday, December 14, 2013

Home » Sehari Di Kampung

Sehari Di Kampung



Semalam kami seharian di kampung. Bertolak tak awal juga, sampai Alor Setar dah tengahari. Abah mak pun dah tutup kedai.  Rancangnya nak bertolak awal pagi, gedebuk gedebak basuh baju, masakkan makanan Afia, kemas baju masuk beg terus jadi lambat. Kebetulan jiran selorong buat kenduri menyambut menantu, langkah kanan la kami. Perut aku memang tengah berkeroncong dok kalut buat kerja dari pagi tak makan apa.

Sebelum solat Jumaat kami yang perempuan dah mula makan dekat rumah kenduri. Macam-macam menu ada. Nasi  putih dengan lauk pauk masak merah ayam, masak kicap ayam, sambal  keli, kari ikan, paru goreng, ikan masin keropok Sabah, Sontam pastu ulam-ulaman. Selain tu ada roti jala kuah durian, laksa siam dan apa lagi ntah semua menu pun aku nak report kat hangpa. Aku makan nasi sikit dengan lauk pauk penuh pinggan terus surrander benda lain. Tup-tup mak balik bawak laksa lagi sorang semangkuk dengan adik ipar.  Sebab kuah dengan laksa dah adun sekali haruslah aku melantak sekali lagi.hakhak

Sakan makan sampai nasi lemak dan mihun goreng mak simpan untuk kami Aiman sorang je sentuh. Kat kenduri Aiman dah kenyang, dia cuma main dengan kawan-kawan. Afia jadi tumpuan kat sini, beralih dari satu tangan ke satu tangan. Ibu dapat makan dengan heaven sekali. Selesai makan tengok ada buah aku lenyek la sebiji pisang emas bagi si bambam. Kesian dia ibu makan sedap anak tengok je kan. Afia bagi apa pun nganga walhal sebelum tu dia dah pekena bubur labu+kurma semangkuk. 

Malamnya ada siapa ntah hantar mihun goren dua bungkus. Semua tak nak, aku dengan Aiman la makan. Sebelum balik singgah rumah anak sedara en suami hantar hadiah kawen, say sorry jugak sebab tak dapat attend kenduri. En suami ada kenduri juga disini, dekat taman selorong tu ada kenduri juga. Yang ni memang kawan en suami dari kecik. Dua-dua pun tak dapat attend. Biasa la bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tu je ayat mengurangkan rasa bersalah. 

Kat rumah anak sedara en suami aku makan lagi mihun goreng.haha..Ada pulak keropok goreng cicah sos memang la kegemaran. Dekat 5 kali apa pergi tambah keropok penuh pinggan. Berlumba kami satu famili makan keropok. Abah kata "depa tak boleh la nak kata apa sebab kita kan ramai".haha. Semua dah selesai aku, Aiman dan Irshad dok berebut lagi makan keropok. Buruk sungguh perangai mengalahkan budak-budak. 

HP bateri nak mampus, kamera pun tertinggal dalam kereta. Tak dapat ambil gambar pengantin berinai. Kalau tak dapat gak Aiman Afia posing atas pelamin buat tatapan pembaca blog tintong. Gambar lama sebagai pengganti. Nak letak jugak sebagai penyeri walau tangan si bambam goyang tak ingat.hehe 



Balik kampung adalah aktiviti yang penuh dengan makan. Aku pernah cipta rekod paling hebat dua minggu balik kampung berat naik 4 kg. Hangpa ada?





19 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

salam puan kutu..bestnya dgr kisah kat kg..mmg time ct sekolah ni..kenduri jer

umi alya said... Best Blogger Tips

rupa2nya Aiman chubby sbb ikut gen ibu, ish3x..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ayo..sakan makan makan seharian kat alor staq tu... yg 4kg naik berat tu lama ke balik kg? Ceciter sikit..

best kan masa balik kg ni.. macam2 ada.. semua geram dgn afia ye..budak comel untungla ibunya leh makan kenyang2...

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

setuju...memang bila balik kampung penuh aktiviti makan dan makan..dan makan...

nurbijen said... Best Blogger Tips

best nyer la makan2 kat kampung.... nak makan2 kat kampung jugak....
kita pun makan2 jugak hari ni... makan nasi kerabu kat rumah kawan... pengubat rindu kampung halaman... sob sob :(

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Aisy Nasiha

dua minggu la..kan dah cakap tu..:)

umi alya said... Best Blogger Tips

@umi alya

oh ya, akak teringin sgt nak naikkan berat badan tapi sampai kesudah, xmo naik2..

Noe said... Best Blogger Tips

muakakakakakakka...ni namanya cerita makan je ni....x abis2 makan...tu yg bess... eh sontam tu ape erk??

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Aik..semalam saya tak baca dua minggu tu ke..alahai.. malunya bertanya..

Dua minggu 4kg.. ok juga tu PK. Wajar lagi..dihidangkan makanan sedap 14hari mmg boleh naik berat...

MulutPayau said... Best Blogger Tips

bestnya acara makan2...macam2 ada..
Keropokkan sedap...tambah pulak kalau makan ramai2..bertambah2 lah sedapnya....akak pun kalau dapat keropok ngan sos, mmng tak ingt dunia...hihi..

Masya said... Best Blogger Tips

gegege.. sy kalau blk kg kurus, heran.. kalau dok rumah sendiri bagai di pam pam...

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

kalau kat kg mmg seronoklah, mmg naik berkilo2 KA pun hehehe

Shark Kay said... Best Blogger Tips

xnak komen apa2..
nk komen pasal bambam yang makin comel tue..
geram shark tgk.

lizz said... Best Blogger Tips

Samala kitew kalo blk kg memang aktivitinyer mkn jerla kan..kat kg masakannye semuanyer seap2

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Ada! Padahal makanan biasa2 je. Cuma seronok dok berebut!

Wahhh... labu + kurma ya... pastu pisang lenyek lg. Patut la bam bam. Nasib ibu rajin bg menu sihat!

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hehehe..dok rumah memang tak boleh nak elak bab2 makan semua ni..

hai bambam!! =)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

wah, sehari dgn makanan... murah betoi rezeki balik kg kali ni :-)

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

memang x disangkal. hihi. blk kg selera makan bertambah tambah kn

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Wah, terror tu. Mana mungkin boleh pecahkan rekod PK. Tapi mmg betul pun kalau balik kampung tu maksudnya haruslah makan dengan penuh khusyuk.