Aiman sebenarnya tak pernah tunjuk minat melukis. Mewarna jauh sekali. Kalau ikut sebelah famili aku, my siblings semua pun minat lukis. Abang aku pandai juga lukis potret. Aku dan adik-adik semua ada bakat lukis kartun. Masa sekolah kawan-kawan aku siap mintak lukisan aku. Depa dok puji aku terer lukis. Nak kata berbakat sangat takde la..Tapi bolehlah kan dari takde. Sejak dah tua-tua ni je minat tu dah kelaut. Tangan pun dah takde arah nak melukis dah. Skill nak mengulit anak dan menguruskan syurga rumahtangga je memonopoli.
Petang semalam angkin kuat, siaran astro macam biasa la angin sikit je terus gelap. Si chubby pun tak keruan. Kalau tak memang mengadap TV je aktivitinya. Tutup TV masa tidur malam saja.
"Ibu..Jom kita buat aktiviti"
Aku tengah busy berinternet, jujurnya memang malas nak melayan kehendak Aiman.
" Aiman nak buat apa..?"
Acuh tak acuh je tanya. Teruk punya ibu!Lempang sebijik kat muka baru tau
"Aiman nak lukis..Aiman nak lukis pistol.."
Lega sikit bila itu yang dia mintak. Tak payah la ibu shutdown netbook.ahakz.. Sementara ibu terus terus leka berinternet, Aiman tekun menyiapkan lukisan. Lukisan pertama tak jadi sebab ibu buat bising. Dia ambik kertas baru dan mula melukis semula. Tak bley blah marah ibu ni bila aku buat bising, tak dapat nak concentrate katanya. Berjiwa seni la sangat!
Lakaran yang luar tu dia ambik pistol letak kat kertas pastu tekap. Yang lain semua dia lukis sendiri ikut sebijik macam pistol. Garisan pistol tu pun nak perfect tau siap kira berapa ada garis. Kau ada?muahaha..
Yang ni Aiman sendiri snap. Masa dia tengah mewarna ibu dok melayan Afia dalam bilik. Bila dah kaler terus jahanam. Sebijik turun bakat ibu.
Gambar waktu Aiman tengah kusyuk melukis takde. Marah dia bila aku nak ambik gambar. Dia ni pun ada angin. Time baik kemain lagi posing. Bila datang angin jangan harap la. Kecik hati ibu tau.hakhak..Yang ni gambar masa angin tengah baik.
31 comments:
Ada bakat juga Aiman ni melukis..kena asah lbh skit..hehe..
erm! Pae blm nampak lg minat ke arah apa..ultraman iyo lah..haha
Mana tak tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi :). Baguslah. Janji ada aktiviti yang nk buat. Pandai dia lukis.
Wah pistol aiman lukis....huhu..pk boleh asah lagi bakat aiman ni
Masa guna pensil tu betul-betul cantik tak setanding umur dia kan... tapi sebab mewarna dah hilang semua garisan... tak apa pelan-pelan.
Anak akak semua tak pandai melukis macam kakak juga.
kira dah ok tu lukisan ngan umur dia..anak kaksura..Aqil pun minat melukis..boleh tahan jugak lukisannya..umi dia pulak malas nak beri galakkan..sekarang ni minatnya pun dah kurang..hihihi..
kenapa x mau asah bakat dia...cuti2 nie htr gie bengkel lukisan mesti dia seronok...
cantik lukisan dia..kalau auntie yg lukis,lg la tak nampak rupa pistol..hehe
Btl2 anak lelaki lukih pistol..haha..budak pmpuan lukih teddy bear je
cantiklah murni.. pandai dia melukis.. amir mewarna pun enget benget lg hihihi apatah lg nak melukis..
Pandai Aiman melukis. Ok apa, cantik aje tengok. Oh, maknya ada bakat melukis ke? Cuba try lukis gambar pistol skrg agaknya mana lagi cantik. Lukisan Aiman ke, lukisan ibunya :)
wah..berbakatlah dia..kena polish lagi ni sis..
wah pandainya amin melukis..nnti suruh ibu liminate n simpan dlm fail. besar nnti aiman boleh tgk n confirm aiman senggeh sesorg......
boleh jadi pelukis ni, suruh dia lukis muka mama dio lak
husna x pndai nk melukis.. mewarna tu je kot bleh tahan.. =P
budak laki ni lau lukih mesti detail kan.. anak buah kite mas baya2 aiman pun gitu.. tp dia suka lukih transpomes. detail kemain. haha
aiman bergmbr mcm superhero hihi
ada bakat sebanarnya Aiman ne kak..sbb dia pandai buat pistol 3D.kalau budak2 sebaya dia 2D jer selalu sy nampak. mana turun kuah kalau tak ke nasi.hehehe.cuma kalau diasah lagi bakat Aiman ne mesti bakat dia tererlah :)
memang ada bakat meukis tu..nanti minta ibu ajar melukis lagi ye Aiman
memang ada bakat meukis tu..nanti minta ibu ajar melukis lagi ye Aiman
memang ada bakat meukis tu..nanti minta ibu ajar melukis lagi ye Aiman
Nampak ada bakat tu.. bolehla asah sikit2..mulakan dengan lukis benda yang dia minat macam pistol ni..
Aunty kan Aiman, kalau berkawan dgn orang yg ada bakat melukis mmg jeles.. kagum pun ada dgn bakat diorang ni.. tgn sdiri keras. Penah kena ajar subjek seni dalam setengah tahun mmg stress..budak pun tahu cikgu tak reti melukis..
kena hantar kelas melukis bg jadi pro melukis
mmg ada bakat melukis..masih lagi nampak bentuk pistol nya walaupun dah di warna..
memang ada bakat la kalau sefamily pun berbakat, tapi draf tu dah cantik sangat dah... siap kira garis2 tu semua eh, mmg cantuik sangat la draft nya, tapi bila dah siap kaler.. urmmmm, ok la still much better than me. hehehe
wah, mmg berbakat sgt.... cantik jer dia lukis pistol...
kalau saya pula terbalik, sbb saya mmg tak pandai/suka melukis.... masa kelas lukisan pun selalu gaduh dgn cikgu seni sbb tak pandai melukis... skali, anak2 bukan main suka melukis... huhhu
Bleh diasah lagi bakat aiman ni..lukis gmbar pistol pun dah nmpk rupanya ni :)
Cantik lukisan tu. Boleh la ibu asah bakat aiman nnti.
Wahhh...mmng Aiiman berbakat melukis...
wowww not bad tau sis!
wow... cantik sgt.. aiman mmg ada bakat lah.. ini mmg cantik dia lukis.. jelas menjadi dia lukis pistol tu.. cayalah aiman...
not bad tu. ala, ibu tolong la asah bakat aiman tu
Post a Comment