Pixajoy

Sunday, December 22, 2013

Home » Tak Puas

Tak Puas



Takdenya aku balik kampung lama mana. Lebih kurang sehari je kat kampung. Jumaat aku kerja pagi. Rancangnya lepas Jumaat nak balik NT tapi en suami tak berapa sihat, dah tu hati memasing nak tengok MLM, habis MLM baru bertolak. Sampai NT pukul 2 pagi, dah kira hari Sabtu dah. Pagi tadi bertolak balik SP. Tak puas! Si chubby Aiman tarik muka plus merajuk takmau balik. Nak tinggal sana sapa nak jaga. Dah la kuat makan. Memanjang je lapo.

Kalau nak senarai banyak benda menarik kat kampung tu. Walau mak pak dah tinggalkan kami tapi kami punya jiran tetangga semuanya umpama mak ayah sendiri. Tak puas pusing kampung, lepak-lepak sembang. Kali terakhir balik masa raya puasa tempohari. Fuh memang lama tak balik walhal ikut highway lebih kurang sejam je perjalanan.

Dulu masa dok Johor tak dapat balik selalu. Setahun dalam dua tiga kali. Paling kuat 4 kali. Jauh cara jauh la kan. Sesekali cuti tu dalam dua minggu juga. Dah dok dekat cara dekat. Boleh bilang lebih kurang macam dok Johor juga baliknya tu. Nak buat macam mana, hidup ada komitmen, rezeki kena cari, kesibukan dunia mana ada penghujung selagi kita tak tutup mata.

Seindah mana tempat kita merantau, tempat yang paling selesa dan aman mesti la dikampung sendiri. Tempat jatuh lagikan dikenang, tempat ini tempat aku bermain, tempat aku dibesarkan. Harapnya tahun depan dapat lebih lama kelapangan masa menikmati kampung sepuasnya. Mungkin kita boleh arrange aktiviti holiday, jalan-jalan seumpamaya. Dah janji dengan Aiman nanti kita balik lama sikit. Biar Aiman Afia puas main dengan Pakwe, PakNjang, PakNdak dan Acu Ain. 


* Buat Aisy Nasiha, resepi karipap ikan bilis dah update ye..:)




17 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

Apa ada pada rupa...yg pnting rasanya yg marvelous tu.....

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Dik..
betul tu, akak pun sama.Jarang2 pulang ke kg.Apatah lagi mak dan abah pun dah berhijrah tnggal kat tempat lain..Bukan tak nak balik, rindu sangat nak jumpa sedara mara..tapi apakan daya..hmbatan masa mngatasi segalanya...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

alahai kesian pulak aiman tak puas dok kampung...

Nora Karim said... Best Blogger Tips

Nuffy: inti & churp2

nurbijen said... Best Blogger Tips

masa anak2 kecil, boleh dikatakan setiap minggu kami balik kampung... jumaat rumah mak, dan sabtu rumah mentua.... tapi bila anak mula skolah, dua minggu sekali balik kg..
Tapi skrang, dah dua tahun dah balik kampung... huwaa, rindu tu mmg tak terucap... skype aje la pelepas rindu :(

Masya said... Best Blogger Tips

klu blk kejap mmg x puas cian aiman ...

haah kami akan duduk kg mulai januari ni hihihihi ..;p

Kakzakie Purvit said... Best Blogger Tips

Betullah kampung adalah tempat indah kita. Banyak menyimpan nostalgia zaman kita anak-anak lagi. Bila sesekali balik bau kampung pun dah buat kita rasa fresh sangat..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau balik kampung ni memang seronoknya lain macam. Teringat segala zaman yang dah berlalu. Rugikan pada sesiapa yang takda kampung ni.

Mell Mariann said... Best Blogger Tips

balik lama2 baru syiok.. hehe

AtieYusof said... Best Blogger Tips

Komitmen byk..susah skit nak balik kg kan PK..cuma klu balik, mmg seronok lah...sama gak sy, dekat je kg tapi nak balik tu kena plan lama gak...huhu

Ruse Sulaiman said... Best Blogger Tips

Kami tak jd balik Kelantan. Masa dah suntuk. Balik sekejap penat + tak puas nanti.

Umialya said... Best Blogger Tips

budak2 ni pula xleh lama dok kg, mgkn tak serasi ngan diri mereka

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

hmm... mmg rindu suasana kg.. lama juga sy x blik kg...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ha..dah tgk resepinya.. insya Allah akan mencubanya... naim suka karipap..

OKje said... Best Blogger Tips

Ohhh mak ayah dah tak de yeh PK...kurang syok yek balik kampung tanpa mereka...
Yelah elok bawak balik je si Aiman tu kalau ada nenek lain cite...

Unknown said... Best Blogger Tips

inshaAllah selagi boleh, pasti ada masa untuk pulang ke kampung..

cian Aiman dan Afia.. hehehe..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

betoi tu.. walau mana pun kita duduk, kat kg kita tu gak yg best