Pixajoy

Thursday, December 05, 2013

Home » Dinner Hari Ini & Semalam

Dinner Hari Ini & Semalam



Tajuk pun dah tau nak tayang makanan. Popia goreng semalam, Koteaw goreng malam tadi. Saja la kan takdak benda nak story. Jadi lagu ni la kan. Namanya entry tangkap muat.kehkeh. 


Walaupun benda ni kegilaan kami semua, berbulan lamanya hampir makan tahun juga aku tak buat. Makan memang krup krap sedap, nak membalut tu la satu hal. Dah terasa sangat nak makan buatan sendiri baru gigih pi kedai waktu kerja semata-mata nak beli kulit popia. Ambik Afia singgah beli karot dan taugeh. Isi popia dibikin guna udang cincang dan telur saja lor. Bodo macam ni cicah sos memang sedap.


Koteaw goreng bodo antara menu acapkali untuk dinner. Tak perlu mewah dengan rencah. Aiman kalau sotong dia tak suka. Dia marah kalau aku goreng mee or nasi letak sotong. Malas nak mengelas la tu! Aku pun bukan lalu sangat sotong. Dah selalu sangat makan kot naik muak. Koteaw boh sosej, telur dan taugeh cukup membangkitkan selera Aiman. Si chubby ni kegemaran dia banyak ikut ibu. 


Afia pulak dinner bubur kurma. Dinner pun kadang-kadang. Biasanya dia makan dua kali sehari, pagi dan petang. Time ibu rajin baru dapat menu dinner.haha..Bukan apa, kadang-kadang time maghrib si bambam dah tidur terus sampai pagi, masa bila la nak makan.




15 comments:

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Sya suka popia..tp x suka klu ada toge dgn udng kering kt dlm..kekdg rasa lbih baik amik kulit popia tu goreng je..hehe :)

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kakak nak kwetoew goreng. Suka banyak taugeh macam tu...

umi alya said... Best Blogger Tips

simple tapi sedap

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

simple tapi semua nampak sedap2.. rajin lah PK masak..sy ni, erm! haha..

intanfirdaus247 said... Best Blogger Tips

sedapnya kwteow tu....

Sya Nadia said... Best Blogger Tips

sedapnya mkanan..lapo pulak tetibe...

Masya said... Best Blogger Tips

gegegeg... popia gulung nak buat sampai dah berkulat kulit popia huhuhuhu ...

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

yang simple dan yang sedap..kalo zee memang kuis2 la touge tu..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kalau ini namanya menu bodo-bodo, kat rumah saya lagi byklah cam gitu. Kita org punya mi mmg bodo sbb langsung takda sayur, si Abang tak suka. Lain2 tu mmg kena 'bodo'kan selalu menunya demi si Abang ni. Walaupun simple, nampak sedap gak nih. Bila nak hantar ke rumah? Tayang2 aje buat orang jeles, tak baik tau!

husna zahidi said... Best Blogger Tips

sedapnya kuew teow goreng tu..

p/s-kak murni dok kat kat kuaters askar ke??

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

rasa mcm saya pun dh lama xmkn popia ni

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Rumah kami pun selalu gak buat resepi bodo ni. Jenis allergic seafood mmg xda la nak masuk sotong atau anak beranaknya.. bodo2 gini pun habis kami makan..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Saya suka boh udang. Sedap. Lgpun udang senang kan.

Try la popia inti bihun goreng. Sedap tau. Goreng bihun byk2 utk breakfast. Pastu, amik sikit utk buat popia. Frozen. Bila makan petang2 mmg sedap

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Bila tengok popia tu baru teringat yg akak dah lama tak buat..hihi

QasehnyaRania said... Best Blogger Tips

saya suka popia. dapnya :-)