Pixajoy

Monday, November 25, 2013

Home » Minta Pendapat : Pil Perancang Punca Susu Merudum?

Minta Pendapat : Pil Perancang Punca Susu Merudum?





"Pil perancang dikatakan boleh memusnahkan vitamin B dalam badan, sedangkan ibu-ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk menghasilkan susu".

Ini yang aku jumpa bila google. Sepanjang 6 bulan menyusukan Afia sepenuhnya, ada sekali je susu aku merudum. Tu pun sebab tak sihat. Lepas tiga empat hari dah back to normal. Untungnya aku kerja shift, so far tak pernah lagi stok susu tak cukup. Afia sentiasa dapat yang fresh. Paling koman pun yg chiller. Stok beku memang tak terusik melimpah ruah masuk tong sampah.

Dalam seminggu ni susu aku merudum teruk gila. Kadang-kadang sampai kesian tengok Afia bergelut berusaha kuat untuk menyusu. So far dia takdelah menangis tak cukup susu, cuma dia agak kerap menyusu. Lepas tu aku nak buat stok sekali perah dapat 1 aunz je. Paling kuat 2 aunz. Kena dua tiga kali perah baru dapat stok untuk sebotol 4 aunz susu Afia ke pengasuh. Penat gila dah la aku marmet. Kalau dulu aku boleh buat rilex esok nak hantar pengasuh baru hari ni buat stok, sekarang dah kena buat dua tiga hari sebelum. Mujur la Afia dah mula makan, aku takdelah stress sangat.

Yang buat aku risau walaupun aku berusaha untuk tak stress, dah seminggu dua minggu dok sama je keadaannya. Sekali pun susah nak rasa breast penuh. Kalau sebelum ni memancut-mancut pulak keluar sampai aku naik fedup. Tak baik aku cakap cmni kan, rezeki Afia semua ni..Tapi sungguh aku bersyukur sangat susu aku banyak. Takde pun ambik supplemen ka apa.

Aku agak je sebab aku dah mula ambik pi perancang Nordette kot jadi camni. Sebelum ni aku ambik Noriday je kan. Dah 6 bulan kena la tukar. Kalau nak kembalikan kemeriahan susu kena la hindarkan diri dari punca susu tu merudum. Aku tak yakin aku boleh guba kaedah lain untuk perancangan keluarga selain pil. 

Patut ke aku ambik supplemen vit B or any produk yg boleh memeriahkan kembali susu? Entah ekk nk cakap aku ni memang jenis manusia yang agak kurang yakin bab produk ni semua. Apa ye makanan yang boleh tambahkan susu? Ke memang lepas 6 bulan susu kita memang dah mula kurang?Please answer my Q. (kemain aku kan..)

Aku tak sampai setahun jagung pun dalam experiences penyusuan eksklusif. Benda camni tak mengurangkan semangat aku untuk fully bf, aku cuma mintak pendapat korang yang berpengalaman.  Aku rindu saat breast penuh sebab dah lama tak rasa camtu. Sharing is caring kan?

Mahu gambar berkaitan? Belek korang punya sendiri.muahaha..aku gurau, serius ni!






20 comments:

Cho Zila said... Best Blogger Tips

dah lama tak tengok ha.. ha...
agaknyer rasa cam penah dengarjer...

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

ohh yeke kak kalo mkn pil perancangan kurang susu?

ira xda pgalaman lagi heee

jadi ira blh tnya akk soalan juga ekekek

:)

ieda said... Best Blogger Tips

salam...yes...nordette mmg boleh kurangkan jumlah susu...boleh saja teruskan makan noriday.mmg ada nurse yg suruh stop lepas 6 bulan tapi tak ada masalah kalau nak teruskan selagi nak menyusu badan.
ambil makanan seimbang...banyakkan air & boleh ambil supplement utk kesihatan umum kita.tapi frequent feeding/pumping lebih utama.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Alahai sian la afia minum tak puas... saya tak pernah pula ambil pil ni jaditak leh nk tolong.. tapi secara ceteknya pengetahuan ni rasanya memang kesan pil tu yg buat susu merundum.. kan benda tu akan bertindak kepada hormon badan kita dan pastilah akan bagi kesan pada penghasilan susu...hihi.. jangan pakai kata sekadar air liur ni. Harap ada yg pakar bg bantuan

Umialya said... Best Blogger Tips

jika nyusukan anak, tak perlu tukarkan noriday kpd nordette jika dapat makan pil noriday secara konsisten.

Nordette adalah pil kombinasi estogen & progestin di mana kandungan estogen boleh mengurangkan susu ibu.

Di klinik biasa, noriday cuma dibekalkan selama 6 bulan shj sbb setelah bayi berusia 6 bulan, dia dah boleh makan makanan tambahan, jadi susu ibu bukan lagi makanan utama bayi tapi tak salah jika terus makan pil noriday bagi mengekalkan susu ibu, apa kata beli kat farmasi, xderlah mahal sgt, puratanya RM10 sajor..

lain2 kontraseptif yang sesuai untuk ibu nyusukan anak ialah suntikan, implanon & IUCD.

pil kombinasi selain nordette iaitu marvelon, pil berdoses rendah tapi kombinasi iaitu mercilon, loette (contohnya..)

lizz said... Best Blogger Tips

Saya alhamdulillah dulu susu ok tak putus kalo tension jer merudum sikit..tp tak tau plk kater makan pil blh efek blh jd surut susu...saya dulu byk minim air msk n mnm air bali..mmg susu banyak...

Nastyna said... Best Blogger Tips

rasa maybe pasal Afia pun dah start solid food, so sikit sebanyak affect jugak la pengeluaran susu ibunya ni kan. Pasal pil perancang tu tak tau la pulak saya sebab tak pernah terlibat, supplement yg lain2 nya pun I kenot help sebab I tak pernah makan supplement jugak. Tapi ada mommies dulu suggest kat I minum Malt drinks, macam horlicks sumer tu untuk tambah susu, membantu la jugak.

Umialya said... Best Blogger Tips

@umi alya

boleh akak tau tarikh makan pil nordette tu bila? pm jer ke umialeeya@gmail.com, insya allah akak cuba bantu..

Umialya said... Best Blogger Tips

@umi alya

Oh ya, nak dtg haidpun boleh menybbkn susu merundum juga, itu yg akak nk tau hari pertama makan pil nordette? kalu tinggal baki tak banyak, teruskan makan & selepas seminggu rehat, mulakan paket baru pil noriday

eita said... Best Blogger Tips

bab2 penyusuan ni failed lah sikit...

ida =) said... Best Blogger Tips

Kalau ikut kan doc, mmg ganggu susu. Saya ambil noriday. Sbb ikut doc pakar yg saya jumpa, noriday tak ganggu penyusuan.

Kalau period pun, susu akan merudum. Unless kita tingkatkan pengambilan kalsium - minum susu tau!

Kalau x suka kan supplement, cuba cara lain. Ada banyak milk booster semula jadi - try air longan + red dates ( kedai ubat cina banyak jual ), lobak putih atau paling mudah, minum horlick. Kandungan malt dlm horlick banyak. Malt mmg akan tingkatkan pengeluaran susu

Umialya said... Best Blogger Tips

kalu ikut jadual tu, 8/12 dah kena mula paket baru, kiranya krg ni dlm proses period nk dtg - kiv 1-7/12 period.

itupn slh satu punca naper susu merundum (sbb perubahan hormon), lgkh yg perlu diambil skrg ni, positifkn minda, wt power pumping, ambil makanan seimbang n berkhasiat serta minum air secukupnya.

jika nak tukar skrg nipn boleh iaitu bila2 masa- buang paket lama n ambil paket baru tp kemungkinan besar haid akan datang bila2 masa selepas henti nordette aka tukar pil.

maaf, nak cari fb akak mmg x dpt sbb xder dlm carian google.. hi3

ida =) said... Best Blogger Tips

Lagi satu, banyakkan minum susu. Susu (kalsium) penting untuk hasilkan susu

- AZIE - said... Best Blogger Tips

sy no komen huhuhu sbb sy memg xamek pil perancang...sy cuma rancang sendiri je. Yg sy perhatikan memg sy pun alami kes yg sama...bila qisya dh mula mkn..keluaran susu makin kurang..kalo dulu boleh pump dpt 4 botol..skrg cuma 2/3 botol je sehari..mcm awk ckp kalo dulu smpa memancut2..skrg sy amalkan minum The Milk Story n campuran air kurma merah n longan kering..as milk booster..berhasil..cuma kena rajin sikit nk basuh n rendam kurna tue hri2..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

rasanya tukar pil yg asal balik lah muni.. lg satu amal patua2 yg tambah susu tu..

sal ya said... Best Blogger Tips

pernah mkn noriday je. sepeket lps tu berhenti. kemudian inject sbb mls nk mkn ubt. 3 bln sekali kan ke senang.

Masya said... Best Blogger Tips

pada sy x salah murni amik pil perancang tu.. sbb kdg dia ikut antibodi mungkin jgk itu sbb susu merudum.. jadi murni cubalah minum susu anmum yg banyakkan susu tu mane tahu membantu.. x pun makan suplimen shaklee... mmg membantu menambah susu selalunya.. good luck eh.. tkt klu murni tukar pil perancang pun sama jer .. kita ni dah makin meningkat usia.. jadi kenelah pikir alternatif terbaik utk badan..

OKje said... Best Blogger Tips

Okje tak pernah makan pil perancang seumur hidup Okje PK.. Kami merancang sendiri je, so tak tau pulak pil tu boleh mengurangkan susu...Apa yang OKje boleh share antara anak pertama, kedua dan ketiga mmg banyak kurangnya. Kalau anak kedua dulu masih kena guna breast pad kalau gi kerja tapi anak ketiga tak payah dah....maksudnya semakin berkurangnlahkan... faktor umur pun ye kot...

Norermylia said... Best Blogger Tips

Pengambilan pil perancang mmg mengeringkn susu badan tetapi x semua pil.ada 2 jnis pil prncg yg x ggu bfeed iaitu noriday & cirazette..my gynae mmg suggetkn 2 jnis pil ni utk planning if still bf..

Norermylia said... Best Blogger Tips

Sharing is caring