Pixajoy

Tuesday, November 05, 2013

Home » Afia Batuk dan Selsema : Teknik Stim & Percussion

Afia Batuk dan Selsema : Teknik Stim & Percussion



Salam Maal Hijrah. 

Semalam after cucuk Afia dok merengek tak selesa dengan sakit ditambah selsema dan batuk. Kesian Afia nak bernafas pun macam susah. Sekali dua sejak beberapa hari lepas dia mesti muntahkan semula susu bersama lendir. Bila dah muntah tu Afia selesa la sikit. Malam tadi je tengok keadaan dia makin teruk.

Aku dok sapu dada,leher dan belakang dia dengan vicks sepanjang malam. Tidur Afia pun sekejap-sekejap. Bila jaga mesti merengek. Lepas bagi nenen, dia biasanya senyap dan cuba sambung tidur semula. Kadang-kadang bagi nenen pun tak layan. Kena angkat peluk bagi selesa baru sambung nenen sampai tertidur. Macam tu la keadaan dia sampai pagi.

Melihatkan hingus yang dok meleleh ditambah batuk sekali sekala, aku cuba la google teknik tepukan percussion untuk aplikasikan. Mula-mula aku tala muka Afia dekat air panas bagi dia hirup wap panas lepas tu baru tepuk belakang dan depan badan dia. Cara tepukan tu aku nak terang pun malas. Nak tahu boleh google.

Masa stim tu memang hingus dia meleleh keluar. Tapi teknik tepukan tu entah aku rasa macam tak berapa berjaya. Naik rimas Afia dok melalak aku pun buat camtu-camtu je. Nak buat ni memang kena kering hati sikit. Esok la aku cuba buat sekali lagi. Kalau tengok takde perubahan juga aku nak cuba buat minyak garlic jugak. 

Tengahari ni tengok macam dia dah ok la sikit. Bila malam nanti je takut dia makin tak selesa. Dah la malam ni aku duty malam. Apapun Afia tetap anak yang baik. Merengek dan nangis tu kejap-kejap bila pujuk dah ok. Ibu harap benda ni tak berlarutan. Kesian anak ibu.


Makin kurus dah si bambam ibu. Cepat sembuh ye sayang!







15 comments:

Ahlam Miera Amirul Shafie said... Best Blogger Tips

kesiannya dia.. moga cepat sembuh yer comel...

salam singgah dan salam maal hijrah...

Maria Firdz said... Best Blogger Tips

moga cepat sembuh si comel..

NzA said... Best Blogger Tips

adduyai kesiannya...mmg susah hati kalau bb kecik demam trutama selsema.....moga cpt sembuh ye syg afia....

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

cianya Afia...semoga cepat sembuh ya...

Ummi Iman said... Best Blogger Tips

Kesian. Moga cepat sembuh. Saya pernah sekali sapu vicks pada Iman, tp rasanya mcm tak sesuai. Cubalah minyak but2 hpa sapu depan blkg. Tak panas tp in sha Allah boleh membantu.

makchaq said... Best Blogger Tips

Susah hati kan bila budak tak sihat...
Tapi insyaAllah.. kalau terus bagi susu badan selalunya cepat baik..

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Saat paling kesian memang bila baby selsema/batuk. Memang cepat susut kalau kena. Kesian kan.. moga Afia cepat sembuh ye sayang. Auntie doakan juga..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Afia....kalau suh tengok posing depan kamera mmg pandai je hehe...
Siannya ...seme yeh PK....Kalau yg tepuk tepuk tu OKje buat kalau anak berkahak...

lizz said... Best Blogger Tips

afia dah ok ker PK...moga dia cepat sembuh yek...

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Ni dah sembuh ke belum ni, PK? Kesiankan bila tengok anak-anak kecil ni sakit. Nak mengadu tak pandai cakap lagi.

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Time macam ni.. cukup susah hati kan? Afia merengek lebih, mama pun lebij penat jadinya. Semoga cepat baik ye.... masa nazif kecil saya pernah juga tru teknik ni. Entah apa tak kena, macam tak berkesan je.. hihi

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

musim la PK..fyzz pun baby yg kecik dok tak sihat..hari nih baru ok..tidak asyek2 merenyek.tido malm si mama pun terganggu gugat..pepun harp afia cpt baik..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

a'aa la, nampak dah kurus sikit.. tapi biasalah, sbb dah makin aktif kan...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

qisya pun xberjaya jgk dgn teknik nie tau huhuhuhu degil btl kahak dia nk keluar

Masya said... Best Blogger Tips

bila baby selsema dgn selalunya sapu kunyit kat hidung kurang sikit.. batuk pulak sy bg madu.. x pun amik limau nipis belah 2 letak kapur dan ganggang dia kat bara api... agak layu.. sejuk sapukan kat leher.. insyaallah .. nanti okla tu ...