Pixajoy

Friday, November 15, 2013

Home » Hari Graduasi Aiman

Hari Graduasi Aiman



13.11.2013 - Lokasi IKM Sg. Petani.

Majlis menggabungkan Taska Parlimen Merbok, Tabika DUN Tg. Dawai, Tabika DUN Bukit Selambau dan Tabika DUN Gurun. Boleh bayang tak macam mana sesaknya dewan dengan manusia? Aku ambik port paling belakang siap dua kerusi. Si bambam kemain seronok tengok sana tengok sini tapi akhirnya tewas tertidur dipangkuan ibu. Nasib baik Afia behave, tepuk-tepuk terus tidur. Dah tidur aku bersila baik punya gabungkan dua kerusi letak Afia kat riba. 


Riben besaq kau. Ikutkan aku bukan suka sangat girl ni pakai gaun segala. Naik rimas tengok.Tapi dah orang bagi, baru sekali Afia pakai masa raya, sarungkan jugak la kat badan si bambam. Orang nyanyi lagu Negaraku bising-bising pun dia lelap. Lama jugak la tidur dalam sejam gitu. Dah lari tajuk dah.hehe..


Gambar pentas aku zoom dari belakang masa budak-budak buat persembahan. Jangan la harap picture yang cantik sangat.  Majlis pun so-so je. Persembahan pertama tak dengar satu butir pun suara, mikrofonnya lambat keluar. Sabaq je la!huhu..


En suami kedepan sikit masa Aiman naik pentas dengan harapan dapat la snap gambar Aiman. Entah macam mana zoom semua picture pun jahanam.haha. Sijil diwakilkan pada Pengerusi tabika, yang budak-budak ni semua terima beg sekolah je. Ambik gambar gegar tak ingat. Almaklum kamera mahai.muahaha..


Dekat luar pentas satu ni je gambar en suami ambik. Ni pun topi konvo Aiman dah kemana. Lepas turun pentas terus cikgu kalut kidnap topi. Hangin je aku. Kalau tau camni baik aku yang pi snap gambar Aiman. Tangkap gambar tak sampai seminit je kot dok kalut apa.haha.. Mungkin la en suami lambat keluar pentas, cikgu pun dah sibuk nak pakaikan dekat budak lain.


Lepas je Aiman naik pentas adik Fia nak susu. Aku pergi susukan Afia dalam kereta dulu pastu baru cari Aiman. Aiman baru sudah makan masa ni, nak tangkap gambar pun tak mau bagi kerjasama. Muka dah comot tak ingat dengan legamnya, muka serius, gaya terpaksa semua bergabung. Aiman dapat beg warna pink pastu dia tukar dengan kawan perempuan yang dapat blue colour. 


Ohh ibu gemuk pun nak enterframe sama. Usha bawah dagu macam bukit berlapis. Tapi yang hairannya baru je timbang berat ibu tak naik, padahal makan banyak. Mungkin abah tak pandai carik angle kot. Baju pun besar. Tu dia tak nak terima kenyataan.muahaha..


Tak lama pastu kami tak tunggu dah terus balik. Bernasib baik Aiman naik pentas awal. Pukul 10 pagi dah setel semua. Sekian saja hari graduasi Aiman yang langsung tak best. En suami kata cikgu semua kena mengadap sebab majlisnya huru hara tak sistematik. Memang patut la!hakhak..

Semalam hari terakhir Aiman sekolah dapat hadiah set pencil box sekali alat tulis. Sijil, gambar, gambar konvo siap frame dan duit tabung semua pun cikgu bagi sekali. Nanti bila rajin ibu update sijil dan gambar Aiman berbaju konvo. 







19 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

comer jer anak dara tu bereben besaq..tak peduli orang ramai ngan bunyi bising..tidur lagi best kan Afia..Alahai Aiman..naseb baek dapat tukar beg tu..kalau tak ber'pink' la Aiman..Ibunya pun takde la gemuk amik angle cam tu pun..sedap jer mata memandang..akak ni lagi besar..hehehe..:)

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

comel sgt aifa ni..geram pp nye..tdo pn comel..bju pink lak tuh..aimna tahniah syg ;) zaman skg kecik2 pn da graduasi err ehhe..xyah tggu uni nnti

lieyalatif said... Best Blogger Tips

tahniah aiman!...untung budak skrang dah merase pakai baju jubah kecik2 kan...penaik semangat tuk capat ke U plak...amin...

bagus afia...hiruk pikuk camne pun tetap layan mata...senang nak jaga gitu....

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kalau anak kakak dulu memang masa kecik suka kakak pakaikan gaun. Comellah Afia pakai macam tu. Kakak suka - cantik:)

Biasa pihak tadika mesti ada cameramen yg ditempah - tak ada dlm kamera kita tak apa ada dari yg sekolah punya kan dah oklah tu..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alahai Afia, dari jauh dah nampak reben besar tu. Macam comel aje!Memang comel pun!

Awat cikgu main bagi pink bag kat Aiman? Dia tak nampak ke betapa gagah perkasanya Aiman masa naik pentas. Ada ke...

Kira Aiman dah jadi mini graduate ler. Tahun depan mari kita mak-mak menggembleng tenaga jadi cikgu separuh masa kat rumah pulak!

- AZIE - said... Best Blogger Tips

afia...sekali tgk mcm qisya pun ada hahahaha

mrs MELL said... Best Blogger Tips

tahniah aiman dah grade. hahaha.. afia.. comel jer tido. ibu afia pong comel.. dagu. hahahaha

NzA said... Best Blogger Tips

Sebenarnya bkn senang nk handle budak2 kecik ni pk trutama majlis besar camtu. Byk ragamnya. Akak mmg tabik spring cikgu2 tadika nie. Bkn semua org mampu sabar mcm depa. Agaknya kalu akak jd cikgu tadika 1 hr je budak2 p sk terus blah..muhahaha...
Namun jasa2 mrk trlalu byk pd ank2 kita...setiap kekurangan tu xboleh prsalahkn mrk. Mrk juga manusia biasa yg serba kekurangan.....

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Tahniah utk aiman..moga terus berjaya masa akan datang..bgusla afia tido je bising2 cmtu.hehe..gegar pun gegar la..jnji ada nmpk sikit2 gambar tu kan akak..kenngn2.. :)

Masya said... Best Blogger Tips

spoil jer... x dapat amik gambar dgn topi...

alah.. dagu berlapis ok ler .. x naik berat kikikiki ...

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@NzA

bkn salahkan cikgu tantang majlis ni tp geram sikit kt cikgu tabika aiman tu,ada byk sbb yg perlu sy off recordkan..malas nak cerita buat bengang je.huhu

Nastyna said... Best Blogger Tips

Congrats Aiman, amboi Afia besaq riben, kannn rimas tengok panas2 bergaun semua tapi comell, syok dia tidur. Eh u tak gemos pun, angle tak betul tu dalam gambar.

husna zahidi said... Best Blogger Tips

tahniah aiman!!

bagus afia, behave jer dya ye..=)

dapat beg?? kebetulan lah aiman, kite sama..hikhikhik..

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Aiman , tahniah.. majlis dah berakhir, tak apalah ada kekurangan sikit, yang penting aiman gembira dengan rakan rakan.. ai..seronoknya kan..
Afia pun, pandai dia behave..dlm kebisingan pun elok je dia tido..lega PK...

Time Traveller said... Best Blogger Tips

ayat tak teima kenyataan tu memang agak sinis bunyi nyer hahahaa.. :D

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

Tahniah Aiman....Aiman dah makin besar...

Shark Kay said... Best Blogger Tips

tahniah abg aiman,
kcik2 dh graduasi nie,
hehe..
mmg beruntung.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

lena betul Afia tidur....

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Comel apa baby gurl pakai gaun...reben besar lagi...
Nampak macam best je pentasnya PK...Biasalah bukan senang nak handle majlis ni walaupun majlis graduasi tadika je...