Pixajoy

Wednesday, November 13, 2013

Home » Aiman B-Daman

Aiman B-Daman



Berbulan lamanya Aiman request B-Daman baru hari ni dia dapat. Aiman kata "semua kawan-kawan Aiman ada B-Daman, Aiman sorang je takde!". Lagi satu ayat tak bley blah.."Kawan Aiman ayah dia naik gaji je beli B-Daman..ayah dia naik gaji je beli B-Daman.." Kok setiap bulan ayah dia naik gaji. Tauke balak kot.haha mungkin Aiman maksudkan setiap kali gaji.

Sebagai parents kita ni tak sampai hati la tak tunaikan permintaan anak. Apatah lagi keluar ayat sedih macam "Abah..nanti abah banyak duit boleh tak belikan Aiman B-Daman..?" Ayat dia tu memang menusuk ke kalbu. Kalau nak mintak apa-apa mesti keluar ayat macam tu. Yang bagusnya Aiman memang tak pernah memaksa. Lambat pun takpe janji beli. 

Benda ni takde la mahal pun. Tapi sungguh en suami tak tau menatang ni apa dan tak tau jugak kat mana ada jual. Hari tu Aiman tunjuk kedai runcit yang jual B-Daman ni en suami pergi takde. Aku dengan Aiman pi tengok pun dah habis. Lately kami pun jarang keluar shopping. Selalu keluar beli barang yang penting pastu terus balik. Maklum sajalah sejak ada si bambam tu mana larat nak berlama di mall.

Picture semua tak tahan nafas. Teserlah keboroian.haha..



Tadi masa hari graduasi Aiman kami jumpa benda ni terus beli la. Kemain suka Aiman. "Aiman akan jaga benda ni baik-baik". Ayat klise dia dok bagi. Lepas seminggu selalunya berkecai semua. Tadi balik singgah rumah pengasuh hantar buai Afia boleh dia cakap dengan B-Daman, "kejap ye..satgi kita jumpa lagi..". Sayang sangat nak tingalkan mainan dia sekejap dalam kereta. Balik rumah dok belek menatang ni je. Satu rumah dok berbunyi guli. Haqu!





8 comments:

lizz said... Best Blogger Tips

Sekarang ni bebudak memang sukakan bidaman ni...uwais tu tah berapa tah dia ader main kejap jer dah rosak...lepastu beli lg patahla apalah memacam...last2 dedinyer dah tak mo beli

Nastyna said... Best Blogger Tips

Hahahaha sakit perut I gelak tau, lawak sungguh la kamu ni Aiman, ayat mmg tak leh blah. Menusuk la jugak ke kalbu kan, tapi drama sangat tau.

ohpanduan panduan said... Best Blogger Tips

bagus aiman, jaga baik-baik yea.

Masya said... Best Blogger Tips

kenapa kat dashboard sy blog murni mcm xde update entry baru.. tp bila bkk ni ada pulak.. last kat dashboard sy entry pasal murni ajar tgk jam pada aiman..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Alahai sedihnya dengar keluhan Aiman...Tulah kan PK ....kadang tu bukan kita tak mo beli ( tapi OKje mmg tak suka belikan mainan anak! ) sebab kita tak tau dan kenal apa yg dia nak hehe

mrs MELL said... Best Blogger Tips

haha.. kelaka aiman.. macam anak buah sy dulu. nak ben ten. dok mintak jam ben ten jer.. mase dia kecik2 lah.. hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, pandainya Aiman main drama airmata! Ibu yang garang pun rasa resah tak tunaikan hasrat anak ni ha...

Sebenarnya saya tak tahu pun B-Daman ni apa. Si Abang tak minat benda-benda gini. Kalau keluar ayat air mata darah dari si Abang, sudah tentu paling-paling pun nakkan DVD game yang baru ataupun play doh untuk creative artnya yang ntah apa-apa agaknya.

husna zahidi said... Best Blogger Tips

hahaha..senyum suka aiman..

apa mainan nama B-daman nih?? -.-"