Pixajoy

Sunday, November 17, 2013

Home » Nasib Si Bambam

Nasib Si Bambam



Dua tiga menjak ni aku macam ada banyak sungguh masa untuk TV.  Lepas habis semua siaran ibu, baru la Aiman boleh conquer TV. Tak tentu arah dia sekarang ni dah tak boleh main game kena hukuman jahanamkan tab adik aku. Nak tidur pukul berapa dia punya pasal. Cuti sekolah ibu bagi kelonggaran buat rumah macam syurga. Tapi kalau sampai pukul 2 3 pagi tak reti nak tidur gak pontianak ibu tak agak-agak akan mengilai.hakhak

Bila ibu depan TV, si bambam haruslah lepak sesama. Dah la Afia tidur style lasak. Aksi guling-guling berlaku dimana saja. Toto kemana dia dah kemana. Yang best tu aku letak bantal sebelah dia, alih-alih bila tengok dia dah posing baik punya kepala atas bantal. Comel gila tengok dia tidur macam ni.




Begini la nasib si bambam. TV pun macam ganja, kalau dah mula kena memang macam gian. Harap gian ibu tak melarat. Tapi MLM tengah running, Masterchef All Stars pun dah nak start. Macam lama je lagi. Siapa nak bela nasib Afia?






17 comments:

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

hihik comelllnya Afia bam-bam ni tido...isk! geram nengoknya...
wah! Aiman jd raja ler ye..hehe..sesekali bah...layan kan aje lah..:)

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

tembamnye pipi afiaaa .. nak gigit ..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sejuk je tgk wajah ank time tidur kan..

umi alya said... Best Blogger Tips

geramnya akak tengok afia, comel2 sgt2

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Haaa, nasiblah ye Afia, ibu minat tgk tv sementara ni, layankan je lah ye... Budak baya diorang ni asalkan dapat berkepit dengan ibu kat mana pun ok je...sama macam Nazif temankan saya sampai pukul 1 semalam

Kakcik said... Best Blogger Tips

Alahai comelnya dia walau dalam lena. :)

Nastyna said... Best Blogger Tips

Aloooooh la, comey sunggoh gaya tidurnya. I suka tengok gaya baby tido gini, macam orang besar2. Ibu gian tv jer takpa, still masih dapat pantau anak2, jangan gian benda lain sudah.

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Aiman kan ada. Saya pun dah start lepak depan tv. Selalunya malam je lepak atas toto kt hall. Tgk tv ramai2. Tapi dah seminggu siang malam lepak atas toto.

Nasib tak terbela kah? Ok la tu. Ada bantal pe nak posing tidur comel2. Tengok tv sesama kan best. Hihihi. Best la pk boleh gomol Afia. Ni tunggu aleesya besar nk gomol. Hihi

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

sian afia... nanti mama kutu ni...

- AZIE - said... Best Blogger Tips

coemlnya dia tdo mcm nie...mcm budak besar dh nmpk!!

lizz said... Best Blogger Tips

sampai tertido afia yek layan mak dia tgk tv

aizamia3 said... Best Blogger Tips

acik geram nengok Afia ni.. gggrrr.. sangat bambam + comel je dia wat aksi cenggitu.. ;)

Ibunya pulak confirm berkeping2 gambar di snapnya dak Afia tu.. hehehe..

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

sama la kita PK..kalo dah ngadap tv memang tak dapat la anak nak tengok kartun..asal tukar jer petir bunyi..wahahahhaaa ibu lagi dasat..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

comelnya Afia tidur..gerammm tengok..
Tak pe, Afia tengok tv sama2..

hainom OKje said... Best Blogger Tips

hehe...geramnya tengok aksi si bambam tido....lasak lasak boleh pulak berposing come gitu hehe

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kesian Afia... bawa diri hah tidur sendiri (tapi macam comel aje...) dah ibunya kemaruk depan TV :D

Astro kat rumah sapa bayar? Kalau kita yang bayar, seharusnyalah kita yang conquer, kan!

Kalau Abang nak conquer TV rumah, saya suruh dia kumpul duit untuk bayar ASTRO, teruslah dia merajuk gi main games.

Masya said... Best Blogger Tips

blh tahan lasak afia yer...

tgk tivi kegemaran kami 3 beranak.. sampai gaduh2 manja kdg beebut remote..