Pixajoy

Monday, November 25, 2013

Home » Afia Punya Lasak

Afia Punya Lasak



Asyik kisah anak dara aku je la. Anak bujang asal nak tangkap gambar boleh dia marah-marah ibu.." Pening arr.. " ibu ni asyik tangkap gambar je.." "pening arr.." sebijik macam Shuib Sepahtu dia buat, hangin je aku.haha..

Di suatu pagi yang tak berapa nak hening, sewaktu aku sedang memotong kek kukus jagung, tiba-tiba terdengar satu dentuman kuat dari dalam bilik. Serentak itu suara tangisan Afia memenuhi ruang. Eceh dah macam ayat cerpen plak.hoho. Entah apa si bambam bikin tengok-tengok dah parking baik punya bawah katil. Yang aku tau Afia memang suka guling-guling. 

Aku bukan letak Afia atas katil. Kami tidur tilam kat bawah bersebelahan katil single dalam bilik. Selalunya Afia suka golek belah kiri sebelah dinding. Yang sebelah dinding aku dah letak tilam kecik jadi kalau dia guling selamat la jatuh atas tilam. Semenjak dua menjak ni je dia baru expert guling belah kanan. Tak budget pulak dia boleh pusing sampai terlepak bawah katil. 

Berderau darah aku terus berlari dapatkan Afia. Cepat-cepat aku angkat dan usap kepala. Dia punya lasak, sekejap je nangis pastu sengih-sengih. Bikin suspen je si bambam ni tau. Lepas ni dah tak boleh tinggalakn dia sensorang la dalam bilik. 




So far aksi sujud angkat punggung macam ni je dia lepas, nak cuba merangkak belum lagi. Kat opis dah kena letak bantal tepi katil macam ni. Afia suka guling kadang sampai tersepit kat sebelah katil tepi dinding tu. Sebelah lagi kompem selamat ada mak gajah landing.haha..



15 comments:

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

dah angkat2 vontot tu..sikit lagi lagi fenin ibunya..geram pulak tengok dok camtu..gigit bontot kang!!

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

afia dah semakin menunjukkan aksinya...
akak suka ayat last sekali

- AZIE - said... Best Blogger Tips

dia dh angkat bontot dia...xlama lagi tue nk merangkak...bab yg mula guling2 ni memg riso..skjp tgk dh duk bwh meja..aishhh

umi alya said... Best Blogger Tips

Afia makin membesar, nampak gayanya tak lama lagi beradik le tu, opsssssss..

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

afia ni jatuh pn boleh sengih2..ish2 dasyat btol anak dara sorg ni...lasak sgt

Puan Mell said... Best Blogger Tips

syukrii dulu mase 6month gitu. angkat buntot gitu. ingt nak merangkak. rupanya. jadi ulat bulu. hahaha..

afia dah makin tunjuk aksi. hehe

Kakzakie said... Best Blogger Tips

kakak ni dapat tengok Afia tonggeng pun dah boleh senyum tau:)

Makin besar memanglah makin lasak dan cerdik.. kena lebih pengawasan.

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Dah start angkat bontot tu... Tak lama lagi nak merangkak la tu. Gerammmm tgk si Afia beraksi gitu haishhh...

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

uiks! lasak juga anak dara ni...hihi..kena lbh alert..:)

tomato oren said... Best Blogger Tips

hahahaa..afia dh makin lasak..
aku turn ulya plakk..apa benda plak dia nak buat pasni..hahaa

aizamia3 said... Best Blogger Tips

sangat comel aksi dia.. anak dah besar sikit baru berani tdo atas katil..

Nastyna said... Best Blogger Tips

sekarnag tengah fasa sujud menonggeng eh, tak lama lagi la tu... laju la dia jadi ketam pasni hehehe. Owh si JJ dulu pun memang kami kena pagarkan dengan kusyen semua kawasan, tapi sehari dua jer kot bertahan, sebab dia terus pandai panjat "pagar". Apa pun tak boleh budak ni.,

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

hahha adoilah muni ni... blh plak kata mak gajah...

Masya said... Best Blogger Tips

hihihihi... afia² kamu ni keballah.. semua nak ni explore nya..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Comelnya sujud... Kesian bambam tersembam. Yalah kalau dapat mak masterchef memang ginilah nasibnya.