Pixajoy

Saturday, November 02, 2013

Home » Afia Imanina 6 Bulan

Afia Imanina 6 Bulan



Hari ni Afia Imanina genap 6 bulan. Wah..setengah tahun dah ibu melahirkan Afia? Macam tak percaya. Sedar tak sedar Afia akan mula melangkah ke satu fasa baru, berkenalan dengan solid food. Mungkin ibu akan pending bagai sehari dua lagi. Blander tak beli lagi nak, abah awak sibuk. Paling lewat pun Selasa ni kita mula makan.hehe.. 


Sekarang waktu malam dua tiga kali je Afia menyusu. Nyenyak betul tidur sampai ibu rindu saat Afia mintak nenen. Bila siang pun Afia dah tak concentrate menikmati susu, sibuk tengok sana sini. Kalau dah lapar sangat baru la Afia bergelut. Nak tangkap gambar Afia pun dah susah. Tak peduli sangat dengan kamera, lebih tertarik dengan keadaan sekeliling dia. Selalu tau menyibuk tengok sana, tengok sini macam busy body nak tahu apa orang cakap. Ini sangat comel. 


Ramai tegur Afia dah kurang sikit bambamnya. Ibu pun rasa macam tu. Afia baby yang sangat aktif, tidur kemain lasak guling sana guling sini, suka senyum, suka nganga, suka buat muka takde perasaan dan kemam bibir. Ini semua buat ibu geram all the time. Afia dah kenal nama sendiri, cepat je alihkan muka sambil tersenyum bila kita panggil nama dia. Semoga Afia terus membesar sihat, cemerlang, gemilang terbilang.hehe..





16 comments:

Nastyna said... Best Blogger Tips

Dah semakin aktif, ha ah la kejap jer kan dah 6 bulan. Slow down yer Afia, dont grow up too fast ehehe let Ibu main ngan baby puas2.

Puan Mell said... Best Blogger Tips

taun depan kasi adik kt afia la ibu.. afia da besar.kihkih.

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Ha'ah Muni... Afia nampak kurus. Biasalah umur Afia memang lasak dan suka menyibuk. Hehe...

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Hihi..dah kurang bam2 tapi ttp comel bah..tak sedar nk mkan dah..ibu psti sedia mknn sedap2 buat afia...:)
.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Dah semakin pandai bergerak tu yang dah kurang bambam tu PK...hehe....

Huny eda said... Best Blogger Tips

jemput join GA SAYA http://hunyieda.blogspot.com/2013/11/giveaway-nov-bersama-hunyeda.html

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Ai comelnya afia ni...tengah gebu macam ni saya suka kiss banyak2... wangi bau bayi .....

Bagusnya macam ni...dh 6 bln baru suap makan. Anak2 saya 5 bulan lebih mula dah bagi bubur..

umi alya said... Best Blogger Tips

tak bambam xper, janji comel..

husna zahidi said... Best Blogger Tips

a'ah la kak..husna pon perasan yg afia kurang bambam dah skarang..hehehe..

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

alooo..busyuk2..dh 6 bulan ..nnti tak lama lagi 1 tahun..emm cpt masa berlalu kan..

MulutPayau said... Best Blogger Tips

wahhhh,,kemain lasak ya Afia...kurang bam2 tak pe..janji sihat dannnnnn tetap comel..

Masya said... Best Blogger Tips

Tak tembam maintaine cute hihihihi

nurul harnani said... Best Blogger Tips

tomaey sgt ni. nak pinjam kejap boley. hehe
p/s lama x pgg baby..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alololo....dah besar dah bakal menantu ni :D

Eh eh Afia, boyfriend awak kat rumah kita ni lahir Nov 9 tau. Jom kita gi telek-telek sesuai ke tidak...hahahah...

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

cam baru je baca entri afia lahir... tup2 dah 6 bln. kejap je masa berlalu kan.

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

Cepat betul membesar...