Pixajoy

Monday, November 11, 2013

Home » Agar-Agar Vanila Oreo

Agar-Agar Vanila Oreo



Aku buat agar-agar oreo lagi. Resepi sebijik macam ni cuma aku tukar kepada oreo vanila. Aku kalau terasa nak makan sesuatu memang spesis tak penyabaq. Tak jumpa oreo yang coklat krim vanila biasa tu, yang vanila ni pun jadi. Malas dah aku nak pi cari kat kedai lain.


En suami ada suatu ketagihan. Beliau pantang nampak aku buat agar-agar or puding mesti mintak nak makan panas-panas masa tengah cair. Aku boo layan permintaan beliau terus tuang agar-agar aku. Lagipun cukup-cukup satu loyang je kot. Rupanya dalam diam depa buat projek. Binasa agar-agar aku kena robek. Yang tak bley blah Aiman pun join sama. Dua beranak dok berebut hirup agar-agar lembik dengan sudu. Naik menyampah aku tengok.haha 


Banyak ni je tinggal yang betul-betul rupa agar-agar. Yang selebihnya tu serupa bubur dikerjakan en suami dan Aiman. Aku rasa kalau guna oreo coklat inti vanilla tu lagi sedap. Si chubby memang suka, makan ulang-ulang banyak tak ingat. Aku kureng sikit, nak buatnya je beria. Alhamdulillah dua malam je jadi tetamu icebox, pastu selamat dikerjakan Aiman.


Minggu ni korang hadap je la tahap rajin aku memasak. Malam tadi buat kuih keria. Donat pun buat jugak. Hari tu tak puas makan. Dok kalut mak abah datang lupa nak snap picture tayang sini (Nak jugak tu). Pagi ni goreng semula yang tak habis dan sira gula bawak bekal punya banyak pergi kerja. Makin bolat la aku pasni.


* BW dan balas jejak terkandas belum habis. Sory ekk sibuk memasak pastu mertua datang haruslah berlagak menantu misali.hakhak








15 comments:

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Amboi kalau mampu duduk sekejap aje dlm fridge tu memanglah sedap...

Bukan apa kita kena hormatlah MIL pun bukan dtg selalu kan..

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Adui! selera nya tgk aiman makan agar2 ni...mintak sikit Aiman..hihi..sama lah kita busy lah this week..;)

Isteri kepada Suami said... Best Blogger Tips

Assalamualaikum..

Ohhh sofia baru tahu oreo ade perisa vanilla...hahaha

regards,
Triplesmiley

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Rajin akk masak memasak ni..tak pnh rasa puding oreo ni kak.resipinya sama mcm resipi2 lain eh kak..teringin jgk nk rasa ni :)

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

kelakar la 2 beranak tu buat projek..ropanya hubby PK suka makan camtu..lembik2..hihihi.:)

Shark Kay said... Best Blogger Tips

rajin btuil akak buat,
bleh dh ni nk buka kedai slow2.
hehe.

Zee Suhaini said... Best Blogger Tips

sama la kita PK...mentua ada jer terus jadi misali..ahahahaa..dari malas nak masak terus rajin..

umi alya said... Best Blogger Tips

bagusnya PK,isteri & menantu mithali ni..

Nora Karim said... Best Blogger Tips

sedapnya tgk si chubby tu makan... berselera... nak sikit boleh?

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Setuju! Kalau mertua datang kita mestilah nampak sopan sesopannya. Kalau boleh masa bercakap, mulut pun takmo nganga besar2 kan...

Kiranya PK ni lebih rajin daripada sayalah. Saya kalau meroyan nak cuba menu tu datang, boleh bersabar lagi. Kurang-kurang 3 minggu kemudian baru buat :D

lizz said... Best Blogger Tips

Biler tengok aiman makan..memang sedap betul tu.kemain hirup lagi yek..

Nastyna said... Best Blogger Tips

wallawei masak beriya rajin sungguh. Haaa spesis apa ni hirup agar2 panas, sedap ker?

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

amboi sedap sungguh tu.. done nuffnang yer !

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Sedapnya mkn! Xpe la kita x mkn pun, asalkan sayang2 kita mkn kan? Puas hati membuatnya.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Seronok kalau ada yg makan tak hengat macam tukan PK...nak buat benda pun seronok sebab tak takut tak habis....
Hehe ada gak yg suka agar agar cair yeh!