Pixajoy

Saturday, November 23, 2013

Home » Akal Lepas Baik Demam

Akal Lepas Baik Demam



Semalam seharian tak dapat online. Publish comments pun kat hp. Nak up entry tak dan baq hang si bambam buat akai. Selama nak dekat 7 bulan, baru ni Afia dok reyau sampai tak tau apa yang tak kena. Kalau tak, nak dengaq sora dia melalak punya la susah. Pendek kata Afia boleh dicop sebagai anak solehah terhebat baik budi pekerti baq hang. Awat la dok sedap cakap penang plak. Tahan ja la aku bebel cover balik semalam tak dan.haha..

Pagi semalam setelah kali ketiga aku bagi Afia ubat, dia poo poo terus lega demam. Alhamdulillah la dua hari je Afia tak sihat. Ikutkan memang malas nak bagi Afia ubat, lagipun baby tak bagus kan ubat-ubat ni semua. Sebab kepala dia terlalu panas, aku tawakal bagi gak la. Nak pertahankan ubat kang jadi kot lain menyesal tak sudah. Nauzubillah.

Masa badan tengah panas pun dia kira solehah lagi, merengek sikit-sikit je dengan muka yang sangat tak ceria. Sepanjang masa aku letak tuala basah kecik kat kepala pun dia merelakan. Tapi si bambam kira nak mengempeng je la setiap masa. Aku pun dah macam robot asal Afia jaga terus sumbat nenen.hehe Kalau tak selesa kat bawah terus angkat Afia masuk buai. Setiap masa kena berayun, terkebil-kebil la Afia sampai terlena. Comel gila muka.

Sepanjang malam ibu naik tintong, kejap nenen, kejap masukkan dalam buai. Dua perkara ni je buat Afia tenang bila demam. Dah lega demam lagi cabaran. Nak berdukung setiap masa. Bagi nenen tak jalan. Duduk je nangis. Masuk buai lagi kuat dia melalak. Tapi bila bawak jalan kat luar dia diam. Primadonala sangat. Boleh bayang aku dok tawaf satu rumah? Setengah hari dok bakar kalori.haha

Serius aku tak tau apa dia nak, dah tukar baju, dah sapu minyak kat perut semua pun tak menenangkan Afia. Aku siap masak bubur kosong kot-kot la nangis sebab lapar. Pastu panaskan susu perahan lagi kot-kot nenen tak puas. Semua pun tak jalan. Aku suspect dia mengantuk sangat (semalaman tak cukup tidur), tapi tak boleh feel nak tidur. Bila mengantuk, mata tak boleh pejam tu yang kena tawaf satu rumah. Kalau sakit tentu dia menangis non stop ye tak. Asal masuk buai je nangis teruk-teruk. Keluar masuk buai dah berapa kali. Lama macam ni sampai akhirnya tertidur.



Malam tadi lepak-lepak depan TV tengok MLM baik pulak tidur sendiri. Pagi ni bangun dengan senyuman. Alhamdulillah anak ibu dah back to normal. Lega demam boleh akai orang kata. Baru ibu berakai.hakhak




15 comments:

TelingaBulat said... Best Blogger Tips

alalal afia demam ye..byk ragam sgt ni sian kt ibu..poning da pale dia aifa ;0

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah... Dah sihat dah dia :)

Biasalah Muni budak demam. Bila tak selesa mcm2 kita buat nak kasi dorang selesa. Afia mcm Alia gak. Tak merengek pun bila demam.

Chot said... Best Blogger Tips

Haha..jelas berakai. Menduga ye dgn baby? nasib baek akak expert.huhu..kalau sy yg amatur ni enthlaaa

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

ye la ibu... sakit asyik terperap je dalam rumah.... dah sihat kita nak g jalan2

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

demam nak panjang akal la tu..alhamdulillah Afia dah baik demam..pas ni mesti selera dia nak makan..:)

izan mama mia said... Best Blogger Tips

hihihi..baru mak dia berakai...lawak lak ayat tuu tapi mmg betol pon..bila anak dmm mmg banyak akal..tapi pas dmm mmg anak makin bijak

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah..dah sihat ye dak bam-bam ni..ceria dah tu tgk pic dia..hehe..kita ni klu anak sakit je mmg mcm tu kan..mana nak senang duduk..Afia good girl lah..demam2 pn tak meragam sgt kan:)

Puan Mell said... Best Blogger Tips

afia dah besar la ibu.. baru nk tunjuk akai.. hahaha.. ni syukrii lak selseme.. risau aih..

Nastyna said... Best Blogger Tips

kita yg dewasa ni pun tak tenru arah bila demam kan, ni kan budak, tak sedap badan. at least ibu merasa la la kejap afia buat onar kan, tak lama pun kan. Now dah senyum2 comel dia tu.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Alhmdulillah dah sihat ya Afia...
Makin comel senyuman tu...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Haaaa..... xyah makan pape, makin gorjes ibu. Kes apa? Kes kena tawaf rumah separuh hari. Sambil dukung baby pulak tu. Kira exercise angkat beban. Fuh!!

Nasib ler dia ibu tawaf gitu. Adam dulu, bawa masuk kereta. Time tu, rumah xde aircond lagi. Masuk kereta, pusing2 kl tgh2 malam tgk lampu. Anak tertido, balik.

tomato oren said... Best Blogger Tips

kalau aku kan..silap haribulan aku pun join melalak gak..tak tau nak buat apa..hahahaaa

Time Traveller said... Best Blogger Tips

moga bila besar nanti afia akan jaga ibu dia bila ibu dia sakit.. aminnnn :D

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

alhamdulillah nsb dah sihat... mmg susah hati kalu anak2 demam,..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Kesiannya Afia bila demam. Padanlah lagi slim badan tu. Biasalah PK kalau anak sakit, mak pun sakit sama. Mungkin si Afia tu 'rindu' kat budak Tanko, Tanko nih... :D