Setiap dari kita ada stesen minyak pilihan masing-masing. Dulu kami selalu isi minyak di Petronas, kemudian beralih sekejap ke Shell dan sehingga kini stesen minyak pilihan kami adalah Esso, sekarang dikenali sebagai Petron. Tak perlu aku hurai lebih terperinci tentang keburukan atau kelebihan sesuatu brand minyak, kita sebagai pengguna pilih saja yang mana dekat dihati.hehe..
Balik Alor Setar semalam wajiblah isi minyak. Aiman cepat je suarakan tentang kereta Petron yang dia lihat iklan di TV. Abahnya tu memang la mengalahkan anak bab koleksi kereta macam ni. Dari nak ambik sebijik sanggup tu tebus semua mata untuk dapatkan dua bijik terus. Pastu tak agak-agak cakap nanti nak beli lagi tiga bijik kereta untuk cukupkan koleksi.
Yang putih tu Aiman punya. Yang macam klasik kat bawah en suami punya. Macam best jugak la sebab kereta ni ada lampu, boleh bukak pintu sekali bunyi alarm. Boleh bunyikan enjin kereta dan jugak hon. Yang silver tu boleh bukak bonet belakang. Kemain dua beranak ni main kereta masing-masing. Lupa sekejap Aiman dengan B-Daman. As usual gaya abahnya main lebih dari budak kecik. Siap bergelap tutup lampu rumah nak testing lampu kereta.
Mari kita layan model kereta Petron beraksi di opis ibu.hakhak..
Stress ibu bila Afia tengah tidur asyiklah Aiman dok buat bising bunyikan kereta dia. Kereta ni boleh didapati disemua stesen minyak Petron berhampiran dengan harga RM20. Kalau ada Smile card boleh je tolak mata, 1 bijik kereta dengan 2000 jumlah mata. Ada 5 koleksi kereta kesemuanya. Sekian iklan.hehe..
25 comments:
oh adik manis... Qayyum pun dah mula suruh akak beli... aduh tension ni...
kenapa pulak awak punya cerita selalu tak update di blog akak ni... pelik pulak
Wah.. seronok kalau beli ni.. nak bawa naim ke petron jugala. Anak sulung saya ni mmg cukup suka buat koleksi kereta. Kalau dapat yg ada bunyi2 cukup suka lah naim..
Aiman kongsi minat yg sama dengan abah.. lg best tu
nasib baik kat sini takde petron. hehe..
kemainla aiman minat hobi mcm nie plak..lps nie penuhla umah dgn koleksi kete dia..ada wat koleksi ferrari shell x?
kalo uwais tau ni mesti dia nak jugak ni...kemain lagi aiman posing ngan kereta barunyer tu,,,
hehehe.. membayangkan dak Adik rosakkan kereta tiap kali membelinya.. ;)
maka sampai kesudah kami tak layan dah kemahuan dia nakkan kereta..
bila baca n3 ni..teringat pulak koleksi kereta ferrari shell..byk jugak beli kat Aqil..tp dah jahanam semua..sayang..
*bukan main lagi Aiman posing ngan kereta dia tu..pic yg last tu..macam dah besar jer Aiman..*
ok betul2... akak try remove lepas masukkan balik... dah update...
kita tengok selepas ni ye adik manis
wah yeker..agaknya ada lg tak...comel je keta tuu mmg sll isi minyak ctu sbb palig dkt ngan rumah
bestnya kereta ni.my hubby pun suka wat koleksi kete macam ni.nnti nak habaq kat dia.hehehe
sini takde petron.. bhp jer bersepah. hahaha.. syoklah kumpul kete.. sy pun suke. kihkih
Kerata tu lebih garang... bila dapat tuan dia main dgn kereta tu dgn muka garanag hahahha :D
Bagus abah Aiman. Main sama-sama itu satu cara mendekatkan diri dgn anak. Terapi minda juga ni... kongsi hobby yg sama..
Kakak tak pernah lagi isi minyak petron tau...
amboiii...kemain ye budak comel ni dpt keta Petron plak..hehe...makin byk lah koleksi keta mainan Aiman..:)
anak2 saya semua gegil, tu sebab tak byk kereta mcm tu kat rumah...
kalo dah abah minat anak apalagi kan..harus la minat jugak..
wahh menarik nie...sbb leh bukak2 pintu lampu bonet bagai...mcm nak belikan tuk dayyan gak laaa...anak tak kisah tapi mak yg meroyan nak beli ni kakaakakakaka....
lieya pun tak tetap ...kejap2 petronas, kejap2 shell, kejap2 petron...tgk mane2 yg ade contest haahahahaha ...tapi menang nye tak penah pun kah kah kah
comel keta tu..patut ler Aiman dan bapa Aiman minat...heheh..
sy tak pernah guna petron ni...
kereta tu cantik la, dulu shell pun ada keluarkan kereta² camni...byk jugak sy kumpul..pastu jadi mainan anak² trus da kemana da ilang..
like father like son hihi
wahh mengiklan lagi, dapat keta free ker kome? hahaha opkos la semangat, macam JJ semalam dapat satu toys ni nyala2 gitu la, sanggup dia bertapa dalam bilik gelap sorang2 semata2 nak tengok lampu.
Sukalah Aiman..ayah pun sekepala hehe... Agaknya org lelaki ni mmg suka belikan mainan anak kot...sama mcm hubby OKje...Okje yg naik geram sebab byk sangat mainan...nak simpan pun dah tak de tempat..
Model yang pegang kereta tu yang tak menahan. Tapikan PK, saya pun macam suka aje tengok kereta ni. Mahu berebut pulak dengan si anak-anak kat rumah tu. Kang dibalingnya ke lemari kaca, mak juga nangis kang!
Saya isi Shell sebabnya...kereta pertama saya warnanya kuning...hahaha!
hahahha en hubby PK sama cam en hubby saya... bila beli main cam gini... sure dia yang overacting dari anak... hahah
dah buat murni seyes.. x nampak berupdatenya lah entry murni ni.. murni ada tukar setting kat blog ke?? mama qayum pun sama .. kata x nampak huhuhu ...
ni kalau ayah amir tahu psl kereta ni.. dia mesti nak jugak.. kalau x isi minyak beli kereta jer bolehkan... gegegege
Post a Comment