Pixajoy

Friday, November 01, 2013

Home » Final Super Spontan

Final Super Spontan



Selamat bercuti panjang buat korang yang menikmatinya. Salam Awal Muharam , Selamat Tahun Baru. Aku esok Cuti Deepavali aku kena kerja, Awal Muharam pun kerja. Goyang kaki dapat duit siapa nak bagi ye tak. Boleh la shopping online.hakhak..

Aku ni nak kata selalu tengok tv tak la jugak. Tak sempat nak tengok TV ada juga. Asal malam je si bambam pandai merengek ajak ibu masuk bilik. Asal lepas maghrib je port kami memang dah dalam bilik, tu yang kadang-kadang dok paksa Aiman baca buku dan Iqra disiang hari. Malam hari tumpuan dekat si bambam. Geram dengan perangai Afia, nenen sekejap sibuk alihkan kepala tengok ibu berblog. Penyibuk betul!haha..

Bila dah mula berblog memang tak ingat la nak tengok cerita menarik kat TV. Kalau layan Super Spontan pun ulangan je kot. Selain Karoot Kamedia, Super Spontan ni antara rancangan lawak yang boleh buat aku gelak guling-guling. Suka tengok aksi spontan pelawak tanahair kita. Korang tak suka sudah!

Malam ni final Super Spontan buat kat Sungai Petani pulak memang takkan lepas peluang aku nak tengok. Kejap lagi lepas maghrib boleh bentang toto ajak si bambam buat kuak lentang depan TV. En suami dan Aiman boleh join ibu bergelak ketawa sama. Harap best la. Aku dah gigih nak terpacak depan TV jangan bagi aku menyesal sudah.

Lately aku bengang dengan line wifi aku yang lembap gila. Tengah syok dok BW, dah baca entry nak komen tak boleh. Nak suruh korang tukar kotak komen semata-mata kerana aku macam tak releven.  Nak up entry dengan gambar pun berjanggut tunggu. Tangan dah gigil nak update, aku boring sensorang kat opis.hehe..





2 comments:

lizz said... Best Blogger Tips

Dah lama tak nengok tv...oo ader super spontan final ek...mesti klako ni

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Oh, ni kes berblogging masa kat ofislah ya? Tak baik tahu...

Oh, alahai, macamlah saya tak biasa buat kerja-kerja macam ni. PK kalau pun line tak clear, jgn lupa baca entri saya yg panjang tu buat tatapan masa takda kerja ya! :D