Pixajoy

Saturday, November 02, 2013

Home » Laksa Lepas Bersalin

Laksa Lepas Bersalin



Orang tua-tua kata laksa antara makanan kena pantang lama lepas bersalin. Tak boleh makan laksa tu sendiri aku pun tak tahu sebab apa. Kalau laksa beras buatan sendiri boleh katanya. Oh baru aku teringat, katanya laksa ni dimasak dua kali, jadi kesalahan besar bagi orang lepas bersalin makan. Kuahnya pulak dikatakan punca angin ( dari daun kesum dan bunga kantan), juga bahan-bahan hiasan macam timun tu semua dikatakan sejuk.

Sejak bersalin (dah 6 bulan) aku masih lagi la pantang makan laksa. Yang lain so far telah berjaya aku bedal. Lagipun masa pregnant aku selalu buat laksa, jadi tak teringin langsung nak makan. Baru ni en suami bawak balik ikan kembung. Kalau dibiar ikan temenung dalam freezer memang tak laku la kat rumah ni. Makan ikan semua mewah-mewah. Untung la free.haha 

Daripada membazir aku merancang buat kuah laksa. Pulak tu ada periuk tanah memang cantik la buat laksa buyung. Masa panaskan kuah en suami dok tanya masak apa? Bau macam gula merah, Wangi..sungguh! patut la orang kata laksa buyung sedap. En suami yang tak minat laksa tu pun suruh sediakan sepinggan, makan siap tambah.


Aku buat versi tak langgar pantang la ekk. Kuah tanpa daun kesum dan bunga kantan. Laksa pulak tukar kepada koteaw. Saja buat kuah pekat sikit sebab ikan banyak tak padan dengan koteaw.  Aiman pun suka. Yummy!








20 comments:

NzA said... Best Blogger Tips

Kuah pekat likat. Smpai sini terasa keenakNnya.

hainom OKje said... Best Blogger Tips

Hubby memancing ke PK? Sampai berpikul dapatnya hehe.....
Bila tengok laksa ni ingat lagi....arwah abah masa sakit sebelum nak meninggal suka beno makan laksa....arwah ckp laksa ni mee penang.... Terkilan sebab tak tahu buat masa tu....tunggu je beli kat Pasar Malam....
Bagus gak idea ni....tukar kuew tiaw kan...

Aisy Nasiha said... Best Blogger Tips

Saya pun ikut pantang ni..laksa n pulut makan lepas setahun lebih... risau juga nati dah tua sakit badan kalau tak jaga...tapi laksa ni rasanya saaya belum makan lagi walaupun nazif dah nak 15 bulan tak lama lagi..

Setuju dengan okje, kreatif la laksa PK ni, boleh rasa macam laksa walaupun masih lagi tak nak sentuh laksa betul..

umi alya said... Best Blogger Tips

akak mmg hantu laksa, tengok jer terus mengidam

Farid NZ said... Best Blogger Tips

X penah makan laksa telur mata.. Kena cuba ni-)

husna zahidi said... Best Blogger Tips

time keje part time kat kdai mkn dulu, ada org pnah order laksa campur telur mata, husna tkajut kot terus bawak order masuk gtaw tokey..dya kata mmg ada dan yg pnting sedap.. so skarang ni tgk lksa dgn tlur mata dah tak plik lagi..hehehe..

mama pnah bgtaw, bunga kntan angin..tp itu feveret husna kalau mkn laksa..=(

eita said... Best Blogger Tips

laaa..kuteow rupanyer..ingat kan laksang tadi...

aTieYusof Family said... Best Blogger Tips

Sedap nya nengok.sini klu teringin laksa mmg kena buat sendiri. ..idea br tukar dgn kuew tiaw kn..:)

ada said... Best Blogger Tips

org tua2 kate xleh mkn laksa sbbnye laksa tu kan pjg berurat2..nnt sakit urat atau bentan urat..wallahua'lam..mmg tak berani cuba sbb dh tau camane sakitnye bentan urat..huhuhu

adrianna syaz said... Best Blogger Tips

Akak..mintak sikit..lama x mkn laksa ni...dulu ada mkn laksa kedah dkt pdg polo ipoh..mmg sgt sedp..tambah bebola ikan kat dalam..mmg leh abes 2 mngkuk ni..hehe

Amanda Suria said... Best Blogger Tips

SA first time dengar ni....

.:fyzz:. said... Best Blogger Tips

ni adalah transformasi.yg best tuh ada teloq mata sebijik.......msti best nih heheh

Puan Mell said... Best Blogger Tips

i dah langgar pantang masa syukrii 8bulan. kohkoh.. laksa is my pebret. xbleh tahan. semalam baru melantak laksa.. haiyaa....

MulutPayau said... Best Blogger Tips

akak dulu pun setahun pantang makan laksa...
terliur pulak tengok laksa kuew tiau tu..

Masya said... Best Blogger Tips

Hahahaha bab mkn ade jer akalnya x dapat dgn laksa kuah laksa dgm kotiaw pun jadi yer

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Saya pun suka laksa ni tapi tak terfikir pulak nak buat dengan kue teaw. Saya yang tengok ni pun terliur lah PK.

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

alaaaaa.... kenapa nampak sedap sangat ni! bak mai semangkuk...

Ahlam Miera Amirul Shafie said... Best Blogger Tips

nampak sedap... dgn kuah yg pekat... hehehe tgk gmbr dh meleleh.. belum makan lagi... huhuhu

Che Rosliza Che Mat said... Best Blogger Tips

pekatnya kuah...pasti sedap..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

bestnya dapat ikan free camgini.. saya nak buat laksa pun rasa sayang.. yela, rasa mcm lg elok buat lauk.. hihii

kalau berlebih2 + dapat free cam muni ni mesti saya pun wat laksa.. :-)