Pixajoy

Thursday, November 21, 2013

Home » Pertama Kali Demam

Pertama Kali Demam



Aku suspek dah dua tiga hari badan si bambam macam dedar. Semalam ambik Afia lepas balik kerja pengasuh dah tegur kepala Afia panas sikit. Masa aku ambik dia buat muka toya je. Buat tak kenal ibu dengan muka takde perasaaan dia tu. Ingatkan takde benda la. Afia memang suka buat muka takde perasaan bila sesiapa pun dukung. Dia takkan nangis even orang yang tak kenal pegang. Paling kuat pun dia belek atas bawah muka orang tu seolah tak puas hati. Yang hairannya sampai balik rumah pun dia dah kurang senyum. Time ni mungkin mood dia dah kurang baik. 

Malam tadi badan Afia dah mula panas. Begitu pun dia agak nyenyak tidur tak dengar langsung suara rengekan menunjukkan dia tak sihat. Bila tengah malam aku perasan Afia kerap terjaga, dua tiga hari ni pun susu aku dok merudum tak tau pasal apa jadi aku budget Afia tak puas menyusu. Kejap-kejap dengar suara dia, dah nenen tertidur kejap pastu terjaga lagi berterusan macam tu sampai pagi. 

Badan dia panas tak kuat mana tapi cukup membuatkan aku gabra. Ini pertama kali Afia demam. Takut gak kalau dia panas dalam. Sekitar 5 pagi aku bangun terus bukak baju lengan panjang dia, ambik tuala kecik basahkan dan lap seluruh badan. Lepas tu aku tukar bagi pakai singlet dan masukkan dalam buai bagi Afia sambung tidur. Bangun dari tidur dia mula merengek dah. Kesian si bambam ibu.




Aku agah pun dia buat muka tak layan. Nak hantar pengasuh tak sampai hati pulak bila anak tak sihat. Hari ni aku ambik cuti kecemasan. Awal pagi aku dah mandikan Afia. Harap demam Afia tak berlarutan. Kejap lagi nak bawak pi klinik. En suami kerja malam ni haru plak kalau Afia demam panas aku sorang diri nak handle. Doakan Afia cepat sembuh dan kembali tersenyum ye!





19 comments:

Montana said... Best Blogger Tips

siannyaa...semoga cepat sembuh

Joanna Yunus said... Best Blogger Tips

afia bambam mama qs cepat sihat ye sayang... rindu nak tgk senyum afia

Montana said... Best Blogger Tips

siannyaa...semoga cepat sembuh

Fizalinolie said... Best Blogger Tips

Ala.. Siannya Afia. Semoga cepat sembuh yer...

Nurfaezah Abdullah said... Best Blogger Tips

seomga adik afia kembali sihat Aamiin :) senyum ckit dik, jgn ler tyg muka toyo kat ibu mcm tu hehehe.

- AZIE - said... Best Blogger Tips

afia cpt sembuh tau syg...kesian kalo bb demam..ehh bila tgk afia..mesti rindu dkt qisya..diorg sepesen kot..bambam hehehehe

Sura Mohd said... Best Blogger Tips

kesiannya..budak bambam demam..akak kalau anak kecik demam memang risau..Afif pun baru baik demam..nasib baik tak melarat, bagi ubat demam jer..takyah antibiotik..
Moga Afia cepat sembuh dan kembali tersenyum seperti biasa..

Mummydearie said... Best Blogger Tips

Alahai, kesiannya menantu Mommy demam. Muka pun dah tak manis dah ni tak mo senyum langsung. Cepat sembuh ya, baby...sedih Mommy (eh mengada-ngadanya) tengok Afia tak sihat!

Puan Mell said... Best Blogger Tips

kesiannya afia.. moga cepat sembuh dak bambam.. muke pun kelat jer..

umi alya said... Best Blogger Tips

demam nak besar.. insya allah cepat baik tu

Kesuma Angsana said... Best Blogger Tips

ala siannyer... cepat sembuh yer sayang !

Time Traveller said... Best Blogger Tips

Cian nyer.. muka tonyer je..
cepat sembuh boleh uncle bawa naik rollercoster :D hehehee..

Nastyna said... Best Blogger Tips

alaa demam... nak tumbuh gigi kot. cepat sembuh yer sayang, mesti dia rasa macam lemah2 tak sedap badan kan.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Kesiannya. semoga cepat sembuh ya dear..

Aty_Fared said... Best Blogger Tips

musim kot..anak saye pon ngah on off demam ni..risau...

Chot said... Best Blogger Tips

Dah sihat afia kak...? Cepat sihat ye baby. Senyum pun xmo dah ye

Masya said... Best Blogger Tips

demam nak besar ni.. ke.. nak tumbuh gigi...

lizz said... Best Blogger Tips

ololo afia comey ni demam yer...moga afiacepat sembuh yer...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Siannya si comel ni