Pixajoy

Saturday, December 15, 2018

Home » Johor Trip

Johor Trip



Sebelum kenangan hilang di bawa arus masa, mari update kisah Johor. 5 hari kami di Punggai rumah Pak Usu (adik MIL). Ni rekod paling lama rasanya kami balik Johor, selalu paling kuat 2 malam je.  Entry ni penuh dengan gambar.. bertabahlah scroll sampai bawah malas nak buat by part sekali harung sini ja.

Petang Rabu kami terus tolak balik Johor sekali dengan adik ipar dan anak-anak dia. Bertolak dah petang, sampai Bandar Penawar gelap dah pun, berhenti kejap kena roti roti canai mamak. Teruja tengok Bandar Penawar dah berkembang pesat,  maju sungguh sekarang.. masa kami dok Johor dulu hutan ja kiri kanan.

Aryan sado 

Acik depa join sekali (adik ipar)  

Sampai rumah Pak Usu dah malam. Aryan sado punya seronok dok jerit kira satu dua tiga sampai sepuluh, excited kot ramai orang. Esoknya aku bawa budak-budak ni pusing kawasan rumah melawat tumbuhan yang ada. Roadschooling la kan masa cuti pun suatu proses pembelajaran bagi anak-anak.





Abah (FIL)  merap Mak Usu minta buatkan pau goreng, pastu Acik depa buat karipap, Mak Ngah pula mai hantar dua biji kek, jenuh la tambah kalori. Esok lusa dan hari seterusnya Mak Usu buat donut gula, donut sambal, roti jala, pau kukus, bubur pulut hitam, dapat pulak minum air kelapa fresh from pokok.. owhh heavennya! 

Antara yang sempat mamarazi snap.hehe

Pak Usu (adik MIL) dan mak. Sempat aku snap masa kat rumah Mak Ngah  

Siap nak ke Semenchu rumah Tok Busu (mak saudara MIL) 

Anak adik ipar dan anak-anak Pak Usu. 

Another pic yang sempat snap

Balik dari rumah Tok Busu kami terus ke Tanjung Pengelih, tempat kerja lama aku dulu. 5 tahun kami kat sini membina hidup. Kira banyak sejarah jatuh bangun kami kat sini. Berapa kali dah lepas pindah kami balik Johor tapi tak sempat nak pergi jumpa kawan-kawan lama.. Alhamdulillah kali ni sempat juga mengulit kenangan. 

Disini lahirnya pelaut TLDM

How i miss this place

Kak Atie duty haritu sempat la jumpa peluk cium melepas rindu. 

Depa pun nak pose jugak

Hari ke empat kat sini dah plan nak tolak balik Pekan semula rumah adik ipar tapi Abang Nua dan Kak Radiah ( rakan sekerja kdsi) kata nak datang rumah, semalam masa pergi Kdsi call depa tak ada kat rumah.

Sempat bergambar kenangan

Terima kasih sudi datang jumpa

Lepas depa balik tup tup FIL kata postpone esok la balik,  harini jom kita pi JB rumah Tok haji (keluarga angkat FIL). Sebelum tu ajak bergambar kenangan dengan Mak Usu dan anak-anak.  Pak Usu kerja tak dapat join sekali ke JB. 




Kak Long depa pun teringin pinjam bunga atas kepala ajal wefie. Haha

On the way ke JB singgah pekena cendol kat satu gerai ni depa kata sempoi tapi tak best pun. FIL dan en suami memang peminat cendol, mana pergi pun jumpa cendol mesti singgah.. so takat cendol ni memang so so je la bagi kami.

Rasa manis gula kurang lemak tak kena taste aku sangat tapi boleh la telan

Sempat snap ni je. Haha.. Kat rumah Tok Haji tak teringat nak keluarkan hp pun

On the way balik rumah Pak Usu semula kami singgah makan kat Pasak. Ni kira antara port kami selalu singgah makan waktu dok Johor dulu.

Aryan sado tak berapa sihat sangat. Mula Kak Pia demam pastu jangkit dia

Sementara tunggu order sampai

Kat sini specialnya ada sate babat.. tapi aku tak snap pun..

Mee Bandung Muar ni je sempat snap. Lagipun ada FIL MIL aku macam segan sikit.. Kontrol banyak la hobi aku yang suka snap pic makanan.hahaha


Perjalanan balik Pekan pun banyak tempat juga kami singgah, nanti sambung next entry.









1 comments:

fiza linolie said... Best Blogger Tips

Kan... Kekadang naik segan ambik gambar makanan bila duduk semeja dgn mertua atau sedara mara. 😂