Pixajoy

Sunday, January 22, 2012

Home » Demam Pisang Emas

Demam Pisang Emas



Sebenarnya sudah lama en suami kepingin makan kek pisang. Malam tadi dengan penuh semangat berkobar beliau keluar membeli pisang emas. Dengan pantasnya en suami memberi arahan supaya aku membaking kek lantas berpesan, " boh pisang banyak-banyak, biaq lembik, saya suka yang lembik-lembik..". Hati kecil aku hanya mampu memprotes. Ikut resepi carian google, aku hanya perlu letak 4 biji pisang sahaja. 


Lupakan pasal kek lembik permintaan en suami yang sebenarnya lepas siap baking tak menunjukkan rupa lembik namun naik cantik even tak gebu. Ini mungkin akibat derhaka kepada permintaan suami. Terlebih tepung rasanya kek aku.haha..Tapi Aiman tetap puji kek ibu sedap! Kerana stok pisang yang sangat banyak di dapur, kami sekeluarga kena demam pisang emas. Pagi ini aku bikin cekodok pisang pula.


Hitam manis yang hitam manis,
pandang tak jemu..pandang tak jemu..


Khasiat Pisang Dari Sudut Kesihatan :

  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

Baru aku tau p
isang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya. Susah gak nak cari tu. Korang pernah dengar Pisang Kelat Keling? Serius kelakar nama pisang ni.haha.. Untuk membaca lebih lanjut mengenai Khasiat Pisang, KLIK SINI. Lepas ni nak buat resepi apa pulak dengan pisang emas ni ekk?








21 comments:

msredcheesecake said... Best Blogger Tips

Sy sgt suka cekodok pisang.... Geram je tengok bulat2 tu....

Rapunzel Cikilolo said... Best Blogger Tips

cikodok pisang.. bestnye :)

hatiputera said... Best Blogger Tips

pisang emas dibawa belayar,,,favorite saya tu cekodok pisang emas,,,saya memang suka kalau kek pisang yang lembik....

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Sedap. Samala... Aritu sya buat muffin. Resepi asal soh letak 80gm pisang. Saya letak 120gm. Sedap, tapi hubby kata saya kedekut pisang! Nk letak lebih lagi, takut lembik!

Gud boy aiman. Hahaha

Jendela Hati said... Best Blogger Tips

sedapnya makan panas2...

salam singgah...

hyz said... Best Blogger Tips

pisang emas camno rupanye ek? hahah sy tau rupa pisang tanduk je. yang lain2 saya tak tahu nama.

klcitizen cikgunormah said... Best Blogger Tips

lepas ni buat lempeng pisang le atau lepat pisang :)

azura said... Best Blogger Tips

saya cekodok dengan kek pisang memang suka makan, pisang berangan paling sukalah...pernah dulu tak reti mana satu pisang makan saya tangan kat pasar "cik, mana satu pisang terus makan" cik tu terus gelak2

ayu jamal said... Best Blogger Tips

yang tang kemurungan tu ayu suka

si robot comel said... Best Blogger Tips

cekodok pisang feveret tu...

هانيم إرشاد said... Best Blogger Tips

sedapnye makan cekodok pisang panas-2! :)

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

buat lempeg pisang pun sdap jugak ni muni.. tmbah2 lg time ujan camgini.. best je mkn panas2..hihii

hubby sy pun sk mkn pisang.. :-) kalu buat cekodok kan, sy syorkan muni try guna pisang berangan.. masyaAllah.. punyalah wangi.. hubby dkt pagar umah balik keje dah blh tegur.. dr luar rumah lg dia dh bau wangi,,hiihiii

lg satu, isi cekodok tu jd berurat je mcm kek pisang tu,.. :-)

K O R I E said... Best Blogger Tips

pisang kelat keling?

hahaha.. lawak la bunyiknya..
keling yg xboleh tahan tuh ;p

azfarakatsuki said... Best Blogger Tips

hahaha...jgn derhaka yer... :))

http://dzuandiey.com

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

alaaa.... dah terlepas nak buat cekodok pisang. aritu beli pisang emas byk, tapi last2 takde org makan dah jadi makanan en tong samp...

entah kenapa tak ingat pun nak buat cekodok ni... ruginyaaaa!

fieda said... Best Blogger Tips

saya pun suka cekodok pisang...pisang kelat keling pernah dgr tp tak pernah tgk lagi..

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

org pkai susuk kan xleh mkn pisang emas..haha..;p

sedapnya cekodok pisang!

chii said... Best Blogger Tips

mmg layan makan cekodok pisang..lebih2 time lapa..pastu panas2 lagik..nk lagi best..ada kuah cicah,,sama ada asam pesas or kari..yummmyy

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

pisang fevret hani eni ... pisang emas !

same lak kite,stok pisang banyak le pulok ... mentua bawak dr kampung ... tp sume ijau2 lagi , baru ade yg masak sikit2 .. igt nk goreng kot esok2 ...

hanie pun suke kek pisang lembik2 tu.. yg separa mentah pun suke .. erk ! :p

Jasmine.white08 said... Best Blogger Tips

Salam kenal, walau saya agak bingung membaca tulisan dalam bahasa malaysia. Apakah makanan tersebut di Indonesia dinamakan pisang goreng.

Anonymous said... Best Blogger Tips

Saya agak bingung membaca tulisan anda dalam bahasa malaysia. Tapi menarik sekali dibaca. Menurut saya di Indonesia namanya pisang goreng.