Pixajoy

Saturday, January 21, 2012

Home » Idea Menu Kreatif Dengan Oat

Idea Menu Kreatif Dengan Oat


Apa korang sarapan hari ni? Aku cuma minum air oat dengan cornflakes. Lepas ni dan seterusnya kena biasakan anak tekak makan oat sebab hari tu timbang berat aku dah naik 3kg. En suami hari-hari kata aku gemuk kononnya nak bagi semangat.haha..Memang agak tension bila badan mula gemuk. Nak pakai baju  apa pun takut, cari dalam almari yang besar-besar je. Kesian aku!hehe..


Kata SSL, jom kembali kejalan yang lurus. Oat ini banyak khasiatnya. KLIK je Khasiat Oat. Sebenarnya oat merupakan sajian yang sangat sedap jika kena cara penyediaannya kan. Hari ni aku nak kongsi cara penyediaan oat supaya kita boleh berkreatif dalam menu harian sekeluarga.

  • Buat air minuman panas dengan sedikit gula, makan dengan cornflakes, coca crunch atau apa saja bijirin sarapan kegemaran kita. 
  • Bagi oat yang dimasak, kita boleh makan dengan buah atau lauk pauk seperti ikan, ayam, sayur dan sebagainya (sama macam makan nasi).
  • Jika ingin makan oat dicampur dengan susu, pastikan kita mencampur sedikit garam. Selain itu, tambah hirisan campuran buah-buahan kesukaan.
  • Kuah kari akan lebih sedap dan pekat dengan menambah emping oat. Bagi yang kretif, oat boleh dicampur di dalam resepi rendang malah oat boleh juga dibuat bergedil. Pendek kata dalam semua masakan boleh taruk.
  • Kita juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, korang boleh memancing selera anak-anak dan suami serta mendapat manfaat kesihatan daripada oat.
  • Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat. Sesekali kalau rajin gila, buat biskut atau kek oat untuk minum petang. Jangan nak tunggu raya je baru nak buat. keke. 
  • Boleh juga cuba Resepi Cekodok Oat
  • Emping oat disangai paling mudah. Sangai diatas kuali, tambah gula dan garam. Hasilnya, emping yang rangup, garing dan merupakan makanan ringan yang sedap serta berkhasiat. 


Jom makan oat!













13 comments:

Rapunzel Cikilolo said... Best Blogger Tips

ta suke oat... tapi tetap gemuk juge. hihi!

hyz said... Best Blogger Tips

letak dlm kari? errrrrr mcm takut je nak melakukan aksi tu. hahahha pn kutu buat ke? ehem3...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

oat ni slh satu fav alisha.. balik je chemor mesti nak mkn oat atok dia.. atok alisha mkn oat dia tambah dgn beras merah..

buat kat atok, mesti kene wat jugak utk alisha..hihii

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Stay healthy dengan oat

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

betul3...oat ni byk khasiatnya... kalau kena gaya mmg boleh kenyang makan oat ni.

tapi... daku nak diet blm boleh lagi. tunggu hujung thn... hehe...

NzA said... Best Blogger Tips

golek2 ayah dan goreng pn sodap.....

Wira Chomel said... Best Blogger Tips

buat ayam goreng salut dengan oat pun boleh jugak puan..mesti penah wat kan? dulu sy makan oat tu ngn ikan bilis goreng..sedap jugak

Wira Chomel recently posted Serius: Santet, Sihir & Dendam Akan Memakan Diri Sendiri

titan said... Best Blogger Tips

ramai juga ye suka benda nih..hemm, kena cuba gak ni..

azfarakatsuki said... Best Blogger Tips

erkk...amat tidak suka...boleh ganti dgn kuetiau goreng tak?..hahah

http://dzuandiey.com

fieda said... Best Blogger Tips

ye betul tu oats mmg byk khasiat..nak2 untuk merendahkan kolestrol kan..

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

oat..xsuka..wuuu :(

chii said... Best Blogger Tips

seriusly..chii hanya mampu makan oat 2-3 sudu je..selebihnya..mmg kirim salam la..walaupun byk kebaikan mkn oat nih :p

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

oat bagus utk serap kolestrol ... den pun dah lame xmkn oat nih ... lama jugak xtimbang bdn ..

smgt diet kutu..smgt ! ;)