Pixajoy

Monday, January 16, 2012

Home » Ajar Anak Berbudi Bahasa

Ajar Anak Berbudi Bahasa



Ramai anak-anak sekarang belajar berkomunikasi dengan rakan-rakan sebaya mereka. Akibatnya anak mempelajari bahasa kasar. Oleh itu dedahkan hidup anak kita dengan persekitaran yang cemerlang. Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah satu proses yang berterusan. Usia tiga sehingga lima tahun adalah waktu utama untuk mengajar anak mengenai budi bahasa. Pada peringkat umur ini, mereka suka akan peraturan secara umum dan suka sesuatu yang baru dalam hidupnya. 




Ajar anak mengenai apa itu hormat 
Ini secara tak langsung mengajar anak menghormati orang lain. Cakap dengan elok kepada anak. Tingkah laku kita akan membuatkan dia melakukan perkara yang sama kepada orang lain. 


Praktik kesopanan dalam keluarga
Praktikkan dan jadikan perkataan 'tolong' dan 'terima kasih' suatu ungkapan wajib dalam keluarga. Guna perkataan tolong apabila kita meminta anak mengambil barang yang kita mahu. Jika anak lupa mengucapkan terima kasih, cuba katakan, " ibu tunggu nie.." pastinya anak akan sedar bahawa kita menunggu dia mengucapkan terima kasih. 


Mengungkapkan penggunaan ayat dengan betul
Jika anak menggunakan perkataan "Aiman nak air", betulkan penggunaan ayatnya dengan " Boleh ibu tolong ambilkan Aiman air?. Minta anak ulangi ungkapan tu. Kita kena ulangi penggunaan ayat seperti itu dalam setiap situasi. So far Aiman sudah terbiasa dengan perkataan tolong dan terima kasih, semoga berterusan Insyaallah.


Mudah meminta maaf dan memaafkan
Galakkan anak untuk meminta maaf jika dia melakukan perbuatan yang kita tidak suka. Jadikan ungkapan maaf sebagai satu perkara biasa. Kalau Aiman ayat yang selalu keluar adalah, "Ampun ibu..ampun abah..".hehe


Mudah memberikan pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak. Beri pujian jika anak melakukan perkara yang betul berbanding memberi kritikan. Beritahu pada anak bahawa kita bangga apabila dia menunjukkan sikap sopan setiap masa.


Salam
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan dan mencium tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua darinya. Ini mampu melahirkan rasa hormat dalam diri anak. Jangan lupa ajar tertib menggunakan telefon seperti mengucapkan salam sebelum memulakan perbualan.

Bantu lakukan kerja rumah 
Biarkan anak lakukan kerja rumah yang mudah supaya memberi pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah. Angkat pinggan lepas makan memang susah menjadi amalan Aiman. Kadang-kadang Aiman menyibuk juga nak tolong basuh baju dan menawarkan diri untuk bantu ibu angkat baju di ampaian.


Jangan terlalu inginkan hasil yang cepat
Dalam tempoh mengajar anak mengenai budi bahasa, pelbagai kesalahan dilakukan. Ia bukanlah proses yang mudah. Anak kita kan belajar melalui kesilapan yang dilakukannya.















18 comments:

Shafiq said... Best Blogger Tips

Salam
Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya..
Selamat Berblog..

shafiqhashim.blogspot.com

Cikpuan rara said... Best Blogger Tips

amboiii bawak kete g sekolah eh.

fatin amalina husna said... Best Blogger Tips

betol2..waktu diorg kcil lar ptot ppuk nilai2 camnie..hehe..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

Mudah memberikan pujian, SALAM,
Bantu lakukan kerja rumah.. ni saya dah praktikkan... cam alisha selalulah tlg saya angkut baca yg dah lipat masuk bilik walapun baju tu macam dah xberlipat bila sampai kat bilik...hahhah tp redha je la.. ttp puji alisha bagus... rajin tolong ibu.. terima kasih.. :-)

lps tu, alisha akn terpuk tangan...hihii.. tgk, btapa seronoknya ank bila kita puji dia kan.. :-)

xsabar nak tunggu alisha pandai bercakap cam aijman pulak.. nanti blh ajar alisha ckp mcm2 pulak..hihii

kakyong said... Best Blogger Tips

ni memang kena ajar dr usia awal.. kena mula dari rumah..

perenggan akhir tu memang sgt setuju.. dlm nak ajar anak ni, ajar lah apa pun, semuanya akan ambil masa sebelum anak nak jadi biasa.. kan.. ;)

ensemnya aiman dgn sunglasses..

Kakzakie said... Best Blogger Tips

Kakak dulu ada seorg pembantu rumah yg amat menitik-beratkan sopan tapi sayangnya kerja cuma 3 tahun je... sebab nak kawin. Dia mesti betulkan ayat anak kakak kalau tak ada perkataan tolong dan terima kasih pada masa tertentu...

Cik Rose Cute said... Best Blogger Tips

suka entry puan kutu...memang patut ajar anak cara untuk hormat orang yg lebih tua...

fieda said... Best Blogger Tips

btul tu dari kecik la nk kena ajar sume mende ni..

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

parent aku tegas masa kitrg masih kecik kecik. kalau ada tamu semua tak bole nyibuk nak duk sekali dgr org tua borak. apatah lagi nak menyampuk.

kalau nak lalu depan org kene tunduk sedikit.

kalau buat kerja tak boel keletang keletung. nak tutup pintu pun kene slow. kang abah aku jerit dari luar. "nak roboh dah pintu tu!". hahahaha

Dalila Hamid said... Best Blogger Tips

tq kongsi info.... mmg kena ajar dari kecik lagi...

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Betul tu! Kena la didik dari kecik.
Sedih sgt bila dengar ayat "mak dia tak ajar agaknya". Parents pasti ajar yg baik2 dkt anak2. Cuma kadang2, pengaruh luar lebih hebat. Sampai bila besar, anak2 lupa ajaran mak bapak dia dulu

Cik Rose Cute said... Best Blogger Tips

Join join Contest..

http://butikfiqra.blogspot.com/2012/01/first-giveaway-by-butik-fiqra.html

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

btol2..dr kecik lagi kena didik..

bgtau mn y slh..mn y betul..:)

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

pakwe girl tu mungkin malu kot. hahha. tak pun bukan pakwe dia. tp still kene la gentlemen kan.

chii said... Best Blogger Tips

secara jujur..chii suka cara muni didik aiman...mmg terbaik..insya Allah..akan chii jadikan panduan kalo chii da ada anak sendiri nnt..heheh :)

puanbee said... Best Blogger Tips

hai aiman ,

budi bahasa banyak kategori tu , yang penting kita tunjuk contoh yang baik depan mereka , kemudian jika mereka terikut2 kawan pun kita boleh tegur .. jgn kita tegur tp kita buat nanti budak2 pertikaikan ..

Qaseh Gifts said... Best Blogger Tips

Terima kaih kongsi. Kalau nak mulakan didik anak-anak dengan budi bahasa, paling mudah boleh mulakan dgnmemberi salam, ucapan 'tolong' dan 'terima kasih'.

Cerita mengenai hadiah paling tidak ternilai - Siapa Temple Gardin?

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

haa.. yg last tu le klemahan sy ... sbb tu xleh jd cekgu .. tp skrg ni dah byk le improve .. haha

amboi ensem aiman :p