Pixajoy

Tuesday, January 31, 2012

Home » Indahnya Menjadi Wanita

Indahnya Menjadi Wanita



Tahukah korang betapa indahnya kita dilahirkan sebagai wanita?


1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.


3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 lelaki yang jahat.


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.


8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.


9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal darpada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidaari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.


10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.


11. Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah, akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.


12. Wanita yang menguli tepung dengan Bismillah, Allah akan berkati rezekinya.


13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.


14. Wanita yang menjaga solatnya, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.


15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.


16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.


17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun pahala solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.


18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.


19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.


20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.


21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.


22. Jika wanita memicit suaminya tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suaminya apabila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.


23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.


24. Jika suami mengajar isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.


25. Sabda Rasulullah SAW: 'DOA SEORANG WANITA LEBIH CEPAT DIMAKBULKAN OLEH ALLAH BERBANDING KAUM LELAKI KERANA SIFAT PENYAYANG YANG MEREKA MILIKI'




Macam nak menangis  pulak aku baca. Alhamdulillah...










30 comments:

puanbee said... Best Blogger Tips

seronoknya kalau bee wanita di atas hehe malangnya tk cukup sempurna lagi ni ..

ohcikgu said... Best Blogger Tips

dan jangan lupa..wanita juga boleh buat lelaki buat banyak kesilapan..hehe..

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Owh... Sedang kutip yg no 7 tu. dh dua malam. Utk anak tersayang.

MaryaYusof said... Best Blogger Tips

Salam Puan Kutu,

Hola!

Bertuahnya kita kerana kitalah wanita itu...!

Terpulang pd kita samada mahu melepaskan atau mengambilnya sahaja :)

Semoga kita dikalangan wanita-wanita yg dimuliakan...Amin~

Adzrien Shoppe said... Best Blogger Tips

entry terbaik murni.. reminder buat kak liza ni

shraqs said... Best Blogger Tips

jadi wanita ni klau kena caranya memang mudah bau syurga dan begitu juga sebaliknya

Masya said... Best Blogger Tips

biarlah tdk sempurna dimata org lain tai sempurna dimata suami dan anak²kan..

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sbb tu..kt msti bsyukur sgt..sbb dilahirkan sbg wanita..penuh kehormatan..cuma.. kita sbg wanita..msti mnjaga tatatertib sbg sorang wanita.

LYAfrina said... Best Blogger Tips

sbb tu..kt msti bsyukur sgt..sbb dilahirkan sbg wanita..penuh kehormatan..cuma.. kita sbg wanita..msti mnjaga tatatertib sbg sorang wanita.

Izan Ishak said... Best Blogger Tips

indahnya menajdi seorang wanita... harap2 kita boleh jadi yg terbaik...

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

tibA2 BERGENNAG AIRMATA.. lbh2 lg bila baca

"Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya."

sgt mudah utk perempuan mndapat pahala.. tp jugak sgt mudah untuk dpt dosa..

-Incek Fik- said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah.. manfaatkan peluang yang telah diberi kepada kaum hawa oleh Allah ni untuk melakukan lebih banyak amal ibadat dengan seikhlas hati agar mendapat keredhaan dariNya..

^^

Cik FaRiZaM said... Best Blogger Tips

setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan, so sama sama lah kite perbaiki kelemahan kite....dan jangan sesakali riak or takabbur dengan kelebihan yg kite ada.

Cik FaRiZaM said... Best Blogger Tips

setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan, so sama sama lah kite perbaiki kelemahan kite....dan jangan sesakali riak or takabbur dengan kelebihan yg kite ada.

Dalila Hamid said... Best Blogger Tips

bagus info ni... terasa kerdil ja diri ini... :)... mlm tdi hbis kami punggah hamper2 tu.... hhhaaa

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Alhamdulillah, bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita..

Ila said... Best Blogger Tips

untungnya jadi wanita kan

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

Alhamdulilah,bersyukur kpd ALLAH sbb dilahirkn sebagai seorg wanita...

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

bangga aku dilahirkan sbg wanita. tp masih berusaha utk mendapat wajib syurga tu.

now taman buaya dah ok rasanya ari tu aku tgk dari luar je. tak masuk pun. dia bukak utk sesi malam jugak. opposite zoo tu la. mana lagi. pegi la tunggang kuda. bole feeling jadi fantagiro kejap.

MulutPayau said... Best Blogger Tips

Dik...terima kasih atas prkngsian ni...Bertuahnya mnjadi wanita...

hyz said... Best Blogger Tips

alhamdulillah. tapi sayang x ramai wanita yang bersyukur

kakyong said... Best Blogger Tips

hebat jika dpt menjadi spt itu.. tp ada byk lagi yg belum dpt disempurnakan dgn sebaik2nya..

هانيم إرشاد said... Best Blogger Tips

rase nye dop ckup sempurna lagi :(

DySha.Pink◕‿◕✿ said... Best Blogger Tips

tq 4 da info^^

Zura said... Best Blogger Tips

untung jd wanita nie..

Cik Rose Cute said... Best Blogger Tips

Bertuahnya kita jadik wanita...Lelaki2 di luar sana jangan jeles tau hehehe..

NzA said... Best Blogger Tips

dan disebalik kelebihan yg Allah kurniakan, wanita juga adalah penghuni neraka yg plg ramai..nauzubillah......

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

sgt suke baca bnd ni berkali2 .. :)

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..:)

SHAHZEE said... Best Blogger Tips

alhamdulillah..mudah2an kita tergolong dalam kalangan yang di rahmati Allah