Pixajoy

Thursday, January 05, 2012

Home » Makanan Ringan Berbahaya

Makanan Ringan Berbahaya


Seperti yang kita semua sedia maklum, makanan ringan adalah makanan yang tidak sihat untuk kesihatan. Dewasa ini kita dilambakkan dengan pelbagai jenis makanan ringan dan makanan sejuk beku yang dikatakan mudah untuk disediakan. Secara jujurnya aku juga penggemar makanan ringan, tapi aku sentiasa mencuba untuk meminimunkan penggunaannya dan tidaklah menjadikan ia sebagai menu harian. Sekali sekala teragak baru makan. hehe..Benda sedap siapa tak suka kan?


Sebagai ibu bapa kita seharusnya peka terhadap pemakanan anak-anak. Menyuntik kesedaran akan keburukan makanan ringan itu sangat perlu. Lemak trans atau lemak tak tepu yang terkandung dalam makanan ringan boleh mengundang masalah kesihatan terutama di bahagian jantung dan otak. Apa yang aku baca di akhbar Utusan Malaysia Selasa lepas, kajian terbaru di London mendapati makanan ringan bukan sahaja merosakkan gigi dan menambahkan berat badan tetapi ia turut merosakkan otak


Bahan kimia lemak trans yang ditemui dalam makanan berminyak dan makanan yang diproses menghantar isyarat bercampur serta merosakkan otak. Ini menyebabkan keupayaan otak untuk mengawal selera makan berkurangan. Pada dasarnya dengan makan makanan ringan, otak lama kelamaan semakin tidak berupaya dan tidak sedar apa yang telah dimakan serta membuatkan seseorang itu terus lapar dan makan.


Fobia jer dengar.hikhik..Kalau korang nak tau, restoren di New York dan Switzearland mengharamkan hidangan makanan yang mengandungi lemak trans. Kat Malaysia? Bak kata orang Johor, berlubur(banyak) kat pasaraya.haha.. 













17 comments:

Gen2Merah said... Best Blogger Tips

ya, makanan ringan ni memng berbahaya terutama bila dah sampai kes kanser..

tapi tiap2 malam saya suka pula kunyah makanan ringan ni.. ekekeke.. sedap plak gigit2 kunyah2 sambil buka blog .. ahaha

fieda said... Best Blogger Tips

tu la..rumah ni selalu gak ada stok dlm peti tu mcm nugget,french fries,sodej..tp tak ler selalu grg...seminggu dlm sekali dua jer..tp kalau dpt elak terus lagi bagus kan..tp mcm dh kebiasaan plk setiap kali beli brg dapur mesti nk ambik..

~SaL IjOu~ said... Best Blogger Tips

kesedaran ni kene tanam kat anak2 sejak kecil kan..kalo x mmg sampai ke besar da biasa~ huhu..

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

adehhh sy lah slh sorg penggemar mkanan ringan tu... tp xdalah selalu beli kalu teringin br beli...

Pia said... Best Blogger Tips

"yang kat kantin sekolah rendah/menengah tu hari2 jual ni..so anak2 pun beli hari2 jugak...camana tu?"

puanbee said... Best Blogger Tips

bahaya nyaa,,, nasib lah bee jarang beli benda2 gitu cuma anak2 kot beli sendiri di kantin sekolah ..

Farah Shamsudin said... Best Blogger Tips

aduhai kak.. rumah saya ni penuh juge dgn stok fries nyeee... sosej nye.. utk bekalan tgh malam.. tak pun kalau tak smpat nak masak.. aish. kena la kurangkan ni..

Myra Jay said... Best Blogger Tips

Kekadang makanan yang kena kurang tu yang suka nak lebihkan..

Adat le tu bukan kanak2 je, orang dewasa pun sama ;)

hyz said... Best Blogger Tips

tapi dah sdap... payah nak ubah selera. hehehehe... jarang2 saya mkn mknan ringan ni...

kakyong said... Best Blogger Tips

fast food memang ada byk trans fat...

sbb tu kalo nak buat french fries.. guna kentang segar.. so x dah lah salute lemak sayuran.. ;)

makan roti pun x yah lah dok sapu2 planta sgt.. hehhe.. ;)

Hanie_Dew said... Best Blogger Tips

aku tgh kurangkan jenis makan tu skrg ni. yg berminyak pun cuba minimum kan. sbb makin lama, makin cepat gemuk dan kuat makan aku ni.

kimmie said... Best Blogger Tips

makanan yg sedap, tp mmg kena kurangkan pengambilannya

Masya said... Best Blogger Tips

mmg dah jadi stok wajib dlm peti sejuk, lagi² kentang goreng dengan nugget tu hihihihi...

NzA said... Best Blogger Tips

Menakutkan..ttp 2lh, mknan ni mmg sedap...n akak pn mmg slalu ada stok kt peti ais........anak2 layan jelh...

chii said... Best Blogger Tips

hurm..selain kandungan lemak x tepu..kangdungan MSG nya lagi..haishh..makanan tu la yg budak2 kecik dok terkejar2

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

huhu..burger, fries smua ea kak?

smua suka tu..sodapp..heee


:(

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Adoii.. feberet maryam nih.. :-(