Pixajoy

Thursday, January 19, 2012

Home » Basuh Baju Waktu Malam

Basuh Baju Waktu Malam



En suami : Blok sebelah kita ni tingkat dua hari-hari basuh baju.


Aku : Lor awat? Biaq p kat dia la nak basuh baju bila pun..Awat? Salah ka?


Aku berlalu ke dapur untuk menyambung aktiviti memasak. Sambil tu kepala aku ligat berfikir apa yang sebenarnya en suami loratkan.


En suami : emm tak faham lagi.. 


Tak lama lepas tu, baru aku dapat tangkap apa yang en suami cuba sampaikan. Aku terus mendapatkan en suami.


Aku : jeng jeng jeng..ada hantu ka? (angkat kening)


En suami : Abang tu cerita 'benda' tu tak boleh halau. Bomoh kata rumah tu tempat 'dia'. Kalau boleh pun setakat depan pintu. Saya kata kat dia kalau jenis ketegaq ni selalunya jantan. Dia pun terkejut tengok saya.


Aku semakin excited. Ingatkan dekat rumah lama je ada gangguan. Ingat lagi Kisah Hantu Lesung BatuSiapa yang dah lama ikut blog ni mesti tau cerita. En suami bukan bomoh, tapi kalau ada kat tempat yang ada 'benda', Insyaallah beliau boleh rasa. Sebenarnya ada satu dua lagi cerita masa aku dekat KDSI, tapi nantilah bila aku ada masa aku bukak topik ni. Rupanya sini lagi dasyat. Dah nak dekat setahun aku pindah baru ni aku dengar cerita misteri.


Aku : Rumah tu satu ja la? Rumah lain semua ok kan?


En suami : Ha la depa tanya ada ayaq mineral dak masa masuk rumah tu dulu? Memang la masa nak masuk depa buang masa cuci rumah.


Aku : Wah dia basuh baju? Seram..


En suami : Pukui 2 3 pagi dok dengaq mesin basuh pusing.


Aku : Tu dia benda tu pun nak basuh baju. Depa tak p tengok ka? Ada ayaq dak dalam mesin basuh?hehe (dengan nada sinis)


En suami : Ha cakap besaq..Mana saya tau. Tak tanya pun la..


Aku: Lor kalau saya memang tak duduk dah rumah tu. Dia ada anak dak?


En suami : Tu la abang tu cerita anak dia hari tu kejang. Benda tu kadang dia nampak melintas, memang la tak tunjuk rupa. Kena cari orang pandai. Tiga empat orang dah mai tengok rumah depa. 


Aku : Habis tu orang yang sebelum dia tak tanya rumah tu macam mana? 


En suami : Depa kata ok, depa buat ayaq mineral tu la. Benda tu dok depan pintu, tak kacau dalam rumah..yang abang tu mana nak tau, dia p buang. Abang tu kata nak kata percaya dia tak pernah tunjuk rupa. Saya kata tak boleh..Kita kena percaya, yang namanya jin dan syaitan tu ada tertulis dalam Al-Quran. Rupa 'dia' memang buruk. Sedangkan nabi kita jumpa Jibril pun demam seminggu. Muka Jibril tu bengis, ada 600 sayap. Tu malaikat..Nabi kita demam seminggu..


En suami sendiri sembang dengan tuan rumah. Dialog diatas lebih kurang sama seperti yang aku sembangkan dengan en suami. Aiman tak ada sebab tadi dia sekolah. Kalau tak mesti akan ada dialog kelakar.hehe..Korang pernah jumpa hantu?




*Berterabur sikit dialog aku, malas dah nak edit. Malas gak nak google gambar orang basuh baju. Kalau tak faham loghat utara sila tanya..:)









20 comments:

Anah said... Best Blogger Tips

adik anah pun jenis boleh nampak, kalau pergi hospital merata la dia nampak macam2..

Puan Kutu said... Best Blogger Tips

@Anah

en suami tak nmpk..cuma boleh rasa..:)

fieda said... Best Blogger Tips

wahh..seram ni muni...muni org kedoh ka...??

puanbee said... Best Blogger Tips

faham2 .. hehe takutnya .. bee penah tengok banyak histeria je lah , jumpa hantu tu belum lagi

IntaNBerliaN said... Best Blogger Tips

huhuu sy xpnh lg dgr org nampk n harap2 x lah... huhuu

Mama Adam said... Best Blogger Tips

Baca half way je.... Entry gini, mama x leh baca

hyz said... Best Blogger Tips

kelas ko antu siap basuh2 baju

LadyBird said... Best Blogger Tips

huhuhu.. mujur lady xleh nmpk dna xleh rs.. lady xnak tgk.. lady penakut..
Ya Allah.. lindungilah aku dr semua benda2 tu.. ameeennn..

Ziera Ieyah said... Best Blogger Tips

kt uma sewa zira ni pun kdg2 housemate leh dgo org bsuh bju gne tgn..dgo org mandi la..tp bru2 ni je, dlu xde pn..xtau la psl ape.

Cik Rose Cute said... Best Blogger Tips

seramnya...puan kutu...rumah tue dekat dengan rumah puan kutu ke?..

NzA said... Best Blogger Tips

seramnya....baca lak mlm2......hu.hu.hu....

hatiputera said... Best Blogger Tips

saya tidak pernah dengar sebelum nie

Hanie Dew said... Best Blogger Tips

ngeee...sib baik aku baca pagi. aku suka dgr cerita misteri ni tapi menakut ya ampun..

bekas tuan rumah tu patut nya ckp la kat tuan rumag baru jangan buang air mineral tu.

tapi kan. 'benda' tu bole tolg basuh baju. pakai mesin lak tu. moden. =p

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Best Blogger Tips

seram gak yer...

Zefa NorAsmara said... Best Blogger Tips

Tak pernah. Harap2 tak jumla langsung.. akak ni penakut.. huhu..

chii said... Best Blogger Tips

seram gak dgr bnyi camtu malam2...jgn nnt tetiba je dgr " xnak basuh ke atau da tau "..eeheheh

Ummi Hanie said... Best Blogger Tips

waaa ... kalo hanie dah pikiaq nk pindah la kot .. sbb dah dekat sgt ...

yer,hanie dah bace cerita hantu lesung batu tu ... mmg tipikal kot rumah flat ni mesti ada bunyi mcm2 kan .. mak hanie pun baru ni cerita gak masa pi singapore umah kwn dia , mlm2 dgr bunyi org main guli ...

Norsalmi said... Best Blogger Tips

Tak pernah jumpa tapi ada satu cerita. Suatu hari, sampai je di rumah pengasuh, anak sedara saya terus ke dapur & buka semua pintu kabinet mcm cari sesuatu.. Dia tanya kt pengasuh, rumah ibu xde hantu ke.. rumah muhamad ada hantu mata merah duduk bawah sink.. masa tu umur dia 3 thn.. Selepas rumah adik "dipagar", dia asyik kata ada orang besar kat luar nak masuk rumah kita..

Juliet_iRa~" said... Best Blogger Tips

takutnya kak..huu

kalo ira pindah dah..hee

kakyong said... Best Blogger Tips

x pernah ada pengalaman mcm ni.. tp dengar cerita org dah byk dah..

elok lah berubat dgn ustaz yg bijak handal.. tak pun, pindah lah dari situ..